Pagi ini diri ku telah terjaga awal dari tidur ku, mata rasa tidak mengantuk lagi. Diri ku bangun lalu mengambil keputusan untuk terus ke pejabat. Setelah bersiap-siap diri ku terus memandu ke pejabat, semasa dalam perjalanan diri ku singgah sebentar di seven eleven untuk membeli dua buku roti bun buat alas perut ku di pagi ini. Tiba di pejabat sebelum subuh, lebih awal dari biasa adalah sesuatu yang luar biasa bagi diri ku. Setelah diri ku duduk sebentar, akhirnya diri ku ke belakang untuk membuat segelas nescafe instant 3 dalam 1. Sejurus lepas menyediakan minuman panas untuk diri sendiri, diri ku kembali ke meja ku. Diri ku merasakan masih awal lagi, lalu membuat keputusan untuk menulis. Tanpa membuang masa diri ku terus mengaktifkan komputer riba ku, dan terus memacu ke laman blog ku ini. Diri ku mengambil masa sejenak untuk mengkaji semula hasil karya dari nukilan ku yang lepas. "Tanpa ku sedari begitu cepat masa berlalu", dalam diam rupa-rupanya sudah terdapat tujuh karya hasil nukilan diri ku dalam seminggu, di laman blog yang baru ku buka ini.
Pada awalnya diri ini bercadang untuk menulis secara sambilan di waktu lapang sahaja, namun demikian segalanya berubah dari apa yang di rancang. Tanpa ku duga rupanya menulis ini merupakan suatu perkara yang indah dan ilham datang tanpa mengira masa. Namun demikian sekiranya ilham datang secara tiba-tiba, dan di waktu tersebut ada perkara lain yang lebih penting, diri ku memilih untuk membuat sedikit catatan dalam dairy perjalanan harian ku agar tidak terlupa, seterusnya apabila ada waktu terluang akan ku cuba untuk menulisnya dengan lebih baik lagi.
Daripada pengamatan ku dalam seminggu diri ku menulis di halaman blog ini, ternyata sesuatu yang berada di luar jangkaan diri ku telah berlaku. Apa yang ku perhatikan dari awal lagi, ada di kalangan rakan-rakan, teman dan sahabat, mengucapkan kata-kata semangat pada ku, baik melalui panggilan talipon yang ku terima, sms, bbm, begitu juga ucapan dan komen yang ku terima dari rakan-rakan maya di facebook serta komen-komen yang membina di halaman blog ku ini. Ternyata ramai juga yang memberi dorongan dan sokongan untuk diri ku meneruskan perjuangan dalam bidang penulisan di blog ini. Dan hari ini setelah genap seminggu, sudah terdapat lebih dari lapan ratus warga pembaca yang sudi mengunjungi halaman blog ku ini. Juga sudah terdapat enam ahli yang sudi untuk mendaftar masuk ke ruangan blog ku ini, sebagai rakan pembaca menyokong usaha ku ini untuk "Setia Bersama". Terdapat juga beberapa kenalan telah menghubungi diri ku, bertanyakan adakah diri ku sudi untuk menulis kisah mereka, sudah tentu jawab ku kepada pemohon, cumanya diri ini agak kekurangan waktu, walaubagaimanapun temujanji telah di buat dan insya Allah apabila tiba waktunya kisah-kisah kalian akan ku tulis jua di halaman ini. Apa yang dapat ku khabarkan di sini, kepada anda semua yang sudi membaca, juga di atas ucapan-ucapan dan komen kalian, diri ku yang kerdil ini ingin mengucapkan ribuan terima kasihku kepada kalian semua. Ucapan terima kasih yang teramat istimewa ku khas buat enam orang rakan "Setia Bersama" diri ku tujukan kepada kalian, kerana sudi untuk mendaftar masuk di ruangan berkenaan. Kepada yang lain jika sudi menjadi rakan "Setia Bersama", silalah mendaftar masuk. Anda semua adalah sumber inspirasi diri ku, juga pembakar semangat ku untuk terus berjuang dalam dunia penulisan ini. Tanpa sokongan dan dorongan dari anda warga pembaca sekalian siapalah diri ini.
Ingin diri ku berkongsi sedikit kepada warga pembaca, kata-kata azimat buat panduan untuk diri ku dalam bidang penulisan ini. Kata-kata ini ku petik dari komen Bro. Mazidul, insan yang ku anggap mentor kepada diri ku ini, kerana beliau sudah begitu lama dalam bidang penulisan ini, yang boleh di anggap "otai". Petikan ini di ambil dari komen, hasil karya nukilan ku yang bertajuk "Kisah Seekor Lembu Yang Boleh Dijadikan Tauladan". Beliau menulis kata-kata rangsangan buat diri ku demi untuk meneruskan perjuangan dalam bidang penulisan ini. "Beliau berkata", "menulis itu satu keindahan bagi manusia yang ingin berkarya, tentunya kita bermula seperti manusia". "Merangkak, berdiri, berlari-lari anak dan kemudian berlari laju". "Blogging menuntut kesabaran dan usah sekali berasa jemu untuk berkongsi ilmu secara berterusan dengan semua pembaca". Benar dan tepat sekali ungkapan beliau itu, kata-kata semangat seperti inilah yang akan terus membina keupayaan ku untuk terus menulis. Dalam masa yang sama, diri ku dapat merasakan yang penulisan ku semakin hari semakin lancar. Tepat sekali kata salah seorang dari guru ku, "ilmu ini walaupun sedikit jika di gunakan secara berterusan boleh di ibaratkan seperti mengasah belakang parang, semakin di asah semakin tajam". Mulai dari saat ini diri ku bertekad untuk tidak menoleh ke belakang lagi, penulisan blog akan ku semai dan bentuk sebaik mungkin ke dalam diri ku agar ianya terus berkembang dan menjadi sebahagian dari hidup ku. Melakukan sesuatu yang di minati dan suka adalah suatu kepuasan diri yang tidak boleh di ukur dengan wang ringgit. Sekali melangkah jangan sekali berhenti, akan ku pastikan diri ini terus berjuang dalam bidang penulisan ini.
Apabila diri ku semakin mengerti yang sebenarnya diri ini ada kebolehan untuk menulis, bertambah menguatkan serta meyakinkan lagi apabila ada warga pembaca yang sudi mengikuti penulisan ku, semangat juang ku juga semakin bertambah, lebih-lebih lagi dalam bidang penulisan ini. Pasti pada hari-hari yang mendatang akan lebih bersinar dan indah lagi, kerana selepas ini setiap ilham, kisah benar serta apa jua bahan yang ku temui dan di fikirkan baik untuk di kongsikan dengan warga pembaca, ruangan blog ini akan menjadi medan untuk diri ku terus berkarya, siapa tahu suatu hari nanti ada penerbit majalah atau akhbar tempatan sudi untuk menerima ku untuk bekarya di ruangan mereka pula. Belum cuba belum tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya tuhan yang tahu. Apa yang penting sekarang bagi diri ku adalah untuk memanafaatkan sebaik mungkin setaip ilham serta bahan yang ada untuk di nukilkan di ruangan blog ini, agar semua warga pembaca mendapat manafaatnya. Insya Allah.........
Sebagai mengakhiri nukilan ku di pagi yang indah ini, sedikit kata-kata motivasi buat renungan bersama, warga pembaca blog ku ini.
"Manusia selalu berfikir, bertindak, merasa dan bekerja menurut apa yang ia bayangkan tentang dirinya atau lingkungannya". "Sebelum melakukan sesuatu kita perlu terlebih dahulu membuang rasa takut dan menggantinya dengan keberanian, nescaya ia akan menghasilkan sesuatu yang positif. Bayangkan seandainya anda seorang pemanjat tebing. Jika dari awal tidak dihantui perasaan takut, besar kemungkinan anda dapat mencapai puncak dengan baik. Begitu pula dalam meniti kerjaya. Jika anda tidak merasa takut, tetapi penuh dengan keberanian, maka kejayaan akan dapat dicapai dengan menggembirakan".
Sekian Dulu Untuk Kali Ini..............Wasallam.............
tahniah bro..penulisan yg penuh dgn motivasi dan pengisian..xsemua org ade kemahiran menulis..ross ikuti penulisan bro dari hari ke hari..n insyaAllah, akan sentiasa ikuti setiap penulisan bro..
ReplyDeleteTerima kasih Ross...atas komen yang bernas ini....
ReplyDeleteinilah harapan bro, agar warga pembaca mendapat manafaatnya.......Insya Allah.....