Hari ini diri ku terasa ingin berkongsi pengertian sepatah perkataan pada nukilan ku kali ini. Perkataan ini mungkin mudah di sebut dan kita biasa mendengar dalam perbualan atau bahan bacaan mahupun di waktu melakukan sesuatu tugasan. Bagi diri ku perkataan ini adalah suatu yang sangat penting untuk di fahami betul-betul kerana sekiranya tidak di fahami betul-betul ada ketikanya kita tidak jelas dalam melakukan sesuatu perkara ataupun menuju ke suatu sasaran. Bagi diri ku juga perkataan ini cukup bermakna apabila sesuatu yang hendak di lakukan atau pun sesuatu yang telah di lakukan, sebagai pengukur kepada hasil tindakan dan perlaksanaan. Perkataan yang di maksudkan adalah "MATLAMAT", ya! matlamat, inilah tajuk nukilan ku pada kali ini buat tatapan dan renungan bersama. Mudah-mudahan ada yang akan mendapat manafaatnya. Bagi yang telah lebih dahulu benar-benar memahaminya, syukur dan bagi yang baru dapat memahaminya juga syukur.
"MATLAMAT", merupakan sepatah perkataan yang telah di gabungkan dari dua patah perkataan iaitu, "mata" dan "alamat". Mata di gunakan oleh setiap makhluk yang memilikinya untuk melihat, manakala alamat adalah penunjuk arah tempat kediaman atau lokasi. Mata akan membuat setiap manusia melihat segala keindahan yang terdapat di dunia ini, manakala alamat membantu diri kita sebagai penunjuk arah ke mana lokasi atau tempat yang hendak dituju. Pihak posmen tentu tidak dapat menghantar sebarang surat ke lokasi sekiranya tiada alamat tertulis di atas sampul surat yang hendak dikirim. Dalam kehidupan sehari-hari mata memainkan peranan besar kepada setiap manusia. Bayangkan insan-insan yang tidak dapat melihat, sudah tentu mereka melalui kehidupan lebih sukar dari manusia yang dapat melihat. Peranan mata sangat penting kepada semua makhluk yang memilikinya, oleh demikian sayangilah mata kita. Kerana peranan mata juga ramai yang telah menemui pasangan hidupnya. Kerana mata juga ramai yang telah mencapai matlamatnya. Alamat pula memainkan peranan yang besar dalam kehidupan sehari-hari. Alamat menjadi begitu penting apabila kita hendak menuju ke suatu tempat, kerana sekiranya tiada alamat kita mungkin akan sesat atau perjalanan menjadi sukar untuk sampai ke suatu lokasi yang hendak dituju. Dengan penjelasan ini mudah-mudahan kita dapat menguasai makna dan pengisian yang ujud dari perkataan "MATLAMAT" ini.
Tentunya dewasa ini dalam melalui liku-liku perjalanan kehidupan, setiap dari kita mempunyai matlamat dan hala tuju, samada matlamat jangka pendek mahupun matlamat jangka panjang. Bagi yang berjaya mencapai sesuatu matlamat tentu gembira apabila matlamatnya tercapai, bagi yang belum mencapai matlamat tentu masih tercari-cari cara dan jalan bagaimana mahu mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kepada yang serius dengan sesuatu matlamat, tentunya kesungguhan menjadi faktor penentu. Apapun yang dilakukan berusahalah untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Hidup kita pilihan kita, selamat berusaha mencapai matlamat yang belum tercapai, mudah-mudahan tercapai hendaknya.
Kita perlu menjadi pencari yang baik. Kita hendaklah fokus kepada sesuatu yang positif dalam kehidupan. "Pengetahuan adalah kuasa", kita mendengar saban hari bahawa pengetahuan adalah kuasa. Tidak sebenarnya, pengetahuan adalah maklumat. Ia merupakan kuasa yang berpotensi dan ianya akan menjadi berkuasa hanya apabila kita bertindak. Apakah bezanya di antara individu yang tidak mampu membaca tetapi tidak membaca? Tidak banyak bezanya. Belajar adalah umpama memakan makanan. Ia bukanlah berapa banyak yang kita makan menjadi isu, apa yang penting adalah berapa banyak yang kita hadamkan. Pengetahuan adalah kuasa yang berpotensi, kebijaksanaan ialah kuasa sebenar. Pendidikan wujud dalam banyak bentuk, ia tidaklah hanya datang dari gred dan ijazah. Ia adalah, memupuk kekuatan diri kita, mengajar disiplin diri, mendengar dan mengujudkan keinginan untuk belajar. Fikiran kita, seperti otot, meregang juga mengecut bergantung kepada berapa banyak atau berapa sedikit kita melakukan senaman padanya. Pendidikan positif secara berterusan membawa kepada pemikiran positif. Masa lalu telah lepas, namun masa akan datang masih ada, semoga matlamat yang akan datang membawa kita ke arah dan tempat yang lebih baik untuk di capai seterusnya.
Apa yang kita perlu tahu kepentingan memiliki "MATLAMAT" serta sasaran, dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Apabila kita mengurus kerja dan waktu, matlamat tugasan kerja adalah antara yang paling asas. Tetapi masalahnya adalah apabila kita terlupa ataupun lalai dengan matlamat tersebut sehingga akhirnya tergelincir dari landasan yang sepatutnya dilalui. Selepas kita selesai bekerja, barulah kita sedari bahawa kita berada di destinasi yang lain, bukannya destinasi yang sepatutnya dituju. Jadi, apabila kita telah memiliki dan menetapkan matlamat, seharusnya kita fokus supaya tidak lupa dengan matlamat yang kita telah tetapkan dalam perjalanan kehidupan yang dipilih. Semoga sedikit perkongsian pada kali ini sedikit sebanyak akan menambah baik dan juga membuatkan diri kita lebih bersungguh-sungguh dalam "MATLAMAT" yang telah kita tetapkan untuk dituju.............Sekian.............
Salam hormat, Selamat malam & Wasallam.....................
No comments:
Post a Comment