Petang ini salah seorang ahli dalam ruang "setia bersama" di blog ku ini, telah menghantar satu cadangan kepada diri ku, menurut cadangannya adalah seperti tersebut, "sekiranya En.Azizi sudi", saya cadangkan apakata lain kali tulis penceritaan berkenaan, "Apakah Bezanya Berangan dan Bercita-Cita Tinggi"?, "cadangan beliau kepada diri ku'. "Dan tambahnya lagi", mengikut pengamatan, pengalaman, kajian atau melalui pembacaan En.Azizi sendiri, kerana saya ini suka berangan-angan dan takut untuk bercita-cita tinggi,"mengakhiri cadangannya kepada diri ku. Terima kasih kepada yang memberi cadangan, sangat baik tajuk cadangan ini. Baiklah, diri ini akan cuba memenuhi permohonan beliau mengikut keupayaan diri ini untuk merungkai persoalan yang bermain di fikiran beliau dan juga berharap dapat berkongsi dengan warga pembaca semua. Mudah-mudahan apa yang ku nikilkan ini akan sedikit sebanyak membantu dan memberi kesan kepada persoalan yang mungkin telah lama bermain dalam fikiran beliau. Diri ku akan cuba sedaya upaya berusaha untuk menukilkan yang terbaik dalam kadar kemampuan diri ini. Insya Allah.....
Tentu ada di antara kita yang pernah mendengar kisah tauladan lama yang diungkapkan oleh orang-orang tertentu atau juga pernah mendengarnya sewaktu di bangku sekolah. Kisah bagaimana "Mat Jenin" pada suatu hari dia memanjat pokok kelapa untuk memetik buahnya. Sewaktu berada di atas pokok, beliau telah berangan dan membayangkan, sekiranya beliau mempunyai ladang kelapa yang luas, beliau akan mengusahakan sebuah kilang memproses santan kelapa, lalu boleh menjadi kaya raya. Sedang beliau leka berangan tanpa beliau sedari, sebenarnya beliau sedang berpaut pada batang pelepah kelapa yang telah kering, insiden yang tidak diingini telah berlaku dimana pelepah kering tersebut telah reput dan sewaktu beliau sedang berpaut sambil berangan, pelepah tersebut telah jatuh bersama dengan beliau, lalu "Mat Jenin" jatuh tersembam ke bumi bersama pelepah kelapa yang kering tersebut dan mati. Tauladan dari kisah ini bermaksud tidak salah untuk berangan, namun demikian berangan hanya akan membuat kita leka. Bayangkan sekiranya kita berangan sewaktu memandu kereta, ada kemungkinan insiden yang tidak diingini boleh menimpa diri kita. Berangan itu tidak salah, namun haruslah ditempat yang sesuai dan kena pada tempatnya, kerana ianya hak masing-masing untuk berangan. Angan-angan seperti "Mat Jenin" itu sebenarnya sangat baik, kerana ia merupakan satu ilham besar. Bayangkan sekiranya "Mat Jenin" berangan di tempat yang betul, ada kemungkinan dia mampu menukar angan-angan tersebut kepada realiti dengan cara mengusahakan angan-angan tersebut. Hari ini, diri ku percaya ramai orang besar yang telah berjaya bermula dari angan-angan yang disusuri dengan usaha yang berterusan sehingga tercapainya matlamat yang bermula dari angan-angan tersebut. Tidak salah untuk berangan, namun haruslah ditempat yang betul dan juga masa yang betul, mengelamun dan beranganlah, berfikirlah secara positif seperti seorang "Juara".
Tun Dr.Mahathir (Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4), adalah contoh terbaik di Malaysia ini dimana, semasa zaman pemerintahan beliau telah berangan dan berimiginasi berkenaan "Wawasan 2020" serta melaung-laungkan slogan "Malaysia Boleh", dan antara hasilnya yang telah di realisasikan dalam bentuk kenyataan adalah di antaranya, Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Komuter, LRT, Bandar Pentadbiran Putrajaya dan banyak lagi, dimana bermula dari imiginasi beliau yang berpandangan jauh, kini kita sebagai rakyat Malaysia sedang menikmatinya, hasil daripada kebijaksanaan beliau mengusahakannya sehingga menjadi realiti. Di era beliau juga turut melahirkan beberapa individu yang telah berjaya sampai ke puncak everest, berenang di lautan, belayar di lautan secara solo dan sebagainya dalam menyahut cabaran "Malaysia Boleh".
Tun Dr. Mahathir telah membuktikan kepada masyarakat Malaysia, yang beliau adalah seorang insan dan juga pemimpin yang berjiwa besar serta "Bercita-Cita Tinggi", untuk membawa perubahan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Segalanya bermula dari "Angan-Angan" dan imiginasi, seterusnya beliau bertindak untuk membangunkan apa yang beliau fikirkan sehingga menjelang tahun 2020. Hebat bukan beliau, jika seseorang yang berfikiran biasa, sudah tentu memikirkan apakah yang perlu dilakukan untuk hari esok. Namun beliau semasa di zaman pemerintahannya telah memikirkan apakah yang perlu di lakukan berpuluh tahun kedepan, di mana hari ini semua rakyat Malaysia mendapat manafaatnya.
"Bercita-Cita Tinggi" adalah satu keperluan sekiranya kita mahu merealisasikan apa yang sering kita angan-angankan pada hari mendatang. Tentu semua masih ingat, sewaktu di bangku sekolah, cikgu ada bertanya, apakah cita-cita kita apabila dewasa nanti. Kini kepada yang telah dewasa dan mempunyai pekerjaan, cuba tanya diri anda, adakah anda telah mencapai cita-cita tersebut atau lebih baik dari yang di cita-citakan, ataupun tidak mencapai langsung. Jadi kepada yang tidak mencapai langsung mengapa ini terjadi?, ianya terjadi kerana diri kita tiada kesungguhan untuk mencapainya dan diri kita sebenarnya tidak bercita-cita tinggi. Mengapa ini berlaku?, ianya terjadi adalah kerana di dalam diri kita terdapat satu perasaan "takut". Perasaan ini di miliki oleh semua orang, bezanya orang yang bercita-cita tinggi telah menentang dan bersaing dengan ketakutan dirinya. Sekiranya kita terlalu mempercayai ketakutan apabila kita bercadang melakukan suatu perubahan kepada diri, maka kita akan kekal dengan "Angan-angan" tersebut sampai bila-bila, dan kita hanya kekal di peringkat apa yang adanya sahaja. Ibarat melayari bahtera dengan hanya mengikut arus. Oleh yang demikian sekiranya diri kita mahu mencapai cita-cita, kita seharusnya mengambil ketakutan yang ada di dalam diri sebagai cabaran. Percayalah, sebenarnya kita tidak perlu bersaing dengan sesiapa dalam mengejar impian dan cita-cita, kita sebenarnya hanya bersaing dengan diri kita sendiri, iaitu untuk memecah segala tembok ketakutan yang ada di dalam diri sendiri.
Setiap manusia sudah pasti memiliki bakat atau kebolehan semula jadi yang istimewa pada diri masing-masing dalam pelbagai bidang. Apa yang membezakan antara tokoh-tokoh dengan individu yang lain adalah mereka menggunakan tahap kecerdasan serta bakat yang ada dengan sebaik mungkin sehingga menghasilkan manafaat yang begitu bermakna kepada diri mereka dan insan yang lain dari era zaman mereka hingga ke saat ini. Pernahkah kita mengambil waktu sedikit untuk memikirkan tentang kehebatan ciptaan dan kejadian diri kita? Orang biasa mengatakan manusia ini hebat, namum apakah yang kita perlu tahu tentang kehebatannya. Cuba kita renung dan fikirkan sekurang-kurangnya tiga kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri kita? Fikir-fikirkan, tentu anda mengetahuinya, kerana diri kita, kita lah yang lebih memahaminya. Keyakinan diri boleh diibaratkan sebagai kebolehan diri kita untuk memahami dan meyakini bahawa diri ini mampu berdasarkan pada kemahiran, kekuatan serta kecekapan yang di miliki untuk melaksanakan banyak perkara berkenaan dengan kehidupan. Selain dari itu, insan yang mempunyai keyakinan diri merupakan orang yang memiliki tahap ingatan serta pemikiran yang baik dan sentiasa sedar bahawa mereka telah berjaya melakukan sesuatu sebelum ini serta yakin bahawa akan dapat melakukannya dengan lebih baik lagi di waktu mendatang. Renungkan dan carilah, adakah kita ada memiliki sifat ini. Jika tiada usahakan untuk memupuk dan membentuknya perlahan-lahan dari sekarang. Sesiapa pun belum terlewat, selagi di berikan kesihatan yang baik dan bersungguh-sungguh untuk terus berusaha sehingga tercapai cita-cita mengikut apa yang di impikan serta di inginkan berdasarkan apa yang di usahakan.
Kesimpulan dari nukilan ku ini di harap serba sedikit dapat memberi sinar harapan kepada yang mengajukan cadangan dan pertanyaan berkaitan dengan "Apakah Bezanya Berangan dan Bercita-Cita Tinggi", juga kepada warga pembaca yang lain turut berkemungkinan mempunyai persoalan yang sama.
Apabila insan lain mampu melakukan sesuatu dengan cemerlang dan bermutu, kita juga harus boleh melakukan kerana kita semua merupakan makhluk yang datangnya dari unsur tanah. Tiada manusia yang datangnya dari unsur emas atau intan berlian sehingga menjadikan mereka lebih istimewa daripada insan yang lain. Kita juga sama-sama berada di sebuah negara yang memberikan pendidikan yang sama kepada semua rakyatnya. Apa yang menjadi perkara penting dan utama adalah kesedaran kita terhadap kelebihan yang kita miliki serta merasa bersyukur dapat menjalani kehidupan di sebuah negara yang aman........
Sekian sampai di sini nukilan diri ku kali ini, doa dan harapan ku semoga kita sama-sama mendapat kebaikan melalui nukilan ini........Insya Allah..........
Sekian & Selamat Malam................
No comments:
Post a Comment