Wednesday 12 October 2011

KISAH SEORANG KENALAN YANG BARU PULANG DARI TANAH SUCI MEKAH........

Hari ini pada jam 12 tengahari diri ku telah bertemu dengan seorang kenalan lama di banggunan Lembaga Getah Negara, iaitu berhadapan dengan menara berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Nama beliau adalah Ridzuan, namun kini beliau telah bergelar Tuan Haji Ridzuan kerana baru tiga minggu pulang ke tanah air dari tanah suci Mekah menunaikan ibadah haji. Beliau bertugas di salah sebuah syarikat terkemuka yang mengendalikan hal ehwal cari gali minyak dan syarikat tempat beliau bertugas merupakan kontraktor utama kepada Petronas. Diri ku telah mengenali beliau lebih kurang 5 tahun, iaitu perkenalan pertama ku dengan beliau semasa beliau berkhidmat di sebuah syarikat pengeluaran paip yang terletak di Pendamaran, Kelang. Beliau sekarang merupakan seorang pengurus di bahagian perolehan dan pentadbiran di tempat beliau berkhidmat. Sepanjang perkenalan diri ku dengan beliau, adalah beberapa kali diri ku bertemu dengan beliau atas urusan perniagaan. Pertemuan diri ku dengan beliau pada hari ini juga adalah berkaitan dengan urusan perniagaan, ini kerana beliau sebenarnya, merasa selesa untuk terus berurusan dengan ku dan disebabkan itu juga kami telah berkawan sehingga kini. Pada asalnya kami berkenalan atas dasar urusan perniagaan, akan tetapi kini hubungan kami lebih akrab sebagai kawan, mungkin atas faktor mempunyai persefahaman. Pada hari ini setelah kami berbual berkaitan urusan tempahan uniform untuk syarikat beliau berkhidmat, serta bertanya khabar di antara satu sama lain di pejabat beliau berkhidmat sekarang, akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan tengahari bersama pada hari ini kerana jam di tangan juga telah menununjukan hampir pukul satu tengahari, iaitu waktu rehat untuk beliau. Kami pun mengambil keputusan untuk makan di kafeteria yang terdapat dibahagian bawah banggunan tempat beliau berkhidmat.

Sewaktu kami makan, beliau telah sudi untuk berkongsi cerita pengalaman beliau sewaktu berada di tanah suci mekah dengan diri ku, bagaimana dan perasaan beliau sewaktu berada di sana. Diri ku mengajukan soalan pada beliau?, bagaimana tuan haji memiliki rasa terpanggil untuk ke tanah suci Mekah bagi menunaikan fardu haji?, "soalan ku pada beliau". Sambil tersenyum hingga menampakan giginya beliau menjawab. "Begini ujarnya", isteri beliau yang banyak memberi dorongan dan semangat kepadanya, "katanya kepada ku". pada mulanya beliau cuma berhajat untuk menunaikan umrah sahaja, namun setelah dinasihatkan oleh Boss ditempat beliau berkhidmat yang lepas, beliau terus timbul minat  dan berniat untuk terus melakukan fardu haji. Ini kerana menurut Boss lama beliau, menunaikan umrah itu hukumnya sunat, manakala fardu haji adalah wajib kepada umat islam yang cukup sifat dan mampu seperti kamu, "ujar beliau kepada ku lagi". Lagipun dengan cara ini kita bolehlah berjimat dan tidak perlu membazir kerana terpaksa menanggung kos sebanyak dua kali, "tambah beliau lagi dengan nada yang bersungguh-sungguh menerangkan kepada diri ku ini".

Apa yang beliau telah kongsikan dengan diri ku, pada tengah hari ini sungguh menyentuh hati ku. Berhenti sejenak beliau menyedut air di gelas, dan meneruskan perbualan lagi, "ujarnya lagi", Begitu banyak kebesaran Allah SWT yang beliau lihat dan dapat rasa sewaktu berada di tanah suci mekah. "tambahnya lagi", kata beliau banyak doa-doa beliau juga termakbul, apabila beliau banyak bermohon dan melakukan sembahyang hajat sepanjang berada di tanah suci mekah. Apa yang pasti hari ini beliau sudah insaf dan banyak berubah, juga telah menjadi seorang insan yang mampu berdakwah, mengajak rakan-rakan membuat kebaikan dan meneggakkan kebenaran serta turut berjihad tentang agama islam, "tegasnya lagi kepada diri ku". Kini beliau rasa sangat seronok dan bersyukur kerana beliau telah menonjolkan diri sebagai seorang ilmuan islam, "ujarnya lagi". Tidak kedekut ilmu dan dengan berani berkongsi ilmu yang baik dengan menyampaikan kepada teman-teman termasuk diri ku ini turut merasakan apa yang beliau sampaikan kepada diri ku. Begitulah kebesaran Allah SWT, sesiapa sahaja yang sering mengingatinya pasti Allah SWT akan membimbing dan menunjukkan orang itu ke jalan yang diredhainya, "nasihat beliau kepada diri ku".

Beliau bangun sebentar pergi mencuci tangan kerana telah selesai makan, diri ku juga turut menyertainya mencuci tangan, setelah selesai beliau ke kaunter untuk mengambil tisu dan kembali ke meja dengan sepinggan buah potong sebagai pencuci mulut, sambil memakan buah tersebut beliau menyambung ceritanya lagi kepada ku. "Katanya lagi, menyambung cerita", Oleh yang demikian pengajaran yang terdapat di dalam penceritaan beliau ini adalah sesiapa juga boleh berubah sekiranya ada kemahuan dan kesungguhan. "Ujar beliau lagi", sungguh luas ilmu Allah SWT ini. Sekiranya kita terus berusaha mencarinya pasti kita diberkati dan mendapat bimbingannya secara terus menerus. Islam adalah agama yang menyuruh umatnya untuk sentiasa mengingati dan mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang di larang, nasihat beliau lagi di akhir bicara kepada diri ku ini". Jam di tangan ku telah menunjukan hampir dua petang, beliau memohon izin untuk naik ke pejabat. Diri ku bersalaman sambil mengucapkan terima kasih kerana sudi untuk belanja makan tengahari ku pada kali ini dan juga berkongsi pengalaman serta ilmu dengan ku, walaupun cuma dalam masa hampir satu jam akan tetapi begitu banyak rasanya apa yang beliau telah sudi berkongsi kepada diri ku. Akhirnya kami masing-masing beredar dan meneruskan tugasan masing-masing.

Tahniah & Syabas Tuan Haji Ridzuan, kini beliau sudah berubah dan tidak seperti yang ku kenali dulu lagi, kalau dahulu orangnya agak brutalah jugak, tapi kini masa berubah, manusia juga berubah. Beliau kini bukan sahaja seorang insan biasa lagi, malahan merupakan seorang insan yang telah mendapat sinar baru serta benar-benar faham dan terus mencari ilmu ketuhanan. Beliau juga sekarang merupakan seorang penyeru umat manusia ke arah kebaikan. Selamat Berjuang Tuan Haji Ridzuan, semoga anda terus mendapat keberkatan dan rahmat dalam Perjuangan.........Amin........
Begitulah akhirnya nukilan diri ku pada kali ini buat tatapan kalian, mudah-mudahan nukilan ini, boleh menjadi sumber inspirasi buat renungan bersama. Cerita asal ini telah ku tulis di dalam buku catatan harian ku yang bertarikh 28/01/2008. Nama asal individu tersebut telah ku ubah untuk menjaga sensetiviti kawan dan sedikit gambar-gambar hiasan untuk mengindahkan lagi penceritaan tersebut. Semoga kita semua mendapat maanfaat bersama dari nukilan ini, hasil daripada kesudian Tuan Haji Ridzuan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu beliau kepada diri ku, kini ku kongsikan pula dengan warga pembaca blog ku ini   .......Sekian........Wasallam..............

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...