Saturday 29 October 2011

MEE REBUS RAMLI BAIK PUNYA........

          

         Ipoh merupakan tempat dimana diriku dilahirkan dan merupakan kampung halaman ku. Ramai saudara mara ku yang menetap di Ipoh dan ini secara tidak langsung memudahkan diri ku apabila setiap kali diri ini berpeluang untuk pulang ke Ipoh. Ipoh kini merupakan sebuah bandaraya yang pesat membangun, kelihatan disana-sini deretan rumah kedai baru dan banggunan-banggunan pejabat baru, sedang giat dibangunkan serta pembanggunan perumahan baru juga begitu. Kini hartanah di Ipoh juga begitu ketara dari segi peningkatan harganya. Masyarakat di Ipoh juga persis seperti masyarakat bandar Kuala Lumpur. Mereka semua juga hidup didalam arus pembanggunan dan turut menerima hakikat peningkatan kos sara hidup seperti masyarakat di bandaraya Kuala Lumpur. Namun demikian di Ipoh masih jelas kelihatan budaya dan suasana kampung tetap ujud kerana hanya di kawasan bandar sahaja yang pesat membangun, manakala di kawasan kampung tradisi dan budaya itu masih kekal. Cuma agak kurang kelihatan kelibat orang muda, kerana anak-anak muda hari ini lebih senang merantau dan bekerja di bandar-bandar utama di malaysia.


Kali ini diri ku pulang ke kampung halaman atas urusan peribadi bersama pihak Felcra Kawasan Kampung Jasa, Sungai Siput Perak. Masa yang diri ku peruntukkan sangat pendek kerana kesibukan tugas. Namun diri ku sampai pada malam sebelum dan sempat menjenguk dua keluarga ibu saudara ku di Tasek dan sebelum pulang juga berkesempatan untuk singgah sebentar dirumah bapa saudara ku di Chemor. Setelah selesai segala urusan dengan pihak Felcra pada hari ini, jam di tangan ku telah menunjukkan 3.30 petang sewaktu kaki ku melangkah keluar dari rumah bapa saudara ku. Diri ku telah mengambil keputusan untuk singgah sebentar di Tasek, iaitu dimana terletaknya sebuah restoran yang cukup terkenal bagi masyarakat di Ipoh khususnya, kerana keenakan "Mee Rebus"nya, iaitu "Restoran Mee Rebus Ramli". Sememangnya restoran ini sangat popular dan menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan juga penggemar setia "Mee Rebus Ramli" yang sememangnya enak ini. Tak kurang juga ramai pengunjung dari luar yang telah mengetahui keenakan "Mee Rebus Ramli" ini akan singgah sebentar sekiranya mereka melewati jalan Tasek di Ipoh ini. Bagi diri ku pula sememangnya menjadi kemestian untuk singgah dan makan "Mee Rebus Ramli" ini pada setiap kali pulang ke Ipoh, sekiranya  tidak mempunyai kekangan masa. Alhamdullilah kepulangan ku pada kali ini, diri ku berkesempatan untuk singgah sebentar bagi menikmati "Mee Rebus Ramli" yang semestinya menjadi kegemaran ku.


Apakah yang membuatkan "Mee Rebus Ramli" ini begitu terkenal?, khususnya bagi masyarakat tempatan di sekitar Ipoh. Bagi diri ku yang sudah sekian lama menjadi pelanggan setia mengunjungi restoran ini, tidak lain dan tidak bukan adalah keunikan dan keenakan rasanya. "Mee Rebus Ramli" ini sememangnya enak dan memiliki keunikan rasanya yang tersendiri. Sukar untuk diri ku gambarkan bagaimanakah rasanya yang ku maksudkan itu. Tapi apa yang pasti bagi penggemar "Mee Rebus" khususnya, sekiranya berpeluang atau ada mengunjungi Ipoh di suatu masa kelak, anda patut singgah ke restoran ini dan mencuba sendiri keenakan "Mee Rebus Ramli" ini, diri ku pasti anda tidak akan kecewa. Harga untuk semangkuk "Mee Rebus Ramli" ini adalah RM3.90, agak berpatutan dengan konsep dan servis yang disediakan oleh restoran ini. Sebuah restoran yang kemas dan bersih, manakala pekerja di restoran ini lengkap beruniform. Di restoran ini juga turut menyediakan menu lain seperti nasi ayam dan western food bagi memberi keselesaan pelanggan yang ingin turut menikmati hidangan lain. Pelbagai jenis minuman, dari yang panas sehingga sejuk turut disediakan. Namun demikian daripada pemerhatian diri ku, kebanyakan pengunjung yang datang kesini "Mee Rebus Ramli" merupakan pilihan utama. Sudah semestinya menu utama yang menjadi daya tarikan di restoran ini adalah pilihan utama kepada kebanyakan pelanggan yang mengunjungi restoran ini.


Dimanakah lokasi restoran "Mee Rebus Ramli" ini? Sekiranya anda memandu di lebuhraya utara selatan, gunakan exit plaza tol ke arah Ipoh. Keluar dari plaza tol Ipoh, sampai di lampu isyarat pertama belok ke kanan dan pandu terus sehingga ke akhir jalan utama Tasek, anda akan sampai di sebuah persimpangan tiga yang berlampu isyarat. Belok ke kanan menghala ke jalan Kuala Kangsar, selepas anda belok ke kanan, perlahankan kenderaan, anda akan bertemu dengan satu lampu isyarat lagi. Selepas lampu isyarat berikut belok ke kanan, anda akan melihat deretan rumah kedai dua tingkat, tentu anda akan nampak jelas signboard "Restoran Mee Rebus Ramli", ianya bersebelahan dengan petronas, kfc dan pizza, terletak dalam kawasan Tasek, Ipoh Perak. Untuk memudahkan pencarian kepada warga pembaca yang ingin mencuba, alamatnya seperti berikut;
Terdapat juga dua cawangan yang terletak dikawasan lain di Ipoh.

RESTORAN MEE REBUS RAMLI
No. 767, Taman Tasek Jaya,
Jalan Kuala Kangsar,
31400 Ipoh, Perak.
Tel: 05-547 2026

Cawangan;
No. 28, Jalan Raja Ekram,
30450 Ipoh, Perak.
Tel: 05-243 7203

Cawangan;
No. 116A, Persiaran Perpaduan Utara 1,
Taman Bercham Raya, 31150 Ulu Kinta,
Ipoh, Perak.


Diri ku berharap dengan perkongsian lengkap ini, warga pembaca yang ingin mencubanya sendiri bolehlah berbuat demikian sekiranya berpeluang berkunjung ke Ipoh kelak. Nak tahu benar atau tidak seperti apa yang diri ku ceritakan, cuba sendiri dan nilaikan. Belum cuba belum tahu, "Mee Rebus Ramli", baik punya. Beginilah kehidupan kita selaku rakyat malaysia, sungguh bertuah hidup didalam sebuah negara yang aman dan sejahtera. Bebas bergerak kesana kemari, juga mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak-enak, terdapat dimerata tempat dalam negara ini. Tiap-tiap negeri pasti ada mempunyai daya tarikan yang tersendiri,  baik dari jenis-jenis makanan, adat resam dan juga budaya. Jika hendak diceritakan tentang negeri Perak ini sebenarnya ada banyak lagi perkara-perkara yang menarik. Namun untuk kali ini diri ku fokus kepada penceritaan ini sahaja, demi membantu warga pembaca mendapatkan sedikit maklumat, khususnya berkaitan "Mee Rebus Ramli" ini. Mudah-mudahan dengan nukilan ini dapat juga rakan-rakan yang lain berpeluang menikmatinya jika berpeluang untuk berkunjung ke Ipoh kelak.


Daripada pengamatan diri ku, perkara yang menarik perhatian diri ku terhadap pengusaha perniagaan ini, sehingga begitu berjaya dan terkenal hanya kerana resepinya yang enak dan berkesan. Dengan memiliki resepi yang baik, disertakan dengan tindakan serta usaha yang gigih untuk terus membangunkan perniagaan, kini "Mee Rebus Ramli" boleh berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Telah memiliki tiga buah rangkaian restoran dan sekali gus meletakkan namanya dalam senarai pengusaha restoran yang berjaya di Ipoh khususnya. Begitulah hebatnya pengusaha ini, dengan "Mee Rebus" telah meletakkan diri dan keluarga beliau dalam satu standard yang hebat sebagai usahawan berjaya. Tahniah & Syabas kepada pengusaha dan keluarga ini. Restoran "Mee Rebus Ramli" sebuah perusahaan keluarga melayu yang begitu terkenal di Ipoh semenjak sekian lama. Ianya sebuah perniagaan yang telah diusahakan oleh dua generasi mengikut penceritaan saudara mara ku yang tinggal di Ipoh. Begitulah kekuatan sebuah perniagaan, hanya dengan resepi istimewa ini, telah berjaya mengangkat nama perniagaan ini sehingga menjadi satu nama yang terus meniti dibibir masyarakat malaysia pada hari ini, "Mee Rebus Ramli" baik punya. Bertuah sungguh nama "Ramli" ini, jika di Kuala Lumpur "Burger Ramli" siapa yang tidak kenal, hampir satu malaysia mengenalinya. Di Ipoh pula "Mee Rebus Ramli", begitulah uniknya nama "Ramli" ini, kalau seniman pula tidak lapuk ditelan zaman, Allahyarham Tan Sri "P.Ramli". Memang hebat nama ini bukan? Kata orang apa ada pada nama? Namun demikian adakalanya nama ini juga mampu membawa tuah pada seseorang, selain dari bakat serta daya usaha yang ada pada diri mereka.


"USAHAWAN MERUPAKAN INDIVIDU YANG MEMOBILASIKAN MODAL, MENGGUNA PAKAI SUMBER ASLI, MENGUJUDKAN PELUANG PASARAN SERTA MENJALANKAN PERNIAGAAN. IA MENGGABUNGKAN SIFAT MANUSIA YANG MAHU MAJU, BERKETERAMPILAN, MEMPUNYAI BAKAT SERTA KEBOLEHAN LUAR BIASA, SERTA MEMILIKI DORONGAN UNTUK MENTERJEMAHKAN SUMBER DAN PELUANG KEPADA AKTIVITI YANG MEMBAWA KEPADA KEUNTUNGAN."

                            "MEE REBUS RAMLI......BAIK PUNYA........"

Moga nukilan buat kali ini dapat memberi panduan kepada warga pembaca membuat carian sekiranya berminat untuk mencuba, serta memberi sumber inspirasi kepada sesiapa yang mempunyai resipi istimewa untuk berusaha memajukan resepi kalian, siapa tahu suatu hari nanti ada warga pembaca pula mengikuti jejak usahawan "Mee Rebus" ini. Siapa sangka dengan "Mee Rebus" pun mampu meraih kekayaan kerana berjaya menawan hati pelanggan untuk datang semula serta setiap yang merasakan keenakannya telah membuat iklan percuma kepada perusahaan ini, lantas meletakkan insan ini sebagai usahawan yang popular dan berjaya. Selamat mencuba dan salam sayang dari ku kepada warga pembaca sekalian, serta terima kasih kepada pembaca setia ruangan blog ku ini. Sekian untuk kali ini.
Wasallam...........


Thursday 27 October 2011

PERHUBUNGAN BERLANDASKAN KEPERCAYAAN MEMBENTUK KESEJAHTERAAN......


                Sesekali berpeluang bertemu dengan teman-teman lama, yang pernah berkhidmat dibawah satu bumbung, tentu peluang sebegini tidak boleh dilepaskan. Buat diri ku saat begini tidak akan berulang lagi dan sekiranya ia berulang sekalipun tentu suasananya akan berbeza. Oleh yang demikian diri ku melapangkan juga masa untuk menghadiri majlis tersebut pada malam ini setelah mendapat jemputan seminggu yang lalu dari teman lama ku yang menjadi pembantu penganjur kepada majlis malam ini, yang dinamakan "Re-union Dinner ExAlcom", iaitu merupakan majlis makan malam dan pertemuan teman-teman yang pernah sama-sama berkhidmat di satu tempat yang sama pada suatu masa dahulu. Sungguh lama tidak berjumpa, sesekali berjumpa dalam satu majlis makan malam sebegini amat menyentuh hati dan perasaan. Begitulah kita sesama manusia, bila dekat rasa sayang, rasa nak marah, rasa itu, rasa ini dan bermacam-macam rasa. Namun apabila tidak bertemu sekian lama ada ketikanya, fikiran teringat kisah silam dan hati tertanya-tanya, apakah agaknya khabar si anu sekarang ya, sihatkah atau bertambah berjayakah, dimanakah agaknya dia sekarang dan apakah agaknya pekerjaan yang dilakukan? Setiap orang tentu pernah merasakan perasaan sebeginikan?, inilah yang dinamakan insan, mempunyai akal, hati dan perasaan. Memang tidak dapat dinafikan majlis sebegini seharusnya diadakan sekali sekala supaya yang jauh dapat didekatkan, yang dekat dapat dirapatkan dan bertanya khabar diantara satu sama lain. Walaupun majlisnya agak ringkas dan masa yang diperuntukkan tidak panjang dan tidak berkesempatan untuk berbual dengan semua orang yang hadir, namun hati berasa puas apabila melihatkan suasana riang gembira dan jelas terpancar senyuman di wajah masing-masing tanda bersyukur dapat melihat dan bertemu semula diantara satu sama lain.



Pada malam yang bertuah ini diri ku tidak melepaskan peluang bertanya khabar kepada teman-teman lama yang berkesempatan diri ku berbual dalam keadaan yang ringkas dan padat. Ternyata semua yang hadir memberikan reaksi yang sangat positif, walaupun pada ketika kami pernah berkhidmat bersama dahulu dari bahagian yang berbeza. Tiap dari kami melalui pengalaman yang berbeza-beza dalam perhubungan pada ketika itu. Biasalah dalam melakukan pekerjaan ada boss dan ada orang bawahan, tentu suasananya berbeza mengikut peringkat masing-masing. Namun kini ada yang masih terus berkhidmat dalam bidang yang sama dan ramai juga yang telah menukar kerjaya serta tidak kurang juga ada yang telah bersara. Dalam perbualan pada hari yang berbahagia ini, terdapat berbagai cerita. Antaranya ada yang telah meninggal dunia, ada yang semakin berjaya, ada yang dah jadi tauke, ada yang semakin hebat dan ada juga yang semakin mundur. Resam dunia nasib tiap orang itu berbeza-beza mengikut daya usaha dan rezeki masing-masing. Riuh-rendah suasana pada majlis makan malam pada hari ini, maklum sahajalah masing-masing dengan perjalanan hidup masing-masing dan kesibukan masing-masing. Mana mungkin untuk bertemu kerana kini haluan masing-masing telah berbeza. Jika dahulu ketika berkhidmat bersama sudah tentu sering bertemu kerana tempat mencari rezeki sebumbung juga merupakan rumah kedua kepada kami semua warga pekerja yang berkhidmat dalam satu syarikat yang sama. Hubungan tentu kuat dan mesra kerana saban hari sering bertemu. Maka apabila sekian lama tidak bertemu tentu suasana begitu hangat kerana masing-masing berminat untuk mengetahui perkembangan masing-masing. Beginilah resam hidup didunia, manusia saling memerlukan diantara satu sama lain, jika tidak saban hari tentu ada waktu dan ketika keperluan itu akan tetap ada.



"PADA SETIAP JIWA YANG HIDUP ITU MEMPUNYAI FITRAH KEJADIAN HATI YANG SAMA. SEMUA JIWA HIDUP YANG NAMANYA MANUSIA ITU MEMPUNYAI PERASAAN SAYANG WALAUPUN ADA KETIKA LAHIRNYA BENCI"

Perhubungan sesama manusia sangat perlu walau bagaimana hebat pun seseorang itu di dunia ini, kerana setiap perkara yang mahu dilakukan peranan seseorang pasti akan ada. Tiap manusia sering melengkapi diantara satu sesama yang lain dalam banyak perkara. Bayangkan sekiranya ada waktu dan ketika apabila diri anda mengendalikan sesuatu majlis, jika kita tidak mempunyai kawan, tentu majlis akan menjadi suram. Sebab itu kita sering melihat bagi sesiapa yang hidupnya mempunyai ramai kenalan, apabila dirinya mengadakan sesuatu majlis tentu meriah dan riuh-rendah kerana kehadiran tetamu yang ramai. Hidup berkawan ibarat "aur dengan tebing, tentu tidak dapat dipisahkan", begitu juga hidup bermasyarakat, ianya sangat dituntut dalam kehidupan seseorang. Inilah realiti kehidupan, pertemuan sebegini merupakan keinginan untuk terus berjumpa dia antara satu sama lain, atas dasar rasa kasih dan sayang sesama insan ini terus ujud dan utuh. Di malam yang bertuah ini kelihatan ramai yang turut membawa kamera bersama-sama dan tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenang-kenangan terkini dan termasuk diri ku juga sudah pasti melakukan perkara yang sama, kerana sudah menjadi kebiasaan akan membawa kamera kesayangan ku ini kemana sahaja diri ku pergi. Sesekali berpeluang bertemu dengan kawan-kawan lama pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam gambar kenang-kenangan sebagai koleksi peribadi yang terkini. Jelas kelihatan masing-masing telah meningkat usia, jika dahulu rambutnya hitam kini telah ramai yang menjadi putih rambutnya. Jika dahulu tidak berkedut kini ramai yang telah berkedut. Jika dahulu muda dan berusia pertengahan, namun kini ramai yang telah meniti arus usia. Walauapapun, matlamat pada malam ini tercapai dan jelas kelihatan diwajah masing-masing terpancar tanda kepuasan dapat bertemu semula setelah sekian lama terpisah walaupun cuma seketika. Kelihatan ada diantara hadirin yang bertukar-tukar kad nama, mendapatkan nombor talipon di antara satu sama lain dan termasuk diri ku juga berbuat demikian dengan beberapa rakan yang telah lama terputus hubungan.



"MANUSIA TIDAK BOLEH HIDUP BERSENDIRIAN. SETIAP MANUSIA MEMERLUKAN TEMAN BAGI MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN. ISLAM JUGA MENGGALAKKAN UMATNYA BERSAHABAT DAN BERGAUL MELALUI CARA YANG PALING BAIK"

Akhirnya majlis makan malam pada hari ini sampai ke waktu kemuncak, kelihatan seorang demi seorang meminta diri untuk pulang, kerana masing-masing ada tugasan lain mengikut perjalanan kehidupan masing-masing. Kami bersalaman antara satu sama lain tanda perpisahan dan entah bila akan bertemu kembali, namun kepuasan tercapai jua walaupun hanya seketika dan pasti pertemuan secara individu akan menyusul mengikut keperluan masing-masing kerana kebanyakan dari kami telah bertukar-tukar nombor talipan pada malam ini. Di akhir majlis kami sempat merakam gambar beramai-ramai sebagai satu kenangan abadi untuk dikenang sepanjang hayat kerana malam ini merupakan satu detik sejarah yang pasti akan dikenang oleh setiap yang hadir. Pertemuan yang ringkas dan seketika tetapi mempunyai pengertian yang begitu bermakna kepada setiap yang hadir pada malam ini. Yang lama telah terputus hubungan, titik pertemuan pada malam ini telah menyambungkannya kembali. Begitulah kisah diri ku pada malam ini, malam yang bersejarah dan penuh makna untuk terus dikenang sepanjang hayat. Bukan senang untuk bertemu dengan kebanyakan kenalan lama yang telah lama tidak bertemu, namun malam yang berbahagia ini sedikit sebanyak telah mengubat kerinduan serta membuka lembaran baru dengan tersambungnya kembali hubungan yang kian lama telah terputus. Macamana ramai pun kenalan baru yang hadir dalam kehidupan ini, kenalan dan rakan-rakan lama akan tetap terus dikenang kerana setiap detik dan waktu dalam perjalanan kehidupan, ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri untuk terus dikenang.

"PERHUBUNGAN BERLANDASKAN KEPERCAYAAN MEMBENTUK KESEJAHTERAAN"


"JADILAH SEPERTI MATAHARI, CAHAYANYA DAPAT DIRASAKAN DAN DINIKMATI OLEH SEMUA ORANG TAK KIRA DIMANA KITA BERADA"

Manusia dijadikan sebagai sebaik-baik kejadian, Allah SWT telah menjadikan kita dengan sebaik-baik rupa, ketinggian, ukuran, sifat serta bentuk. Baik bentuk muka, pancaindera serta susunan anggota tubuh badan dan sebagainya. Yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain merupakan pada akalnya. Jadi kita sebagai manusia harus sentiasa menghargai dan memelihara akal yang dikurniakan untuk ke arah kebaikan. Insya Allah...
Sekian buat kali ini perkongsian nukilan diri ku, semoga penceritaan pada kali ini sedikit sebanyak mendatangkan manfaat kepada warga pembaca sekelian........Wasallam.........

Tuesday 25 October 2011

MEE KARI HAINAN YANG MENAWAN HATI ......


            Diri ku rasa terpanggil sekali lagi untuk terus menukilkan cerita-cerita yang berkaitan makanan dan lokasi-lokasi menarik untuk dikunjungi dalam perihal makanan. Perasaan untuk terus berkongsi pengetahuan dalam perkara berkaitan makanan ini diteruskan atas dasar respon positif yang ku terima melalui nukilan diri ku yang lalu, iaitu bertajuk "Mee Bandung Terbaik di Petaling Jaya". Diri ku sungguh tidak menyangka penceritaan sedemikian rupa begitu mendapat sambutan dari warga pembaca, lantaran itu telah menghasilkan semangat baru kepada diri ku untuk terus berkongsi pengetahuan melalui pengalaman sendiri mahupun yang diperkenalkan oleh kawan-kawan yang lain dalam perkara berkaitan makanan ini. Mudah-mudahan dengan karya-karya sebegini sedikit sebanyak dapat membantu warga pembaca mendapat lebih maklumat dan memudahkan pencarian makanan yang bermutu mengikut kadar kemampuan masing-masing. Makanan merupakan perkara asas utama dalam kehidupan seharian manusia, oleh sebab itu dalam soal makan pasti ramai yang tercari-cari makanan yang sedap dan sesuai dengan harga, agar rasa berbaloi sekiranya terpaksa berbelanja lebih untuk perkara ini. Adakalanya tentu kita pernah rasa kecewa selepas kita mencuba makanan di suatu tempat akan tetapi rasanya tidak setimpal dengan apa yang kita bayar. Pada hari ini, jika di bandar rata-rata memang sukar untuk mendapat makanan yang enak pada kadar harga yang murah. Perkara ini terjadi adalah disebabkan pembanggunan serta sektor makanan mempunyai permintaan yang tinggi. Jadi tidak hairanlah ada di antara para peniaga meletakkan harga yang tinggi kerana permintaannya yang terus meningkat. Pada diri ku, sekiranya harga yang ditawarkan sedikit tinggi, akan tetapi berbaloi dengan apa yang dibayar tidak mengapa, kerana akan terasa berpuas hati. Namun untuk membayar makanan pada harga yang tinggi tidak mungkin selalu pada diri ku, sesekali tidak mengapalah. Bagi yang berkemampuan mungkin tidak menjadi halangan untuk selalu mengunjungi restoran-restoran mewah. Apapun diri kita, kita yang lebih memahami keupayaan dan kemampuan kita. Untuk hidup kita perlu makan dan untuk makan tidak semestinya mahal, kita yang membuat pilihan dan keputusan atas dasar kemampuan diri.



Hari ini diri ku ingin berkongsi satu lagi lokasi yang agak menarik untuk di kunjungi, kepada warga pembaca halaman blog ku ini. Pada hari ini di negara malaysia, telah menjadi satu trend kepada warga masyarakat bandar mengunjungi Coffee House atau Cafe yang lengkap dengan wi-fi serta menyediakan ruangan yang nyaman dan selesa, tak kurang juga ada ruangan yang berhawa dingin di sesetengah cafe sebegini. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini di bandar-bandar besar di malaysia ini, bukan sahaja amat popular dengan "Restoran Mamak 24 jam" di sana-sini, cafe-cafe yang menawarkan keselesaan dengan harga ekonomi juga begitu banyak terdapat di sana-sini. Bak kata pepatah dua kategori restoran ini tumbuh "bagai cendawan lepas hujan" di bandar-bandar besar apatah lagi di lembah klang ini. Masing-masing mempunyai identiti perniagaan yang berbeza, jika di Restoran Mamak lebih terkenal dengan Skrin TV yang besar-besar, dan sering menjadi tumpuan pengunjung berkumpul, apatah lagi jika ada rancangan bola, kita dapat melihat gelagat muda-mudi berkumpul dengan rakan-rakan mereka, sambil makan dan minum turut berkumpul untuk menyaksikan perlawanan bolasepak khususnya di Restoran-restoran Mamak saban malam. Jika di cafe-cafe pula kita boleh melihat ramai muda-mudi atau golongan-golongan peniaga suka mengunjunginya kerana terdapatnya wi-fi percuma disediakan dikebanyakan cafe-cafe yang moden ini. Begitulah perbezaan dua identiti ini selain dari pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh perniagaan masing-masing.



Hari ini tentu ramai di antara kita biasa dengar atau ternampak dan tak kurang juga yang pernah mengunjunginya. Cafe yang diri ku maksudkan adalah "Old Town White Coffee". Cafe ini dikendalikan secara sistem perniagaan francise, oleh kerana itu amat mudah untuk kita melihat cafe ini di merata tempat khususnya di lembah klang ini. Ianya sebuah perniagaan seperti KFC dan Mcdonalds, giat dan pesat berkembang, jika ada lokasi baru dan sesuai tentu ada usahawan baru atau lama yang berkemampuan merebut peluang untuk membuka cafe tersebut. "Old Town White Coffee House" merupakan satu jenama restoran yang berkonsepkan cafe moden cukup terkenal kini di malaysia, saban hari meniti di mulut masyarakat bandar khususnya. Cafe ini menyediakan berbagai pilihan makanan dan minuman yang disahkan halal oleh badan agama yang berwajib di malaysia ini. Logo halal tertera dengan jelas di setiap rangkaian cafe ini. Dengan ini pelanggan muslim tidak akan berasa was-was untuk menjamu selera di cafe ini. Terdapat berbagai menu pilihan dari set sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan juga untuk makan malam. Kebanyakan menu makanannya berkonsepkan western dan makanan cina hainan. Jenis minuman pula terdapat dalam banyak pilihan dari panas hingga ke minuman sejuk. Di cafe ini minuman yang paling istimewa adalah "White Coffee" di atas jenamanya sendiri, iaitu "Old Town". Namun awas! kepada yang sukar untuk tidur, diri ku ingin menasihatkan jangan di minum pada waktu malam, kerana ramuan kopinya yang agak keras akan membuat mata sukar untuk dilelapkan jika di minum pada waktu malam.



Kali ini apa yang diri ku ingin kongsikan dengan warga pembaca ruangan blog ku ini merupakan sejenis makanan yang telah menjadi pilihan utama diri ku pada setiap kali berpeluang mengunjungi cafe ini. Makanan yang diri ku maksudkan adalah "Mee Kari Hainan" yang begitu menawan hati ku semenjak kali pertama diri ku mencubanya hingga ke saat ini, dan di sebabkan "Mee Kari Hainan" inilah yang telah membuatkan diri ku ini terpanggil untuk kembali semula ke cafe ini, apabila diri ku berasa teringgin untuk makan mee kari. Apakah yang menariknya tentang "Mee Kari Hainan" ini? Bagi diri ku ini, sebagai seorang penggemar mee, ianya berbeza dari mee kari yang biasa ku makan di tempat lain. "Mee Kari Hainan" yang terdapat di cafe ini mempunyai keenakannya yang tersendiri, rasa kuahnya yang cukup lemak dan tidak begitu pedas serta di tambah dengan perencah-perencah tambahan yang turut dimasukkan bersama ke dalam mee ini, membuatkan diri ku untuk terus setia melanggan "Mee Kari Hainan" ini. Kini boleh dikatakan hampir setiap kali diri ku berpeluang mengunjungi cafe ini, "Mee Kari Hainan" inilah menu yang menjadi pilihan utama diri ku. Harga untuk sepinggan "Mee Kari Hainan" ini adalah RM7.90. Harganya boleh dianggap berpatutan dengan perkhidmatan serta keselesaan yang disediakan di cafe ini. Untuk seorang makan di sini, sepinggan "Mee Kari Hainan" bersama secawan minuman, anggaran perbelanjaan sekali makan untuk seorang, lebih kurang  linkungan RM10 ke RM12 bergantung pada jenis minuman yang dipilih. Di cafe ini wi-fi percuma turut disediakan untuk keselesaan pelanggan yang mengunjungi cafe ini. Sekiranya warga pembaca yang belum pernah mencuba atau ingin merasakannya sendiri, diri ku pasti kalian tidak akan merasa kecewa apabila berpeluang untuk mencubanya sendiri kelak. Selamat mencuba "Mee Kari Hainan" terbaik di "Old Town White Coffee House".



"SETIAP PERNIAGAAN DIMULAKAN MELALUI PELUANG YANG DIKENALPASTI, LALU DIAMBIL KESEMPATAN UNTUK DIMAJUKAN. KEWUJUDAN PELUANG PERNIAGAAN ADALAH UNTUK MENAWARKAN PERKHIDMATAN ATAU BARANGAN DALAM PASARAN TERTENTU, BERGANTUNG KEPADA PERUBAHAN SERTA ARAH ALIRAN DALAM FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN. PELUANG DALAM PASARAN MERUPAKAN, APABILA MASIH TERDAPAT RUANG SERTA KESEMPATAN UNTUK MENAWARKAN PERKHIDMATAN ATAU BARANGAN YANG MAMPU MEMENUHI KEHENDAK SERTA CITARASA PELANGGAN".



Sampai disini dahulu nukilan diri ku pada kali ini, mudah-mudahan perkongsian dan penceritaan buat kali ini dapat membantu sedikit sebanyak bagi penggemar mee kari mahupun kepada mereka yang tercari-cari makanan yang enak serta berbaloi apabila membuat bayaran selepas menjamu selera. Selamat mencuba kepada yang teringgin untuk merasa keenakannya sendiri serta selamat menambah pengetahuan kepada yang mendapat manfaat hasil daripada nukilan karya ini. SEKIAN........
WASALLAM..............



Monday 24 October 2011

EKONOMI MERUPAKAN KUASA, PENGARUH TIDAK SEMESTINYA BERKUASA.....


          Dari sudut sejarah beratus tahun dahulu seni mempertahankan diri adalah perkara yang sangat penting kepada seseorang atau kumpulan yang berkuasa. Rata-rata pada zaman dahulu ilmu yang sering dituntut dan di ajar merupakan seni mempertahankan diri. Boleh dikatakan semua bangsa dan kaum mempunyai cara dan ilmu masing-masing dari sudut mempertahankan diri. Pendek kata pada zaman dahulu sehingga kini ilmu seni mempertahankan diri masih diperlukan dan ada orang-orang tertentu masih terus memperjuangkan perkara berkaitan seni mempertahankan diri ini. Cumanya di zaman serba moden ini, cara dan pendekatannya sahaja yang berbeza. Kalau di zaman dahulu kala seni mempertahankan diri diguna pakai dan di praktikan dalam kehidupan seharian untuk menentang musuh dan mempertahankan diri dari pihak lawan. Tapi di zaman ini seni mempertahankan diri lebih bersifat untuk pengetahuan agar boleh dan mampu melindungi diri jika berlaku perkara yang tidak diingini, seperti rompakan atau gangguan. Pada hari ini seni mempertahankan diri lebih di praktikkan sebagai seni yang perlu dipertahankan dan juga menjadi suatu acara sukan untuk pertandingan dan di pertandingkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Ianya lebih bersifat seni yang perlu di pertahankan dan seni sukan. Di peringkat sekolah-sekolah kita boleh lihat seni mempertahankan diri termasuk dalam subjek kokorikulam tambahan, ianya bukan wajib dan kesannya ramai pelajar ataupun murid pada hari ini tidak terlibat dengan aktiviti seni mempertahankan diri ini, kerana ianya sebagai pilihan. Hanya para ibubapa yang sedar akan nilai dan betapa pentingnya ilmu ini, yang akan berusaha memastikan anak-anak mereka memiliki kemahiran ini. Hidup di zaman moden dan dalam sebuah negara yang aman perkara ini telah menjadi perkara pilihan dan bukan kemestian lagi. Hari ini ilmu akademik adalah keutamaan kerana kebijaksanaan intelek dan komunikasi adalah keperluan. Maka dalam soal seni mempertahankan diri ini bukan keutamaan lagi, berbanding pada zaman lampau.



Jika dikaji dan direnung dari sudut sejarah setiap bangsa memiliki kekuatan seni mempertahankan diri masing-masing. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat juga hebat dalam permainan pedang. Laksamana Hang Tuah dan sahabatnya cukup terkenal dengan ilmu persilatan dalam sejarah kesultanan Melaka pada suatu masa dahulu. Bangsa Cina di zaman dinasty sangat terkenal dengan kung fu dan sebagainya yang berkaitan dengan seni mempertahankan diri, baik dari sudut fizikal, batin dan juga peralatan serta kelengkapan perangnya. Perkara ini sering dapat kita tonton dalam filem-filem aksi Cina. Bangsa Cina juga memiliki nama-nama besar dalam perkara seni mempertahankan diri ini seperti, Bruce Lee, Jet Lee, Jackie Chan dan sebagainya.


Pada suatu waktu di zaman dahulu kala, bangsa Cina merupakan suatu bangsa yang terkenal dengan
peperangan. Kehidupan bangsa Cina pada waktu itu sangat susah dan sukar, kebanyakan mereka hanya golongan petani dan kehidupan yang dilalui sangat susah dan sukar. Mengapa ini terjadi? Ini kerana pada waktu itu maharaja-maharaja Cina sangat mementingkan kuasa. Mereka banyak menghabiskan masa dengan berperang dan berbunuhan di antara satu sama lain, kerana perebutan hak memerintah dan kuasa. Perkara ini berlarutan dalam jangka waktu yang panjang. Sebab itu filem-filem Cina ada banyak yang mengisahkan cerita-cerita peperangan di zaman dinasty. Tentu ramai di antara kita biasa atau pernah menyaksikan filem-filem Cina yang berkisar tentang peperangan bukan? Itulah apa yang terjadi pada suatu masa dahulu kepada bangsa ini. Tetapi perkara berkaitan peperangan, berbunuhan dan perebutan kuasa untuk menakluki wilayah-wilayah tertentu oleh bangsa Cina ini semuanya kini telah menjadi sejarah. Semua ini berlaku disebabkan sampai kepada suatu ketika, ada pemerintah yang mengajak bangsa ini untuk melakukan "Perubahan". Mereka telah penat untuk hidup dalam kemiskinan dan pertumpahan darah bertahun-tahun lamanya, dan jika perkara ini diteruskan kemajuan tidak dapat dibentuk dan rakyat akan terus di himpit kemiskinan dan ketakutan. Maka pada saat itu bangsa Cina telah bangkit dan melakukan perubahan, maka ramai antara mereka telah keluar sebagai para petani miskin, meninggalkan kampung halaman mereka untuk berhijrah ke tempat-tempat lain termasuk ke negara-negara lain. Sebab itu kalau di perhatikan bangsa Cina ini merupakan suatu bangsa yang akan terdapat di kebanyakan negara di dalam dunia, kerana mereka ini dari zaman dahulu kala lagi telah merantau dan berhijrah di seluruh pelusuk dunia. Rata-rata bangsa Cina ini merupakan golongan pedagang. Mereka mempunyai bakat untuk hidup berdikari di kebanyakan tempat mereka tinggal di dunia ini. Mereka ini sangat cenderung dengan aktiviti perniagaan, kerana sudah terdidik dan terbiasa dari zaman dahulu kala lagi.


Di negara kita Malaysia ini sebelum merdeka, menurut sejarah "Yap Ah Loy", satu nama besar berbangsa Cina telah datang ke Kuala Lumpur pada waktu itu dan membuka lombong bijih timah sebagai aktiviti perdagangan keluarga beliau. Dan hari ini siapa tak kenal Kuala Lumpur, hampir satu dunia tahu Kuala Lumpur merupakan pusat bandar utama Malaysia. Mungkin ada di antara kita yang lupa atau tidak tahu bagaimana Kuala Lumpur mendapat namanyakan? Ya! ini sejarah dan ianya kekal sebagai sejarah yang tidak boleh diubah. Apa yang cuba diri ku nukilkan di sini adalah, kita sebagai bangsa melayu juga mempunyai sejarah tersendiri dan ramai hari ini bangsa-bangsa melayu ini juga datangnya dari keturunan pahlawan. Sebab itu kita boleh lihat terdapat ramai tokoh-tokoh pemimpin di malaysia ini yang hebat dan tersohor sehingga berjaya mengankat martabat bangsa melayu, dan pada hari ini bangsa melayu telah menjadi suatu bangsa yang terlalu bijak dan pandai, oleh kerana kepesatan arus pembanggunan perdana dan arus kemodenan. Institusi-intitusi pengajian tinggi pada hari ini rata-rata, anak melayu memenuhinya untuk terus menuntut ilmu akademik. Seni mempertahankan diri juga terdapat ramai tokoh-tokoh hebat yang terus utuh memperjuangkannya seperti   Tan Sri Omardin Mauju, pengasas kepada "Seni Silat Lincah Malaysia". Jika di kaji dari sudut sejarah mengapa bangsa Cina begitu hebat dengan ekonomi dan perniagaan sehingga kini? Jika di China pada hari ini mereka telah berjaya menjadi sebuah negara gergasi dalam bidang industri. Kuasa-kuasa besar dunia juga merasakan begitu hebat persaingan yang telah di cipta oleh bangsa Cina ini, khususnya dari sudut ekonomi dan perniagaan. Mereka juga berjaya menarik pelabur-pelabur luar dan tak kurang juga dari malaysia untuk melabur disana dengan menawarkan tenaga kerja yang murah dan di sebabkan itu mereka berjaya bersaing di pasaran dunia dengan menawarkan harga yang rendah pada kebanyakan barangan keluaran mereka pada hari ini. Negara Cina juga merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang paling ramai di dunia pada masa kini. Apakah kehebatan bangsa ini? Apa yang pasti bangsa ini telah lama menghentikan peperangan dan sebaliknya mereka menumpukan pada kuasa ekonomi dan dengan kuasa ekonomi mereka menjadi suatu bangsa yang begitu berjaya dalam bidang ekonomi dan perniagaan.


"EKONOMI MERUPAKAN KUASA, PENGARUH TIDAK SEMESTINYA BERKUASA"

Pada hari ini kita melihat di dalam negara kita malaysia begitu jelas, bangsa Cina merupakan bangsa yang begitu hebat dari segi ekonomi dan perniagaan, mereka ini telah terdidik oleh nenek moyang mereka untuk berdikari dan berniaga. Faktor ekonomi menjadi tunjang utama kepada bangsa mereka. Jika kita perhatikan di malaysia ini kebanyakan unit-unit kedai, banggunan pejabat dan apa juga perniagaan rata-rata majoriti di miliki bangsa cina. Di bandar besar seperti Kuala Lumpur ini apatah lagi. Dari kedai pakaian sehinggalah apa jua perniagaan berskala sederhana dan besar di miliki oleh mereka. Bagaimana mereka boleh begitu mampu untuk menakluki setiap ruang banggunan kedai yang dibanggunkan ini? Ini menunjukkan bangsa ini mempunyai satu kaedah ataupun cara untuk saling membantu sesama mereka. Persatuan mereka sangat kuat memperjuangkan ekonomi bangsa mereka. Persatuan mereka sangat cenderong dan mendokong diantara satu sama lain dalam perihal ekonomi. Jika tidak mana mungkin mereka mampu berkuasa dengan begitu cepat, kukuh dan terus berkembang. Kerana mereka sangat faham apa itu kuasa! "Ekonomi merupakan kuasa" dan mereka sangat sedar dengan perkara ini, dan terus berusaha untuk meningkatkannya lagi secara berterusan.



'KUASA DAPAT DIGUNAKAN UNTUK KEBAIKAN SOSIAL ATAUPUN DIGUNAKAN BAGI TUJUAN KEBURUKAN SEPERTI MENINGGIKAN KEDUDUKAN PERIBADI"

Melayu adalah suatu bangsa dan agamanya adalah Islam. Kewujudan bangsa melayu itu merupakan suatu fitrah. Al-Quran memberikan asas bahawa manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa (surah al-hujurat ayat 13). Bangsa melayu merupakan salah satu bangsa yang wujud di dunia. Islam adalah ajaran dan agama yang datang dari Allah SWT. Al-Quran di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada manusia, supaya manusia mendapat petunjuk dan membina takwa. Bangsa melayu pada asalnya menganut fahaman anamisme. Kemudian dikaitkan keyakinan melayu dengan agama Hindu dan Buddha. Melayu yang anamisme, Hindu dan Buddha dibentuk oleh kepercayaan dan cara hidup yang sesuai dengan ajaran agama tersebut. Apabila Agama Islam datang, cara berfikir, tradisi dan budaya yang dibina dan cara beribadah adalah mengikut ajaran Islam. Islam telah mengangkat minda dan intelek orang melayu supaya berfikir selari dengan fitrah akal. Islam bukan sahaja suatu sistem kepercayaan tetapi ianya mengatur kehidupan. Islam dalam sejarahnya di alam melayu telah membangunkan suatu tamadun samada dalam kepimpinan dan kepengikutan mahupun dalam karya-karya yang terhasil serta sistem pendidikan. Bangsa melayu menjadi hebat kerana ajaran Islam yg dikaitkan kepada bangsa melayu.



"ORANG-ORANG YANG MEMILIKI JIWA INSANI YANG TINGGI MERUPAKAN ORANG YANG BERBUDI"

Sebatang pokok tidak akan tumbang semata-mata kerana hentakan mata kapak atau beliung, akan tetapi tumbangnya pokok akibat daripada kayu yang disendalkan dengan beliung yang memberikan hentakan yang teramat berkesan supaya pokok kayu itu tumbang. Beliung atau musuh orang melayu tetap berlagak seperti jerat dan pelanduk. Pelanduk selalu lupakan jerat, akan tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.
Budi dikaitkan dengan akal dan kebijaksanaan. Akal memikirkan sesuatu dan kebijaksanaan merupakan penyuluh yang menerangi perjalanan kehidupan. Akal tanpa fikir menyebabkan perubahan tidak berlaku. Fikir tanpa zikir hilang jiwa keinsanan. Budi memancar resam fikiran dan daya memancarkan amal mulia. Budi dan daya menghasilkan budaya dan ianya merupakan cara hidup.
Moga apa yang diri ku nukilkan pada kali ini, menjadi renungan buat diri ku dan juga sekadar berkongsi dengan warga pembaca sekelian. Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri ku insan yang lemah ini.
Sekian.........Wasallam..............

Saturday 22 October 2011

MEE BANDUNG TERBAIK DI PETALING JAYA ......

          


            Hari ini diri ku terpanggil untuk menukilkan dan berkongsi dengan warga pembaca kisah sebuah gerai yang sering diri ku kunjungi kerana kelazatan masakannya di situ. Sebuah gerai biasa sahaja yang telah beroperasi belasan tahun lamanya di "Jalan Tandang 51/217, Petaling Jaya, Selangor. Ya! gerai nampak biasa tetapi ramai dan tak putus-putus pelanggan mengunjungi gerai tersebut, yang di buka tiap-tiap malam kecuali hujung minggu. Bagi warga pekerja industri di Jalan Tandang Petaling Jaya, ramai yang mengetahui tentang keenakan masakan di gerai tersebut. Kedudukan gerai ini walaupun agak tersorok, namun bagi pengemar dan pelanggan setia gerai ini, tidak menjadi masalah untuk ke sana apabila merasa teringin untuk menjamu selera di gerai tersebut pada waktu malam. Masakan di sini jika di makan panas-panas adalah lebih enak. Setiap kali diri ku berpeluang mengunjungi gerai tersebut, kelihatan memang sentiasa ramai pelanggan di situ. Apakah rahsianya?, pada diri ku adalah masakannya memang enak dan harga yang di tawarkan pula sangat murah. Sepinggan "Mee Bandung" yang lazat hanya berharga RM3.50 sahaja, manakala segelas tea panas RM1.00 sahaja. Murah bukan!, ya memang murah, kerana di sebuah bandar besar seperti Petaling Jaya, pada hari ini amat sukar untuk memiliki makanan yang enak pada kadar harga yang murah. Bagi diri ku dalam seminggu biasanya sekali akan mengunjungi gerai tersebut disebabkan keenakan "Mee Bandungnya" yang menjadi kegemaran diri ku pada setiap kali berpeluang mengunjungi gerai tersebut. Nasib baik jaraknya agak jauh sedikit dari pejabat ku, jika tidak mungkin saban malam diri ini ke sana.



Sebenarnya seorang sahabat baik ku yang telah memperkenalkan kepada diri ku tentang keenakan "Mee Bandung" yang terdapat di gerai tersebut, lebih kurang setahun yang lalu. Pada waktu itu, secara kebetulan diri ku telah di pelawa oleh sahabat ku, untuk belanja diri ku makan malam "Mee Bandung Special" katanya di waktu itu. Diri ku telah menerima pelawaan tersebut dan setelah merasakannya buat pertama kali, memang benar sungguh enak "Mee Bandungnya". Dan bermula dari detik itu sehingga kini diri ku sering ke sana untuk menikmati "Mee Bandung" yang kini telah menjadi kegemaranku, pada setiap kali berpeluang mengunjungi gerai tersebut. Di gerai tersebut terdapat juga menu lain yang di sediakan seperti, nasi goreng, mee goreng, mee hailam, mee sup, bihun goreng dan beberapa jenis masakan lagi berkaitan masakan bergoreng dan berkuah yang di sediakan panas-panas setiap kali pelanggan membuat pesanan. Turut di jual di situ juga kerang rebus sebagai menu tambahan. Walaubagaimanapun diri ku akan sentiasa dengan "Mee Bandung" kegemaran ku pada setiap kali kunjungan ku ke situ, kerana ianya telah menjadi menu kegemaran ku di gerai tersebut.



Bagi yang ingin mencuba masakan pemuda yang berkulit putih dan berparas rupa sedikit seperti peranakan cina ini, yang berusia linkungan lewat tiga puluhan, bolehlah mengunjungi gerai beliau yang terletak di Jalan Tandang 51/217, Petaling Jaya, Selangor. Kedudukan gerai ini agak tersorok sedikit, kerana ianya terletak di dalam kawasan industri Jalan Tandang tersebut. Sekiranya anda dari arah bulatan Jalan Tandang, buat pusingan menghala ke lebuhraya persekutuan menghala ke arah Sungai Way, sebelum sampai simpang kiri untuk masuk ke federal highway terdapat simpang kiri dan belok ke kiri, jalan terus tentu anda akan nampak gerai tersebut yang terletak di dalam kawasan industri Jalan Tandang tersebut. Waktu perniagaan gerai ini adalah lewat petang sehingga lewat malam kecuali hujung minggu. Nama pengusaha gerai ini ialah "Hashim", menurut apa yang diri ku tahu. Pelanggan utama gerai ini merupakan pekerja industri di kawasan tersebut, penduduk berhampiran dan tak kurang juga pengemar yang sanggup datang dari jarak agak jauh sedikit, seperti diri ku ini di sebabkan kelazatan masakannya. Biasalah kan, kalau dah sedap jauh pun orang sanggup datang, cumanya tak boleh selalu je. Ada ramai juga pelanggan yang datang kerana di maklumkan oleh rakan-rakan mereka yang pernah ke situ, seperti diri ku juga turut memaklumkannya kepada rakan-rakan yang lain.



Apa yang menariknya tentang pengusaha gerai ini bagi diri ku adalah, menurut penceritaan daripada sahabat ku yang memperkenalkan gerai tersebut pada ku setahun yang lalu, dan kini diri ku sendiri juga sudah mesra dengan pengusahanya, iaitu saudara Hashim. Perniagaan ini telah diusahakan oleh dua generasi, di mana pengasasnya adalah bapa saudara beliau yang telah kembali ke rahmattullah lebih dari setahun yang lalu. Maknanya diri ku ini tidak berpeluang berjumpa dengan pengasasnya kerana diri ku hanya baru setahun menjadi pelanggan setia di gerai ini. Kini perniagaan ini di teruskan oleh generasi yang kedua selaku tukang masak utama di gerai tersebut, iaitu saudara Hashim. Lama sungguh gerai ini telah beroperasi, menurut penceritaan sahabat ku lagi, beliau sendiri telah mengunjungi gerai ini belasan tahun lamanya. Wah! hebat bukan perniagaan pengusaha gerai ini, dua generasi telah berjaya mempertahankan perniagaan ini. Agaknya apakah rahsia beliau sehingga kini, berjaya mempertahankan perniagaannya ini? Pada pandangan diri ku tentulah kelazatan dan kualiti masakannya, setiap yang berkunjung tentu puas hati dengan masakan di gerai tersebut, maka pelanggan akan terus mengunjunginya semula serta menyebarkan iklan percuma dari mulut ke mulut kerana keenakkan masakan yang terdapat di gerai tersebut. Faktor kedua pula tentu harga yang di tawarkan, bayangkan sepinggan "Mee Bandung" harganya cuma RM3.50, sekiranya sebuah keluarga besar dalam sepuluh orang duduk makan di situ, kosnya tidak sampai RM50 pun termasuk minuman panas atau sejuk.  Dua perkara ini merupakan faktor penyumbang utama, mengapa pelanggan datang semula walaupun lokasinya agak tersorok. Benar kata orang kalau masakan sedap, tersorok pun orang datang, tambahan pula harganya yang murah.



Inilah sebuah perniagaan warisan yang boleh di jadikan contoh, "walaupun kecil namun berhasil". Sebuah perniagaan yang berjaya di wariskan sehingga dua generasi boleh terus meraih rezeki di situ. Apa yang diri ku boleh katakan motivasi dari pengasas dan pengusaha terkini di gerai tersebut berbunyi begini;

Sang Pengusaha telah berjaya mewariskan kelebihan yang ada pada dirinya, walaupun telah tiada di dunia, tetap mendapat manfaatnya kepada generasi kedua, serta generasi kedua telah berjaya mempertahankanya sehingga kini, dan pihak pelanggan sentiasa mendapat nikmatnya. Inilah sebuah perniagaan warisan "Yang Tak Lekang Dek Panas dan Tak Lapok Dek Hujan, ianya kekal turun temurun". Tahniah! kepada pengusaha dan syabas kepada penyambung usaha, kalian telah berjaya mengekalkan sesuatu yang banyak memanfaatkan insan-insan lain.
Apabila seseorang pengusaha berusaha dengan menghasilkan sesuatu yang baik tentu akan ada peminatnya yang akan setia bersama. Itulah yang di alami oleh pengusaha gerai "Mee Bandung" ini. Seterusnya pengusaha pula begitu fokus, sangat berdisplin, mempunyai minat yang sangat tinggi dan mendalam serta obsesif dengan usahanya. Maka terbentuk dan terhasilah sebuah perniagaan yang sedemikian rupa iaitu, "walaupun kecil namun berhasil", "Tak lapok dek hujan dan Tak lekang dek panas".




"MEMULAKAN PERNIAGAAN BARU SEPERTI MENYEMAI SEBIJI BENIH, SEKIRANYA DI BAJA DAN DIPELIHARA. IANYA AKAN TUMBUH SUBUR, BERAKAR TUNJANG DAN BERDIRI TEGUH DI BUMI, TETAPI JIKA DIBIARKAN TANDUS, GERSANG DAN DISERANG MUSUH, IANYA AKAN LAYU, KERING DAN TERUS MATI"



                       "MEE BANDUNG TERBAIK DI PETALING JAYA"

Selamat membaca dan kepada yang rasa teringin mahu mencuba "Mee Bandung" yang diri ku katakan istimewa ini, diri ku mengucapkan selamat mencuba. Belum cuba belum tahu, dah cuba baru anda boleh menilai pula, benar atau tidak apa yang diri ku kongsikan...
Sekian dahulu untuk kali ini..............Wasallam............

Friday 21 October 2011

CINTAKAN KEDAMAIAN MEMBAWA KEPADA KESEJAHTERAAN UMAT......

          

         Tentu kebanyakan orang sukakan kedamaian, lebih-lebih lagi rakyat malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dengan aman dan makmur. Perkara sebegini hanya terdapat di negara malaysia sahaja, dan malaysia juga mempunyai keunikan yang tersendiri kerana terdapatnya kepelbagaian  budaya. Melayu, Cina dan India adalah kaum yang paling ramai mendiami semenanjung malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak pula lebih banyak lagi etnik dan kaum-kaum yang lain seperti iban, kadazan, dayak dan banyak lagi. Di sebabkan keunikan inilah kita dapat saksikan bagaimana pelancong asing begitu meningkat saban tahun, sudi datang melawat dan menghabiskan masa serta wang ringgit mereka untuk bercuti di malaysia. Ya! malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan makmur serta terus membangun dari semasa ke semasa. Menjadi rakyat malaysia adalah satu kebanggaan dan juga sebagai rakyat malaysia kita seharusnya bersyukur dengan keamanan yg di miliki. Oleh yang demikian hargailah keamanan yang kita miliki selama ini. Keamanan yang telah di perjuangkan dan di bentuk oleh nenek moyang kita melalui adat sopan dan budaya, hormat menghormati di antara satu sama lain. Juga menghormati kebebasan beragama di malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara islam yang begitu di segani di mata dunia. Di mana sebuah negara islam yang juga di diami oleh bangsa-bangsa lain dan bebas menjalankan aktiviti keagamaan mereka selagi tidak menyalahi undang-undang yang telah di tetapkan oleh perlembagaan negara.



Keamanan dan kesejahteraan adalah sesuatu yang di perolehi hasil dari perjuangan orang yang terlebih dahulu membangunkan negara ini. Begitulah betapa bertuahnya kita rakyat malaysia ini dapat menjalani kehidupan dengan aman dan sejahtera asal sahaja kita semua terus memelihara keamanan yang telah di miliki sejak sekian lama. Di malaysia ini keamanan dan kesejahteraan begitu terpelihara sekali, kesan dari adat dan budaya masing-masing yang "Cintakan Kedamaian". Ada peribahasa mengatakan "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri", macamana hebat kita merantau pasti malaysia tetap menjadi pilihan di hati, kerana kita "anak malaysia". Hari ini nak mencari ilmu pun sudah tak perlu pergi jauh-jauh lagi, ini kerana di malaysia sendiri begitu banyak institusi pendidikan yang hebat-hebat. Ramai orang dari luar kini sanggup datang untuk belajar di malaysia. Buktinya, sekiranya berpeluang anda boleh melihat sendiri, seperti di Universiti Kuala Lumpur, Lim Kok Weng dan sebagainya begitu jelas terdapat ramai warga asing menuntut di situ. Kerana apa mereka sanggup datang? keamanan adalah jawapannya. Tak kurang juga, para pekerja asing juga begitu ramai berkunjung untuk mencari rezeki di malaysia. Kerana apa semua ini terjadi? Keamanan adalah jawapannya. Ya!, apabila sesebuah negara itu aman dan damai serta mempunyai kestabilan politik yang baik, semua sektor dan bidang dapat di gerakkan dengan baik dan lancar. Kesannya negara boleh terus di pacu ke arah pembanggunan dan masyarakat yang mendiami bumi bertuah ini mendapat rahmatnya. Bukan sahaja rakyat malaysia mendapat rahmatnya, namun orang dari negara lain turut sama dapat menikmatinya. Ini semua berlaku kerana rakyat malaysia mempunyai moral dan akhlak yang baik. "Cintakan Kedamaian" membawa kepada kesejahteraan umat. Selagi rakyat malaysia mengerti dan terus mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang telah di miliki sejak sekian lama ini, selagi itulah rakyat semua boleh terus maju dan membangunkan negara ini. Semoga apa yang telah di miliki ini sejak sekian lama akan terus kekal dan bertambah baik lagi dari semasa ke semasa agar boleh terus di nikmati oleh generasi akan datang.



Kejayaan yang di miliki oleh negara kita malaysia pada hari ini adalah perkara yang amat membanggakan kepada keseluruhan rakyatnya. Hari ini di negara kita terbentang luas berbagai peluang dan ruang, cumanya kebijaksanaan menjadi cabaran untuk setiap insan yang ingin merebut setiap ruang dan peluang yang terdapat di sini mengikut kapasiti masing-masing. Bagi yang masih menuntut, tentu bercita-cita untuk memasuki universiti-universiti tertentu bagi melanjutkan pelajaran, dalam bidang yang di minati. Bagi yang berkerjaya pula, kepada yang gigih dan bercita-cita tinggi tentunya berusaha untuk mencapai kedudukan yang lebih baik dalam kerjaya. Dan bagi para peniaga pula, cabaran untuk merebut atau menerokai setiap ruang dan peluang yang ada atau berusaha mengujudkan peluang-peluang baru yang belum di terokai oleh mana-mana pihak. Begitulah seterusnya apa yang di lakukan saban hari bagi sebuah masyarakat yang hidup di dalam sebuah negara yang aman dan sejahtera. Pembanggunan menjadi agenda utama, supaya setiap orang yang mendiami negara ini boleh menikmati hasil dari arus kemajuan dek kerana aman dan damainya negara ini. Semua ini tidak berlaku dengan sekelip mata, semua ini telah di perjuangkan oleh pejuang-pejuang yang telah mendahului kita dan di sambung, serta di teruskan oleh pemimpin-pemimpin terkini. Selagi negara kita aman dan sejahtera, selagi itu lah kita bebas bergerak bagi melakukan apa sahaja, asalkan tidak menyalahi undang-undang. Semua ini terjadi adalah melalui proses yang panjang dan lama. Apabila negara ini telah merdeka dari tangan penjajah, isu pembanggunan menjadi agenda utama. Semua kejayaan yang di miliki oleh malaysia pada hari ini merupakan usaha nenek moyang kita, dan kini kita terus mewarisinya turun temurun. Oleh yang demikian bagi sesiapa yang mahu memiliki kemajuan dalam kehidupannya pada hari ini, usaha yang lebih perlu di lakukan. Tentu apabila menyebut soal pembanggunan dan kemajuan, ilmu menjadi tajuk utama. Hari ini di bumi bertuah ini, "Apa yang membezakan seseorang dengan seseorang adalah ilmunya". Maka memang benarlah, "ilmu itu ibarat pelita yang menghasilkan cahaya, dan cahaya pula menyuluh serta menerangi jalan kehidupan". Lebih berilmu seseorang itu, pada kebiasaanya lebih baiklah mutu kehidupan yang di milikinya. Setiap orang mungkin rezekinya berbeza-beza, namum di malaysia kepada sesiapa yang rajin dan mahu bekerja keras, serta rajin berusaha pasti boleh mencapai impian masing-masing. Apa yang sangat di perlukan adalah kesungguhan di dalam melaksanakan sesuatu usaha itu hingga benar-benar membuahkan hasil, mengikut perancangan yang telah di tetapkan serta selari dengan usaha yang telah dilaksanakan. "Usaha tangga kejayaan", setiap yang berusaha tentu ada ganjarannya selari dengan apa yang di usahakan. Anda mahu lebih, andalah yang berusaha lebih. Kerana kita semua hidup di sebuah negara yang aman dan makmur, maka semua orang boleh berusaha mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.



Jadi apa yang boleh di simpulkan melalui kisah ini berbunyi seperti berikut;
Kejayaan adalah berkenaan peraturan dan ianya merupakan peraturan alam semula jadi. Kita sama ada mencipta atau menghancurkan. Biji benih, sekiranya ia di tanam di bumi untuk hidup, musnahlah ia. Perubahan tidak dapat di elakkan. Ia berlaku samada kita suka ataupun tidak suka. Semua kemajuan adalah perubahan tetapi semua perubahan bukan semestinya kemajuan. Kita harus menilai perubahan dan menerimanya, hanya sekiranya ia di terima akal. Menerima tanpa menilai menghasilkan sikap terikut-ikut, tanda kurang keyakinan dan harga diri yang rendah. 
Banyak yang di perkatakan mengenai tradisi. Tumbuh demi untuk pertumbuhan, adalah falsafah yang menular. Ia secara negatif merebak di serata tempat. Itu bukanlah pertumbuhan, ianya kemusnahan. Pertumbuhan, agar ianya bermakna, haruslah positif.



               "KEJAYAAN BUKAN PERKARA NASIB, TETAPI PERATURAN"

Untuk berjaya, kita perlu memahami peraturan punca dan kesan serta perhubungan antara tindakan dan hasil. Bagi setiap kesan, pasti ada punca. Peraturan punca dan kesan sama seperti peraturan penyemaian dan memungut hasil tanaman. Peraturan penyemaian dan memungut hasil tanaman menyatakan lima perkara;

1). Kita harus mempunyai niat untuk menyemai, niat itu permulaannya.
2). Apa yang kita semai, maka harus kita pungut. Sekiranya kita menyemai petola, kita hanya pergi  memungut petola, bukan durian.
3). Kita harus menyemai sebelum kita memungut. Penyemaian berlaku sebelum memungut hasil tanaman; kita harus memberi sebelum kita mendapat. Kita tidak boleh mengharap kereta boleh bergerak begitu sahaja, sebelum kita memasukkan minyak ke dalam tangki terlebih dahulu. Sesetengah individu sentiasa mengharapkan sesuatu sebelum mereka memberi. Ia tidak berlaku sedemikian.
4). Bila kita menyemai benih, kita tidak memungut buah, penuaian kita bermacam-macam. Sekiranya kita menyemai benih positif, penyemaian kita menjadi pelbagai perkara positif, dan sekiranya kita menyemai sesuatu yang negatif, penuaian akan menjadi pelbagai perkara yang negatif. Bukanlah luar biasa melihat individu pergi menentang peraturan alam semula jadi.
5). Para petani tahu kita tidak boleh pergi menyemai dan memungut pada hari yang sama. Sentiasa ada tempoh kematangan. 



"INGATLAH BAHAWA MASA LAMPAU TIDAK MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA.    MASA DEPAN ANDA DITENTUKAN OLEH WAWASAN ANDA, SIKAP DAN KEAZAMAN ANDA"

"Pemikiran kita merupakan punca. Anda menyemai pemikiran, anda memungut tindakan. Anda menyemai tindakan, anda memungut tabiat. Anda menyemai tabiat, anda memungut keperibadian. Anda menyemai keperibadian, anda memungut nasib. Ianya semua dimulakan dengan pemikiran".

Sekian nukilan diri ku buat kali ini, semoga kita semua sama-sama mendapat sesuatu manfaat dari kisah ini. Insya Allah bertemu lagi pada nukilan diri ku yang akan datang.....
Sekian..............................Wasallam...........

Thursday 20 October 2011

TINDAKAN MENGELUARKAN KEPUTUSAN DAN HASIL............

  

      Entah berapa lama sudah diri ini tidak berjalan-jalan di 'Pasar Malam' dan pada hari ini diri ku telah sampai ke pasar malam secara kebetulan. Pada malam ini diri ku sedikit kelapangan waktu, dengan tidak semena-mena dalam perjalanan pulang terdapat sebuah pasar malam. Hati ku terpanggil untuk singgah sebentar dan melihat-lihat apakah yang boleh di beli, khususnya berkaitan makanan, dan kebetulan diri ini belum makan malam lagi. Setelah  mendapat ruang untuk meletak kereta, kaki ku pun memulakan langkah untuk melihat apakah yang berkenan di hati untuk di beli. Lokasi pasar malam kali ini terletak di jalan bulan, Subang Impian, kawasan Subang, yang sememangnya akan di buka pada setiap hari sabtu ataupun malam minggu. Biasa juga lalu di situ cumanya tidak singgah dan kali ini, kaki ku benar-benar menjejakinya serta meluangkan sedikit masa untuk bersiar-siar sambil melihat gerai-gerai jualan yang terdapat di situ.


Rata-rata peniaga dan pengusaha di pasar malam ini majoritinya ialah orang melayu, cuma terdapat satu atau dua gerai sahaja orang cina yang menjual pakaian. Ada juga dua gerai kelihatan seperti warga asing, orang indonesia yang menjual sayur-sayuran kampung. "Ini cendawan apa ni kak?", tanya diri ku kepada penjual sayur kampung tersebut. "Cendawan Ladang ni encik, saya kutip sendiri dari ladang kelapa sawit", ujar beliau kepada ku dalam loghat indonesia, kelihatan juga bersama beliau dua orang anak kecil turut menemani beliau menjual di situ. "Agaknya tiada orang boleh jaga di rumah sebab itu di bawa sekali", bisik hati kecil ku. "Saya jual sepinggan cuma dua ringgit, kalau encik ambil tiga pinggan saya kira lima ringgit", ujarnya kepada ku lagi. "Siap bagi diskaun lagi, cukup murah kerana ianya di pungut sendiri dari ladang, mungkin tempat beliau bekerja", bisik hati ku lagi. Namun diri ku tidak membelinya, bertanya sekadar ingin tahu cendawan apakah itu, maklumlah diri ini tidak mahir dalam jenis-jenis cendawan ini. Sambil menghulurkan senyuman di wajah tanda layanan mesra beliau kepada diri ku, diri ku juga membalas senyuman beliau tanda terima kasih atas penerangan yang di berikan dan berlalu dari situ untuk melihat gerai-gerai yang lain pula. Dalam hati ku berkata lagi, "rajin sungguh orang itu, walaupun terpaksa membawa bersama seorang anak kecil dalam pangkuannya dan seorang lagi di sisi beliau, masih giat meneruskan usaha demi sebuah kehidupan di rantau orang". Ada sahaja cara untuk mendapatkan rezeki asal sahaja mahu berusaha. Benarlah kata orang, warga asing banyak yang menumpang tuah di bumi malaysia yang bertuah ini. Sesiapa sahaja boleh cari makan, asalkan tidak malas berusaha.



Dalam pengamatan diri ini, dari jenis makanan, barang kering, barang basah seperti ikan, daging dan sayuran-sayuran serta barang-barang lain yang terdapat, dijual di sini di usahakan oleh peniaga melayu. Cerita tentang pasar malam di malaysia ini tentunya biasa sahaja bagi penduduk di malaysia ini. Tetapi buat diri ku ini, apa yang menariknya adalah orang melayu sangat sinonim dengan perniagaan pasar malam. Dan di pasar malam juga soal harga memang murah dan berpatutan. Ada banyak barang terjual di sini dengan harga yang murah dan segar. Di pasar malam ini diri ku melihat begitu ramai warga asing yang mengunjunginya. Ini bermakna memang ramai warga asing yang mendiami kawasan sekitar. Dan pada waktu ini pasar malam di dalam bandar mendapat banyak pembeli dari warga asing, mereka juga merupakan penyumbang kepada ekonomi peniaga melayu di pasar malam. Ya! inilah kenyataannya yang dapat di lihat di lokasi yang diri ku kunjungi ini. Apa kaitan warga asing dengan pasar malam? adakah pembeli tempatan sudah tidak minat mengunjungi pasar malam? Mungkin masyarakat tempatan di bandar sudah biasa dengan membuat belian di pasaraya besar yang  berada di kawasan sekitar. Kebanyakan warga tempatan mudah bergerak kerana mempunyai kenderaan sendiri, sedangkan warga asing kurang memiliki kenderaan sendiri dan tidak bebas untuk bergerak jauh, tambahan pula jika mereka itu tiada permit kerja. Apapun yang terjadi semuanya ada hikmah, jika tiada pembeli sudah pasti peniaga juga tidak dapat bertahan. Dengan adanya pembeli, maka adanya permintaan dan ujudnya peluang perniagaan. Rezeki para peniaga pasar malam akan terus ada untuk berniaga di sini pada tiap-tiap hari sabtu. Bukan tiada warga tempatan kelihatan di pasar malam ini, cuma jumlahnya dangan warga asing lebih kurang sama banyak yang terdapat di sini. Pada waktu diri ku berada di pasar malam ini jam di tangan ku menunjukkan lebih kurang sembilan malam sahaja. Apa yang pasti di kawasan Subang Impian ini, jumlah warga asing yang menetap di sini memang ramai. Ini kerana terdapat banyak industri kecil dan sederhana di kawasan ini dan pasti mereka merupakan pekerja dalam sektor ini. Sungguh bertuah bumi malaysia, ramai yang dapat mencari rezeki di sini.



Apa yang ingin diri ku kongsikan di sini adalah soal peluang yang ujud, khususnya dalam perihal berniaga kecil-kecilan ini, seperti pengusaha perniagaan pasar malam. Perniagaan ini akan terus ujud selagi adanya permintaan dan pertambahan penduduk. Ini adalah satu peluang yang baik untuk terus di terokai oleh rakan-rakan di luar sana yang ingin mencuba. Namun demikian agak terhad juga ruang, kerana ruang yang lama telah di penuhi oleh peniaga-peniaga yang telah lama bertapak di situ. Mungkin perkara ini boleh di rujuk dengan pihak berkuasa tempatan atau persatuan-persatuan penduduk bagi rakan-rakan yang berminat untuk menceburi perniagaan pasar malam. Siapa tahukan bermula berniaga di pasar malam, "sebagai langkah permulaan", kemudian dari situ merangkak dan belajar selok belok berniaga dan satu hari bangkit serta beralih kepada perniagaan yang lebih bersistem dan baik. Perniagaan sebegini kecil modalnya dan juga sudah tentu kecil risikonya. Kepada yang ingin mencuba-cuba, usahakanlah bertanya-tanya kepada para pengusaha di pasar malam, mungkin mereka boleh memberi nasihat yang baik bagaimana mahu bermula dan berjumpa dengan pihak mana untuk mendapatkan kebenaran atau lesen.



Diri ku sangat tertarik dengan seorang pengusaha menjual jagung manis, sempat berbual dengan beliau seketika. "Bagaimana dengan perniagaan pasar malam di sini sedara?", soal ku kepada penjual jagung manis tersebut memulakan bicara, sewaktu diri ini menunggu beliau menyiapkan pesanan ku, kerana terlebih dahulu diri ku telah memesan dua ketul jagung manis, dek kerana rasa teringin pulak, "apabila bauwan yang di keluarkan sewaktu diri ku sampai di gerai beliau, sangat menusuk kalbu". "Ok lah bang", jawabnya kepada ku. "Kalau dulu saya kerja dispatch gaji saya tak seberapa bang", tambah anak muda ini lagi. "Dah tiga tahun saya berniaga di pasar malam sekitar  Subang dan Shah Alam, ujar beliau kepada ku lagi. "Alhamdullilah bang, duit untung meniaga pasar malam ni lah saya buat belanja kahwin, beli rumah dan kereta, anak pun dah dua bang". Kalau saya masih kerja dispatch lagi mungkin belum mampu kot nak beli rumah dan kereta dalam usia muda ni bang", beliau menerangkan pada ku dengan panjang lebar. Mungkin beliau agak teruja apabila diri ku meminta izin untuk mengambil beberapa gambar dengan camera kesayangan ku ini, yang pasti ku bawa kemana-mana. "Abang nak buat apa dengan gambar saya ni bang?", beliau bertanya pada ku. "Gambar ini abang nak simpan buat koleksi dan mungkin ada kelapangan nanti abang nak jadikan bahan penulisan abang di Blog", diriku memberi jawapan kepada pertanyaan beliau. Kelihatan wajah beliau tersenyum sehingga menampakan giginya, tanda faham dengan maksud dan niat ku tentang gambar beliau. "Berapa umur sekarang"? tanya diri ku lagi kepada beliau. "25 tahun bang", jawapanya kepada ku. "Wah muda lagi semua dah ada", ujar ku kepadanya lagi. "Rezeki berniaga bang, syukur sangat", jawapannya kepada diri ku, kelihatan seorang wanita sedang sibuk membantu beliau begitu menumpukan pada pelanggan yang sedang sibuk membeli dan sesekali sempat menoleh ke arah ku sambil melontarkan senyuman sebagai tanda kemesraan seorang peniaga kepada pelanggannya. "OK bang, siap! jagung manis bersalut bang". Diri ku terus membuat bayaran, beliau mengucakan terima kasih dan diri ku pun terus berlalu dengan senyuman di wajah, tanda terima kasih ku kerana beliau sudi untuk berbual dan berkongsi sedikit pengalaman dengan diri ku.



Ini menandakan perniagaan pasar malam juga menjanjikan pendapatan yang lumayan, sekiranya kena dengan produk yang di jual dan lokasi, seperti peniaga jagung manis tadi sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan menyebabkan ramai yang lalu lalang di situ terpanggil untuk singgah membelinya. Bagi diri ku anak muda ini boleh di jadikan contoh yang baik. Dalam usia baru dua pulu lima tahun, sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak telah mampu memiliki kenderaan sendiri dan kediaman sendiri hasil dari perniagaan jagung manis di pasar malam sahaja. Ini menunjukkan pendapatan yang di jana tentu lumayan jika di bandingkan dari pendapatan beliau bekerja sebagai seorang dispetch. Memang benar rezeki melalui perniagaan ini adalah 9/10, yang membawa maksud jika bijak mengambil peluang dan rajin berusaha walaupun sebagai seorang  penjual jagung manis di pasar malam sahaja, juga mampu berjaya, apatah lagi dalam usia muda dan hidup di bandar besar ini kos sara hidup bukanlah murah. Tahniah! orang muda, anda telah membuktikan dalam usia yang begitu muda anda telah berjaya dengan hidup berdikari, sebagai seorang pengusaha jagung manis di pasar malam.


Setelah hampir sejam diri ku meluangkan masa di pasar malam ini, akhirnya setelah diri ku membeli dua ketul jagung manis, sekilo buah mata kucing dan beberapa makanan yang lain, diri ku beredar dari situ untuk pulang ke rumah dan makan malam dengan apa yang di beli dari pasar malam ini. Apa yang dapat diri ku simpulkan, tauladan dari cerita pengusaha pasar malam ini buat diri ku dan warga pembaca semua adalah seperti berikut; Contoh tauladan yang boleh di ambil merupakan, seorang anak muda berusia dua puluh lima tahun, berniaga jagung manis rebus di pasar malam sahaja, telah memiliki sebuah kehidupan yang lengkap dan boleh dikatakan agak baik. Kerana pada hari ini jarang-jarang kita boleh dengar dalam usia berikut sudah boleh memiliki kehidupan sedemikian rupa. Tak kala dalam usia ini kebanyakan remaja baru habis belajar dari universiti, baru mahu mencari-cari peluang pekerjaan atau baru berjinak-jinak dengan pekerjaan. Namun anak muda yang berniaga di pasar malam ini telah memiliki segalanya dalam kadar sederhana dan bersyukur kerana memilikinya.


"Ambil kesilapan lepas sebagai pelajaran"
"Individu yang tidak belajar daripada pengajaran sejarah telah menempa kegagalan. Kegagalan merupakan guru sekiranya kita mempunyai sikap yang betul. Kegagalan itu adalah merupakan lencongan, bukannya jalan mati. Ia kelewatan, bukan kekalahan. Pengalaman nama yang kita berikan kepada kesilapan kita."
"Sesetengah individu hidup dan belajar, dan sebahagiannya hanya hidup. Individu bijak belajar dari kesilapan mereka manakala individu yang lebih bijak belajar daripada kesilapan individu yang lain. Hidup kita tidak cukup panjang untuk belajar hanya dari kesilapan kita sendiri." 
"Sesetengah individu bukan hanya tidak pernah belajar daripada kesilapan mereka tetapi asyik mempraktikkannya sehingga mereka dapat mengusainya. Mereka menjadi mahir dalam melakukan kesilapan.
Kesempatan adakalanya datang menyamar sebagai rintangan. Itulah sebab kebanyakan individu tidak mengenalinya. Ingat lebih besar rintangan tersebut, lebih besarlah peluangnya."
        

                            "JANGAN BIAR PERASAAN MENGUASAI AKAL
                          SEBALIKNYA BIAR AKAL MENGUSAI PERASAAN"

Mengakhiri nukilan ku pada kali ini dengan doa dan harapan, semoga serba sedikit kisah dari nukilan yang di kongsikan buat kali ini, sedikit sebanyak mendapat manfaatnya kepada yang ada berkaitan dengan pengajaran dan motivasi dari kisah ini. Walaupun di pasar malam "mampu mengecapi kejayaan dalam usia yang muda". Apa yang mustahak adalah tindakan, tindakan mengeluarkan keputusan dan hasil. "Walaupun kecil namun berhasil."     Sekian.........Wasallam........

Tuesday 18 October 2011

KEJAYAAN NEGARA MALAYSIA SETELAH 53 TAHUN MERDEKA.......

    

        Kini genap sudah 53 Tahun Negara kita Malaysia mencapai Kemerdekaan. Jika dikenangkan kembali sejarah yang telah lalu, apakah kita mampu turut sama merasai pengorbanan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Negara kita sehingga begitu berjaya sekali meletakan negara Malaysia seperti yang sedang kita nikmati hari ini. Begitu banyak sekali pengorbanan yang telah dilakukan oleh para pemimpin terdahulu dimana ada di antara kita yang mungkin kurang memahami, kerana mungkin kita sendiri belum wujud pada waktu itu. Sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan oleh para pejuang Kemerdekaan Negara yang telah gugur di medan bakti.


Selaku rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu, aman dan damai dengan berbilang kaum dan bangsa, sudah pasti kita semua mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing, bagi memastikan bumi Malaysia akan terus maju, aman dan makmur. Kita hendaklah sentiasa rajin berusaha dan sedaya upaya mempertahankan kedaulatan Negara Malaysia yang tercinta ini. Untuk terus menjadi satu bangsa yang terus di hormati serta di segani dimata dunia. Kita hendaklah sedaya upaya menguasai ilmu didalam pelbagai bidang dan sekurang-kurangnya menjadi pakar didalam satu bidang. Ini penting kerana kita adalah pemimpin generasi masa hadapan. Kita hendaklah rajin berusaha mencari ilmu dengan apa cara sekali pun dan lebih-lebih lagi melalui pembacaan. Hari ini begitu banyak sekali bahan bacaan yang berada di pasaran yang boleh kita perolehi dengan mudah, tak kurang juga bahan bacaan percuma yang terdapat begitu banyak di internet. Jadilah rakyat yang berilmu dan berguna kepada Bangsa, Agama dan Negara.


"Nasib sesuatu kaum tidak akan berubah, sekiranya kaum itu sendiri tidak mahu mengubahnya". Oleh yang demikian menuntut dan menambah ilmu pengetahuan adalah suatu perkara yang berterusan dan harus. Kita tidak boleh berpuashati dengan sekadar pengetahuan yang sedia ada sahaja. Kita seharusnya menjadi satu bangsa yang sangat mencintai ilmu pengetahuan. Nasib bangsa kita akan terus terjamin dan terbela dengan insan-insan yang berilmu dan terus menerus menyampaikannya dengan tujuan yang baik. Nasib bangsa kita akan lebih terjamin dan membangun dengan banyaknya para ilmuan-ilmuan yang membawa kepada kebaikan dan kebenaran. Sebagai rakyat Malaysia marilah kita bersama-sama terus menerus menghargai dan mengsyukuri Kemerdekaan yang kita miliki ini. Kita bebas melakukan sebarang perkara dan aktiviti dengan rasa aman dan selamat di Malaysia, asalkan tidak menyalahi undang-undang. Kita bebas memburu impian dan cita-cita kita asal sahaja ada kesungguhan dan kemahuan. Ramai rakyat asing yang menumpang tuah di bumi Malaysia yang bertuah ini. Oleh yang demikian kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya tidak ketinggalan didalam merebut peluang di dalam negara kita sendiri. Jadilah rakyat Malaysia yang kaya dengan ilmu pengetahuan, kerana hanya dengan cara itu perubahan demi perubahan dapat dilakukan  baik untuk kehidupan sendiri juga untuk orang lain. Berjuanglah sedaya mungkin untuk terus menerus mencipta perubahan selari dengan kemajuan yang di miliki oleh negara kita.


Tentu sering kita mendengar dan terbaca, samaada di media cetak atau media elektronik, para pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia, sering menekankan soal ilmu pengetahuan. Para pemimpin negara sering melaung-laungkan agar sedaya mungkin rakyat Malaysia, khususnya golongan remaja untuk rajin mencari dan menambah ilmu pengetahuan. Kita di bumi Malaysia sebenarnya sangat bertuah, kerana negara kita cukup kaya dengan hasil buminya. Negara kita mempunyai industri, pertanian, bijih timah, emas, petrolium, sawit, getah dan sebagainya. Tetapi bagaimana kita boleh menerokai bidang yang sangat luas ini, jikalau kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Bangkit dan terokailah sebanyak mungkin segala ilmu pengetahuan yang kita perlukan, sekiranya kita ingin maju kedepan. Selaku generasi muda hari ini, kita bertanggungjawab kepada masa hadapan negara, kerana kita adalah penyambung warisan dan pewaris masa hadapan, khususnya golongan remaja. Setiap kita mempunyai tanggungjawab dan peranan demi pembanggunan bangsa, agama dan negara yang tercinta ini.


Kita tidak akan kemana-mana atau berubah sekiranya kita sendiri tidak berusaha sedaya upaya mungkin. Kita juga seharusnya belajar untuk hidup berdikari dan tidak terus menerus hidup bergantung. Cabaran yang paling besar untuk kita saingi adalah diri kita sendiri. Jangan salahkan sesiapa sekiranya kita tidak mampu untuk memajukan diri kita. Perkara utama yang perlu kita lakukan adalah untuk memperbetulkan ekonomi sendiri dan seterusnya barulah kita boleh berbakti kepada orang lain. Sentiasa belajar untuk menghindari hutang dan berusaha untuk hidup secara sederhana serta tidak membazir dan berlebih-lebihan. Sekiranya kita kurang ilmu pengetahuan dan iman sudah pasti kita akan mudah terpengaruh dengan budaya barat yang tidak henti-henti mengajak umat manusia ke jalan kesesatan. Sempena 53 Tahun Merdeka ini marilah kita sama-sama merenung sejenak pada diri kita, apakah sumbangan yang boleh kita lakukan kepada negara pada masa-masa akan datang, supaya negara kita akan terus aman makmur dan maju. Semoga coretan ini dapat mengingatkan diri ku ini dan juga untuk renungan bersama-sama demi kebaikan diri, Bangsa, Agama dan Negara.........
Sekian dahulu nukilan ku buat kali ini.......................Wasallam..............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...