Ipoh merupakan tempat dimana diriku dilahirkan dan merupakan kampung halaman ku. Ramai saudara mara ku yang menetap di Ipoh dan ini secara tidak langsung memudahkan diri ku apabila setiap kali diri ini berpeluang untuk pulang ke Ipoh. Ipoh kini merupakan sebuah bandaraya yang pesat membangun, kelihatan disana-sini deretan rumah kedai baru dan banggunan-banggunan pejabat baru, sedang giat dibangunkan serta pembanggunan perumahan baru juga begitu. Kini hartanah di Ipoh juga begitu ketara dari segi peningkatan harganya. Masyarakat di Ipoh juga persis seperti masyarakat bandar Kuala Lumpur. Mereka semua juga hidup didalam arus pembanggunan dan turut menerima hakikat peningkatan kos sara hidup seperti masyarakat di bandaraya Kuala Lumpur. Namun demikian di Ipoh masih jelas kelihatan budaya dan suasana kampung tetap ujud kerana hanya di kawasan bandar sahaja yang pesat membangun, manakala di kawasan kampung tradisi dan budaya itu masih kekal. Cuma agak kurang kelihatan kelibat orang muda, kerana anak-anak muda hari ini lebih senang merantau dan bekerja di bandar-bandar utama di malaysia.
Kali ini diri ku pulang ke kampung halaman atas urusan peribadi bersama pihak Felcra Kawasan Kampung Jasa, Sungai Siput Perak. Masa yang diri ku peruntukkan sangat pendek kerana kesibukan tugas. Namun diri ku sampai pada malam sebelum dan sempat menjenguk dua keluarga ibu saudara ku di Tasek dan sebelum pulang juga berkesempatan untuk singgah sebentar dirumah bapa saudara ku di Chemor. Setelah selesai segala urusan dengan pihak Felcra pada hari ini, jam di tangan ku telah menunjukkan 3.30 petang sewaktu kaki ku melangkah keluar dari rumah bapa saudara ku. Diri ku telah mengambil keputusan untuk singgah sebentar di Tasek, iaitu dimana terletaknya sebuah restoran yang cukup terkenal bagi masyarakat di Ipoh khususnya, kerana keenakan "Mee Rebus"nya, iaitu "Restoran Mee Rebus Ramli". Sememangnya restoran ini sangat popular dan menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan juga penggemar setia "Mee Rebus Ramli" yang sememangnya enak ini. Tak kurang juga ramai pengunjung dari luar yang telah mengetahui keenakan "Mee Rebus Ramli" ini akan singgah sebentar sekiranya mereka melewati jalan Tasek di Ipoh ini. Bagi diri ku pula sememangnya menjadi kemestian untuk singgah dan makan "Mee Rebus Ramli" ini pada setiap kali pulang ke Ipoh, sekiranya tidak mempunyai kekangan masa. Alhamdullilah kepulangan ku pada kali ini, diri ku berkesempatan untuk singgah sebentar bagi menikmati "Mee Rebus Ramli" yang semestinya menjadi kegemaran ku.
Apakah yang membuatkan "Mee Rebus Ramli" ini begitu terkenal?, khususnya bagi masyarakat tempatan di sekitar Ipoh. Bagi diri ku yang sudah sekian lama menjadi pelanggan setia mengunjungi restoran ini, tidak lain dan tidak bukan adalah keunikan dan keenakan rasanya. "Mee Rebus Ramli" ini sememangnya enak dan memiliki keunikan rasanya yang tersendiri. Sukar untuk diri ku gambarkan bagaimanakah rasanya yang ku maksudkan itu. Tapi apa yang pasti bagi penggemar "Mee Rebus" khususnya, sekiranya berpeluang atau ada mengunjungi Ipoh di suatu masa kelak, anda patut singgah ke restoran ini dan mencuba sendiri keenakan "Mee Rebus Ramli" ini, diri ku pasti anda tidak akan kecewa. Harga untuk semangkuk "Mee Rebus Ramli" ini adalah RM3.90, agak berpatutan dengan konsep dan servis yang disediakan oleh restoran ini. Sebuah restoran yang kemas dan bersih, manakala pekerja di restoran ini lengkap beruniform. Di restoran ini juga turut menyediakan menu lain seperti nasi ayam dan western food bagi memberi keselesaan pelanggan yang ingin turut menikmati hidangan lain. Pelbagai jenis minuman, dari yang panas sehingga sejuk turut disediakan. Namun demikian daripada pemerhatian diri ku, kebanyakan pengunjung yang datang kesini "Mee Rebus Ramli" merupakan pilihan utama. Sudah semestinya menu utama yang menjadi daya tarikan di restoran ini adalah pilihan utama kepada kebanyakan pelanggan yang mengunjungi restoran ini.
Dimanakah lokasi restoran "Mee Rebus Ramli" ini? Sekiranya anda memandu di lebuhraya utara selatan, gunakan exit plaza tol ke arah Ipoh. Keluar dari plaza tol Ipoh, sampai di lampu isyarat pertama belok ke kanan dan pandu terus sehingga ke akhir jalan utama Tasek, anda akan sampai di sebuah persimpangan tiga yang berlampu isyarat. Belok ke kanan menghala ke jalan Kuala Kangsar, selepas anda belok ke kanan, perlahankan kenderaan, anda akan bertemu dengan satu lampu isyarat lagi. Selepas lampu isyarat berikut belok ke kanan, anda akan melihat deretan rumah kedai dua tingkat, tentu anda akan nampak jelas signboard "Restoran Mee Rebus Ramli", ianya bersebelahan dengan petronas, kfc dan pizza, terletak dalam kawasan Tasek, Ipoh Perak. Untuk memudahkan pencarian kepada warga pembaca yang ingin mencuba, alamatnya seperti berikut;
Terdapat juga dua cawangan yang terletak dikawasan lain di Ipoh.
RESTORAN MEE REBUS RAMLI
No. 767, Taman Tasek Jaya,
Jalan Kuala Kangsar,
31400 Ipoh, Perak.
Tel: 05-547 2026
Cawangan;
No. 28, Jalan Raja Ekram,
30450 Ipoh, Perak.
Tel: 05-243 7203
Cawangan;
No. 116A, Persiaran Perpaduan Utara 1,
Taman Bercham Raya, 31150 Ulu Kinta,
Ipoh, Perak.
Diri ku berharap dengan perkongsian lengkap ini, warga pembaca yang ingin mencubanya sendiri bolehlah berbuat demikian sekiranya berpeluang berkunjung ke Ipoh kelak. Nak tahu benar atau tidak seperti apa yang diri ku ceritakan, cuba sendiri dan nilaikan. Belum cuba belum tahu, "Mee Rebus Ramli", baik punya. Beginilah kehidupan kita selaku rakyat malaysia, sungguh bertuah hidup didalam sebuah negara yang aman dan sejahtera. Bebas bergerak kesana kemari, juga mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak-enak, terdapat dimerata tempat dalam negara ini. Tiap-tiap negeri pasti ada mempunyai daya tarikan yang tersendiri, baik dari jenis-jenis makanan, adat resam dan juga budaya. Jika hendak diceritakan tentang negeri Perak ini sebenarnya ada banyak lagi perkara-perkara yang menarik. Namun untuk kali ini diri ku fokus kepada penceritaan ini sahaja, demi membantu warga pembaca mendapatkan sedikit maklumat, khususnya berkaitan "Mee Rebus Ramli" ini. Mudah-mudahan dengan nukilan ini dapat juga rakan-rakan yang lain berpeluang menikmatinya jika berpeluang untuk berkunjung ke Ipoh kelak.
Daripada pengamatan diri ku, perkara yang menarik perhatian diri ku terhadap pengusaha perniagaan ini, sehingga begitu berjaya dan terkenal hanya kerana resepinya yang enak dan berkesan. Dengan memiliki resepi yang baik, disertakan dengan tindakan serta usaha yang gigih untuk terus membangunkan perniagaan, kini "Mee Rebus Ramli" boleh berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Telah memiliki tiga buah rangkaian restoran dan sekali gus meletakkan namanya dalam senarai pengusaha restoran yang berjaya di Ipoh khususnya. Begitulah hebatnya pengusaha ini, dengan "Mee Rebus" telah meletakkan diri dan keluarga beliau dalam satu standard yang hebat sebagai usahawan berjaya. Tahniah & Syabas kepada pengusaha dan keluarga ini. Restoran "Mee Rebus Ramli" sebuah perusahaan keluarga melayu yang begitu terkenal di Ipoh semenjak sekian lama. Ianya sebuah perniagaan yang telah diusahakan oleh dua generasi mengikut penceritaan saudara mara ku yang tinggal di Ipoh. Begitulah kekuatan sebuah perniagaan, hanya dengan resepi istimewa ini, telah berjaya mengangkat nama perniagaan ini sehingga menjadi satu nama yang terus meniti dibibir masyarakat malaysia pada hari ini, "Mee Rebus Ramli" baik punya. Bertuah sungguh nama "Ramli" ini, jika di Kuala Lumpur "Burger Ramli" siapa yang tidak kenal, hampir satu malaysia mengenalinya. Di Ipoh pula "Mee Rebus Ramli", begitulah uniknya nama "Ramli" ini, kalau seniman pula tidak lapuk ditelan zaman, Allahyarham Tan Sri "P.Ramli". Memang hebat nama ini bukan? Kata orang apa ada pada nama? Namun demikian adakalanya nama ini juga mampu membawa tuah pada seseorang, selain dari bakat serta daya usaha yang ada pada diri mereka.
"USAHAWAN MERUPAKAN INDIVIDU YANG MEMOBILASIKAN MODAL, MENGGUNA PAKAI SUMBER ASLI, MENGUJUDKAN PELUANG PASARAN SERTA MENJALANKAN PERNIAGAAN. IA MENGGABUNGKAN SIFAT MANUSIA YANG MAHU MAJU, BERKETERAMPILAN, MEMPUNYAI BAKAT SERTA KEBOLEHAN LUAR BIASA, SERTA MEMILIKI DORONGAN UNTUK MENTERJEMAHKAN SUMBER DAN PELUANG KEPADA AKTIVITI YANG MEMBAWA KEPADA KEUNTUNGAN."
"MEE REBUS RAMLI......BAIK PUNYA........"
Moga nukilan buat kali ini dapat memberi panduan kepada warga pembaca membuat carian sekiranya berminat untuk mencuba, serta memberi sumber inspirasi kepada sesiapa yang mempunyai resipi istimewa untuk berusaha memajukan resepi kalian, siapa tahu suatu hari nanti ada warga pembaca pula mengikuti jejak usahawan "Mee Rebus" ini. Siapa sangka dengan "Mee Rebus" pun mampu meraih kekayaan kerana berjaya menawan hati pelanggan untuk datang semula serta setiap yang merasakan keenakannya telah membuat iklan percuma kepada perusahaan ini, lantas meletakkan insan ini sebagai usahawan yang popular dan berjaya. Selamat mencuba dan salam sayang dari ku kepada warga pembaca sekalian, serta terima kasih kepada pembaca setia ruangan blog ku ini. Sekian untuk kali ini.
Wasallam...........

meh datang taman perpaduan..ulu kinta...ada mee rebus ramli ..hehehhe
ReplyDeleteTerima kasih....insya Allah...
ReplyDeletesadwqdwqd
DeleteRumah atok kat tmn ni,mmg tiap Kali balik mesti beli mee rebus die..mmg tiptop...klu oder pn menu mesti xpenah tkr... :-)
ReplyDeleteBukak kul brpe prgi smlm kul 1 xbkk
ReplyDelete