Hari ini diri ku terpanggil untuk menukilkan dan berkongsi dengan warga pembaca kisah sebuah gerai yang sering diri ku kunjungi kerana kelazatan masakannya di situ. Sebuah gerai biasa sahaja yang telah beroperasi belasan tahun lamanya di "Jalan Tandang 51/217, Petaling Jaya, Selangor. Ya! gerai nampak biasa tetapi ramai dan tak putus-putus pelanggan mengunjungi gerai tersebut, yang di buka tiap-tiap malam kecuali hujung minggu. Bagi warga pekerja industri di Jalan Tandang Petaling Jaya, ramai yang mengetahui tentang keenakan masakan di gerai tersebut. Kedudukan gerai ini walaupun agak tersorok, namun bagi pengemar dan pelanggan setia gerai ini, tidak menjadi masalah untuk ke sana apabila merasa teringin untuk menjamu selera di gerai tersebut pada waktu malam. Masakan di sini jika di makan panas-panas adalah lebih enak. Setiap kali diri ku berpeluang mengunjungi gerai tersebut, kelihatan memang sentiasa ramai pelanggan di situ. Apakah rahsianya?, pada diri ku adalah masakannya memang enak dan harga yang di tawarkan pula sangat murah. Sepinggan "Mee Bandung" yang lazat hanya berharga RM3.50 sahaja, manakala segelas tea panas RM1.00 sahaja. Murah bukan!, ya memang murah, kerana di sebuah bandar besar seperti Petaling Jaya, pada hari ini amat sukar untuk memiliki makanan yang enak pada kadar harga yang murah. Bagi diri ku dalam seminggu biasanya sekali akan mengunjungi gerai tersebut disebabkan keenakan "Mee Bandungnya" yang menjadi kegemaran diri ku pada setiap kali berpeluang mengunjungi gerai tersebut. Nasib baik jaraknya agak jauh sedikit dari pejabat ku, jika tidak mungkin saban malam diri ini ke sana.
Sebenarnya seorang sahabat baik ku yang telah memperkenalkan kepada diri ku tentang keenakan "Mee Bandung" yang terdapat di gerai tersebut, lebih kurang setahun yang lalu. Pada waktu itu, secara kebetulan diri ku telah di pelawa oleh sahabat ku, untuk belanja diri ku makan malam "Mee Bandung Special" katanya di waktu itu. Diri ku telah menerima pelawaan tersebut dan setelah merasakannya buat pertama kali, memang benar sungguh enak "Mee Bandungnya". Dan bermula dari detik itu sehingga kini diri ku sering ke sana untuk menikmati "Mee Bandung" yang kini telah menjadi kegemaranku, pada setiap kali berpeluang mengunjungi gerai tersebut. Di gerai tersebut terdapat juga menu lain yang di sediakan seperti, nasi goreng, mee goreng, mee hailam, mee sup, bihun goreng dan beberapa jenis masakan lagi berkaitan masakan bergoreng dan berkuah yang di sediakan panas-panas setiap kali pelanggan membuat pesanan. Turut di jual di situ juga kerang rebus sebagai menu tambahan. Walaubagaimanapun diri ku akan sentiasa dengan "Mee Bandung" kegemaran ku pada setiap kali kunjungan ku ke situ, kerana ianya telah menjadi menu kegemaran ku di gerai tersebut.
Bagi yang ingin mencuba masakan pemuda yang berkulit putih dan berparas rupa sedikit seperti peranakan cina ini, yang berusia linkungan lewat tiga puluhan, bolehlah mengunjungi gerai beliau yang terletak di Jalan Tandang 51/217, Petaling Jaya, Selangor. Kedudukan gerai ini agak tersorok sedikit, kerana ianya terletak di dalam kawasan industri Jalan Tandang tersebut. Sekiranya anda dari arah bulatan Jalan Tandang, buat pusingan menghala ke lebuhraya persekutuan menghala ke arah Sungai Way, sebelum sampai simpang kiri untuk masuk ke federal highway terdapat simpang kiri dan belok ke kiri, jalan terus tentu anda akan nampak gerai tersebut yang terletak di dalam kawasan industri Jalan Tandang tersebut. Waktu perniagaan gerai ini adalah lewat petang sehingga lewat malam kecuali hujung minggu. Nama pengusaha gerai ini ialah "Hashim", menurut apa yang diri ku tahu. Pelanggan utama gerai ini merupakan pekerja industri di kawasan tersebut, penduduk berhampiran dan tak kurang juga pengemar yang sanggup datang dari jarak agak jauh sedikit, seperti diri ku ini di sebabkan kelazatan masakannya. Biasalah kan, kalau dah sedap jauh pun orang sanggup datang, cumanya tak boleh selalu je. Ada ramai juga pelanggan yang datang kerana di maklumkan oleh rakan-rakan mereka yang pernah ke situ, seperti diri ku juga turut memaklumkannya kepada rakan-rakan yang lain.
Apa yang menariknya tentang pengusaha gerai ini bagi diri ku adalah, menurut penceritaan daripada sahabat ku yang memperkenalkan gerai tersebut pada ku setahun yang lalu, dan kini diri ku sendiri juga sudah mesra dengan pengusahanya, iaitu saudara Hashim. Perniagaan ini telah diusahakan oleh dua generasi, di mana pengasasnya adalah bapa saudara beliau yang telah kembali ke rahmattullah lebih dari setahun yang lalu. Maknanya diri ku ini tidak berpeluang berjumpa dengan pengasasnya kerana diri ku hanya baru setahun menjadi pelanggan setia di gerai ini. Kini perniagaan ini di teruskan oleh generasi yang kedua selaku tukang masak utama di gerai tersebut, iaitu saudara Hashim. Lama sungguh gerai ini telah beroperasi, menurut penceritaan sahabat ku lagi, beliau sendiri telah mengunjungi gerai ini belasan tahun lamanya. Wah! hebat bukan perniagaan pengusaha gerai ini, dua generasi telah berjaya mempertahankan perniagaan ini. Agaknya apakah rahsia beliau sehingga kini, berjaya mempertahankan perniagaannya ini? Pada pandangan diri ku tentulah kelazatan dan kualiti masakannya, setiap yang berkunjung tentu puas hati dengan masakan di gerai tersebut, maka pelanggan akan terus mengunjunginya semula serta menyebarkan iklan percuma dari mulut ke mulut kerana keenakkan masakan yang terdapat di gerai tersebut. Faktor kedua pula tentu harga yang di tawarkan, bayangkan sepinggan "Mee Bandung" harganya cuma RM3.50, sekiranya sebuah keluarga besar dalam sepuluh orang duduk makan di situ, kosnya tidak sampai RM50 pun termasuk minuman panas atau sejuk. Dua perkara ini merupakan faktor penyumbang utama, mengapa pelanggan datang semula walaupun lokasinya agak tersorok. Benar kata orang kalau masakan sedap, tersorok pun orang datang, tambahan pula harganya yang murah.
Inilah sebuah perniagaan warisan yang boleh di jadikan contoh, "walaupun kecil namun berhasil". Sebuah perniagaan yang berjaya di wariskan sehingga dua generasi boleh terus meraih rezeki di situ. Apa yang diri ku boleh katakan motivasi dari pengasas dan pengusaha terkini di gerai tersebut berbunyi begini;
Sang Pengusaha telah berjaya mewariskan kelebihan yang ada pada dirinya, walaupun telah tiada di dunia, tetap mendapat manfaatnya kepada generasi kedua, serta generasi kedua telah berjaya mempertahankanya sehingga kini, dan pihak pelanggan sentiasa mendapat nikmatnya. Inilah sebuah perniagaan warisan "Yang Tak Lekang Dek Panas dan Tak Lapok Dek Hujan, ianya kekal turun temurun". Tahniah! kepada pengusaha dan syabas kepada penyambung usaha, kalian telah berjaya mengekalkan sesuatu yang banyak memanfaatkan insan-insan lain.
Apabila seseorang pengusaha berusaha dengan menghasilkan sesuatu yang baik tentu akan ada peminatnya yang akan setia bersama. Itulah yang di alami oleh pengusaha gerai "Mee Bandung" ini. Seterusnya pengusaha pula begitu fokus, sangat berdisplin, mempunyai minat yang sangat tinggi dan mendalam serta obsesif dengan usahanya. Maka terbentuk dan terhasilah sebuah perniagaan yang sedemikian rupa iaitu, "walaupun kecil namun berhasil", "Tak lapok dek hujan dan Tak lekang dek panas".
"MEMULAKAN PERNIAGAAN BARU SEPERTI MENYEMAI SEBIJI BENIH, SEKIRANYA DI BAJA DAN DIPELIHARA. IANYA AKAN TUMBUH SUBUR, BERAKAR TUNJANG DAN BERDIRI TEGUH DI BUMI, TETAPI JIKA DIBIARKAN TANDUS, GERSANG DAN DISERANG MUSUH, IANYA AKAN LAYU, KERING DAN TERUS MATI"
"MEE BANDUNG TERBAIK DI PETALING JAYA"
Selamat membaca dan kepada yang rasa teringin mahu mencuba "Mee Bandung" yang diri ku katakan istimewa ini, diri ku mengucapkan selamat mencuba. Belum cuba belum tahu, dah cuba baru anda boleh menilai pula, benar atau tidak apa yang diri ku kongsikan...
Sekian dahulu untuk kali ini..............Wasallam............
Bolacasino88 | Agen Bola Sbobet | Agen Judi Casino | Sabung Ayam Terpercaya
ReplyDeleteMampir yuk gan di Bolacasino88
Pelayanan Yang Professional Dan Ramah
Di Jamin 100% Tidak Adanya BOT Dan ADMIN.
- Daftar GRATIS
- Minimal Deposit 20.000
- Minimal Withdraw 50.000
Dapatkan Hot Promo Yang Kami Berikan :
- Bonus Deposit 5000
- Bonus Refferal Seumur Hidup
- Bonus Sportsbook 100%
- Cashback Sportbook 5% - 15%
- Bonus Deposit Games 10%
- Cashback Games 5%
- Bonus Komisi Casino 0,8%
NB : Syarat Dan Ketentuan Berlaku
Nikmati 1 ID Untuk Semua Games Seperti :
- Sports
- Live Casino
- Togel
- Poker
- Slot Games
- Nomor
- Financial
- Sabung Ayam
Untuk Informasi Lebih Lanjut Silahkan Hubungi CS Kami Di :
- Live Chat 24 Jam Online
- No Tlp ( +855962671826 )
- BBM ( 2BF2F87E )
- Yahoo ( cs_bolacasino88 )
- Skype ( bola casino88 )
- WhatsApp ( +855962671826 )