Puan Suzana, usahawan wanita muda dan gigih ini anak kelahiran Ipoh, Perak. Baru berusia 35 tahun, mempunyai 3 orang anak bersama suami kini menetap di Kundang Jaya, Rawang. Mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 2003, bermula dengan kedai menjual peralatan elektrik di susuli perniagaan kedai menjual hand phone dan peralatan aksesori hand phone, akhirnya tahun lepas 2010 menceburkan diri dalam perniagaan peralatan dan kelengkapan memancing berikutan terdorong dari minat yang mendalam berasal dari hobi pada waktu lapang. "Sudah lapan tahun saya berniaga", ujar wanita gigih ini. "Berbagai dugaan, dan begitu banyak suka duka telah saya lalui serta tempuhi untuk saya sampai ke tahap ini", tambah beliau lagi. Beliau juga turut menyatakan impian beliau seterusnya untuk lebih maju dan berjaya lagi dalam dunia keusahawanan kerana, "bidang perniagaan adalah minat beliau dari sejak kecil lagi", katanya. Melihat pada perwatakan beliau, wanita ini sangat bertenaga serta begitu bersemangat berbual perihal perniagaan. Apakah pencapaian Suzana yang manis untuk di kongsikan dan apa nasihat Suzana kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan?, "tanya diri ku lagi kepada beliau". "Pencapaian saya setakat ini, saya bersyukur sangat dapat membuka satu lagi perniagaan berkaitan, peralatan dan kelengkapan memancing ini", jawab beliau. Tambah beliau lagi "Nasihat saya pada orang baru mahu berniaga, masa itu emas dan untuk berjaya tiap saat serta waktu yang ada harus di gunakan sebaik mungkin untuk bekerja, saya bersyukur sangat menjadi rakyat Malaysia, kerana di sini kita boleh hidup aman dan damai serta sesiapa sahaja boleh mencapai impian di Malaysia, dengan syarat mesti rajin berusaha tanpa mengenal erti putus asa", ujar beliau lagi menjawab pertanyaan ku. Sekali lagi diri ku tersenyum dan turut mengangumi serta bersemangat mendengar kata-kata dari wanita gigih ini.
Jika ada masa terluang wanita gigih ini gemar mengembara serta meneroka tempat-tempat memancing baru di seluruh Malaysia bersama keluarga. Dengan cara ini katanya, saya dan suami akan lebih berpengalaman dalam selok belok dari perihal memancing kerana di lain lokasi pastinya berlainan pengalamannya, khususnya dari jenis-jenis spesis ikan yang terdapat di suatu tempat juga adalah berbeza, "ujar beliau kepada diri ku lagi". Kepada sesiapa yang berminat berkaitan peralatan serta kelengkapan memancing khususnya penduduk sekitar, boleh berbuat demikian dengan mengunjungi permis beliau di, Kedai Peralatan Memancing (Reka Impian), No.G-9, Masgenuine Square, Jalan Melati, 48050 Kuang, Sungai Buluh, Selangor. No untuk di hubungi hp: 012-643 4419. Tidak lupa, beliau juga mengambil kesempatan ini, mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan pelanggan setia beliau yang selama ini telah banyak menyumbang kepada apa yang di usahakan beliau selama ini, "ujarnya lagi".
Lebih kurang satu jam diri ku meluangkan masa di permis beliau, akhirnya aku meminta diri untuk beredar setelah puas diri ini mengetahui serba sedikit latar belakang serta berkongsi cerita pengalaman kejayaan beliau. Tahniah!!! diri ku sangat kagum dengan kegigihan beliau dan sebab itu hati ini terpanggil untuk menulis kisah beliau, mudah-mudahan serba sedikit dapat menjadi sumber inspirasi kepada orang lain. Sebelum pulang beliau telah menghadiahkan kepada diri ini satu set pancing, katanya sebagai tanda kenang-kenangan dan tanda penghargaan beliau kerana diri ku sudi untuk menulis tentang beliau untuk tatapan umum, katanya mudah-mudahan apa yang di kongsikan, harapannya boleh menjadi pedoman kepada yang lain, Insya Allah. Diri ku tidak meminta, apa kata orang musuh jangan di cari, rezeki jangan di tolak. Aku mengucapkan terima kasih kepada beliau serta mendokan kejayaan kepada beliau, dan secara tak langsung bertambah lagi koleksi set pancing peribadi ku.
Apa yang boleh diri ku simpulkan dalam kisah Puan Suzana ini adalah seperti berikut, "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, Manakan dapat sagu jika tidak di pecahkan ruyungnya". Puan Suzana adalah seorang wanita gigih dan berjiwa besar. Begitu berdisplin dan amat teliti tentang penggunaan masa serta tidak suka membazir masa. Manakan tidak, pada hari Ahad kebanyakan orang bercuti, namun beliau begitu gigih berusaha. Benarlah kata beliau untuk berjaya dan mencapai impian dalam kehidupan kita harus mahu untuk bekerja keras, maka tidak hairanlah beliau seorang isteri, ibu kepada tiga orang anak dan seorang usahawan yang berjaya dalam usia muda, mampu mencapai cita-cita dan impian dalam usia muda. Tahniah & Syabas!!! semoga Pn. Suzana dan keluarga terus Maju & Berjaya.....Sekian dulu nukilan ku buat kali ini, insya Allah berjumpa lagi...."Selamat Membaca"......
Pn.Suzana boleh dihubungi di alamat berikut :-
KEDAI PERALATAN MEMANCING (REKA IMPIAN)
No. G-9, MASSENUINE SQUARE,
JALAN MELATI, 48050 KUANG,
SUNGAI BULUH SELANGOR.
H/P: 012-643 4419
salam kenal sebagai sahabat blogger di alam maya
ReplyDeletesama hobi dgn suami sy...hihi tq
Wa'alaikumsalam dan terima kasih sudi membaca penulisan saya. Sapa tahukan dari alam maya, suatu hari nanti saya berpeluang memancing dgn suami anda. T.kaseh.......
ReplyDelete