Saturday, 15 October 2011

TETAPKAN MATLAMAT, PANDANG DAN LIHATLAH PUNCAK YANG INGIN DIDAKI.......

     Jam di tangan ku telah menunjukkan 2.45 pagi, namun mata ini belum terasa hendak beradu. Esok pula hari sabtu dan diri ini tiada sebarang temujanji di sebelah pagi. Hendak menonton TV pun tidak berapa ketara, manakala di kepala pula berleger-legar terkenangkan sepotong ayat seorang insan yang ku kenali di laman facebook, di mana pada petang tadi beliau telah menghantar pesanan ringkas di in box  facebook ku. Katanya kepada ku, "saya mungkin takkan bekerja lagi, saya bercadang nak mula berniaga membuat kek dan apa-apa berkaitan makanan, saya hendak bermula kecil-kecilan dahulu", lebih kurang begitu ayatnya memaklumkan kepada diri ini. Manakala petang tadi pula, diri ku telah di datangi seorang pemuda di pejabatku, kedatangan beliau bertemu diri ku di pejabat adalah berkenaan memperkenalkan kepada diri ku ini berkaitan, satu jenis produk kewangan yang di tawarkan oleh syarikat beliau kepada kontraktor atau syarikat pembekalan bumiputera seperti perniagaan yang diri ku usahakan. Dalam perbualan kami sewaktu beliau telah selesai membuat penerangan kepada diri ku berkaitan dengan produk yang di tawarkan syarikat beliau kepada ku, beliau juga ada menyatakan pada diri ku, "apabila tiba masanya nanti saya juga akan berniaga sendiri, saya berminat menceburi perniagaan bidang bekalan", katanya kepada diri ku sebelum mengakhiri bicara beliau.



Memetik dari ungkapan dua orang insan ini, diri ku terpanggil untuk menukilkan sesuatu buat mereka dan juga warga pembaca yang lain di mana berkemungkinan ada memiliki niat di sudut hati, berkeinginan untuk berniaga pada suatu ketika kelak. Berniaga seperti ramai yang sedia maklum adalah suatu perkara yang berkaitan untung dan rugi. Harapan untuk berniaga pada setiap peniaga mahupun yang baru bercadang untuk berniaga adalah pastinya untuk berjaya dalam perniagaan yang di usahakan ataupun bakal di usahakan. Dalam dunia ini begitu banyak sejarahnya berkaitan perniagaan. Ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya, ramai yang sedia maklum, khususnya dalam perniagaan Multi Level Marketing, sejenis perniagaan yang sangat popular di Malaysia ini. Namun demikian tiada siapa yang tahu sebesar mana kejayaan yang boleh di miliki selagi kita tidak mencubanya terlebih dahulu. Berniaga juga adalah suatu perkara yang mulia, di dalam islam sendiri ada mengajar, 9/10 rezeki adalah melalui saluran perniagaan. Setiap perniagaan ada risikonya, ini semua bergantung pada kecil atau besar perniagaan yang kita ceburi. Ada baiknya "biar kecil asal berhasil" kepada yang baru hendak bermula menceburi perniagaan. Tidak mengapa bermula dalam kadar keupayaan diri sendiri kerana kita lah yang lebih mengenali diri kita. Dan sangat mustahak bagi seseorang peniaga itu mempunyai sekurang-kurangnya sedikit ilmu berkaitan dengan perniagaan yang hendak di ceburi selain dari modal perniagaan serta permis, peralatan dan sebagainya serta apa yang paling penting sasaran pasaran, kemana dan bagaimana produk yang kita niagakan untuk di pasarkan. Beberapa aspek asas ini perlulah di lakukan sedikit kajian terlebih dahulu, akan tetapi tidak perlulah terlalu mengkaji. Bukannya apa, sekiranya kita terlalu mengkaji ada kemungkinan kita akan lebih menjumpai kesukarannya berbanding kebaikan dan kelebihan sesebuah perniagaan tersebut. Apa yang paling mustahak, yakin dengan apa yang hendak di laksanakan serta kumpulkan semua kekuatan diri, lantas perlaksanaan adalah perkara utama. Apabila perlaksanaan telah di lakukan, kita persiapkan diri untuk menghadapi apa jua cabaran dan rintangan yang perlu di lalui dengan penuh ketabahan. Perlahan-lahan kita akan mula mempelajari selok belok perniagaan tersebut, dan dari situ usahakan setiap hari untuk melakukan segala usaha penambahbaikan melalui pengalaman sebenar yang kita tempuhi melalui setiap usaha perlaksanaan saban hari.



Bulatkanlah tekad supaya tidak lagi menoleh ke belakang. Pandang dan lihatlah puncak kejayaan yang bakal di daki. Setelah mempunyai matlamat yang jelas, perkara seterusnya yang perlu di ambil kira dan laksanakan menentukan strategi-strategi yang perlu di ambil bagi memastikan matlamat perniagaan itu dapat di capai. Diri anda hendaklah "berani menghadapi cabaran" dan juga harus berkeupayaan "menangguhkan kepuasan". Menangguhkan kepuasan di sini bermaksud, apabila perniagaan yang di usahakan sudah mula membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan, keutamaan harus di berikan kepada perniagaan terlebih dahulu dari segi menabung modal untuk menggandakan modal niaga terlebih dahulu. Pada peringkat awalan perniagaan jangan sesekali menyalah gunakan setiap keuntungan untuk keperluan peribadi. Keperluan dan keinginan peribadi itu hanya akan di tunaikan apabila kita telah membina perniagaan sampai ke suatu tahap yang kukuh. Mudah-mudahan serba sedikit perkongsian ini, akan sedikit membantu kepada dua kenalan ku ini, serta sesiapa juga yang mempunyai niat serta keinginan yang sama. Bagi diri ku pula perniagaan adalah satu bidang yang penuh dengan cabaran, kerana setiap hari ada sahaja cabaran yang berbeza. Kepuasan akan ujud apabila setiap cabaran dan rintangan yang hadir dapat di atasi satu persatu setelah segala usaha dilaksanakan, sama ada kecil mahupun besar. Akhir sekali bukan soal hasilnya sahaja, tetapi pengalamannya juga membuat diri menjadi semakin kuat dan tabah. Tak percaya, cubalah.


Mengakihiri nukilan ku pada kali ini, diri ku berpandangan apa yang boleh di simpulkan melalui nukilan ku ini berbunyi seperti berikut; 
"Sesiapa sahaja yang menginginkan perubahan yang lebih baik, dirinya harus mengubahnya dengan usaha sendiri. Tidak ada satu alat mahupun azimat yang dapat digunakan bagi mengubah diri menjadi baik sekelip mata. Tiada petua yang lebih baik  apabila saudara saudari mahukan perubahan selain daripada anda sendiri yang mengubahnya. Sekiranya anda mahu berjaya, anda sendiri mesti menjayakan diri anda, bukannya orang lain". Tetapkan matlamat "Saya Mesti Berjaya"............
Akhir kata Selamat Maju Jaya................Sekian.........Wasallam..................

2 comments:

  1. teruskan penulisan...sentiasa membuatkan saya lebih bersemangat utk lebih maju kehdapan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Sdri Ina, kerana sudi membaca nukilan saya dan saya rasa bersyukur apabila sdri mendapat manfaatnya. Kata-kata sdri membakar semangat saya untuk terus berjuang dan berkarya di ruangan blog ini. Selamat Maju Jaya buat Sdri.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...