Saturday 8 October 2011

Majlis Pelancaran Kedai Baru Seorang Usahawan Wanita Muda iaitu Saudari La dari Pergerakan Puteri PJU pada 8/10/2011

Beberapa hari yang lalu saya telah mendapat jemputan dari Setiausaha Pergerakan Pemuda PJU iaitu Abang Zulkifli Sabtu, beliau menyatakan pada hari ini 8/10/2011 pada jam 2ptg - 6ptg untuk meraikan sebuah Majlis anjuran Pergerakan UMNO Cawangan Section 20 Utara. Tiba pada hari yang dijanjikan saya melapangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut. Saya pergi ke majlis tersebut bersama Zalhari dan Armizan iaitu dua orang sahabat karib saya. Dengan berbekalkan alamat yang diberikan kami bertiga menuju ke lokasi iaitu di, No.1-14, Pangsapuri Impian, Seri Setia, Jalan SS9A/14 Sungai Way, P.jaya, Selangor. Lebih kurang jam 3.30 petang kami sampai agak terlewat sedikit dari waktu majlis bermula.

Setibanya kami di sana kelihatan ada ramai orang sedang menjamu selera dengan berbagai juadah enak yang disajikan oleh pihak tuan rumah. Kelihatan saudara Mus, Ketua Pemuda Cawangan Section 20 Utara, tersenyum dari jauh melihat kelibat kami tiba. Juga kelihatan Dato' Ikwan Salim, Ketua Bahagian UMNO PJU, berada di situ dan sedang menjamu selera bersama para hadirin yang lain. Saya terus mendekati Saudara Mus dan bertanyakan kepadanya soalan, Meraikan majlis apa ni Mus? tanya saya kepada beliau. Beliau pun menjawab, ini majlis "Perasmian Kedai Baru Cik La, Puteri Cawangan Mus, ujar beliau lagi". Kami pun meneruskan perbualan untuk saya mendapat beberapa maklumat lebih lanjut lagi. Seterusnya kami dijemput makan, kak rahimah ibu kepada Mus juga menjemput kami menjamu selera. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk berbual seketika dengan Dato' Ikwan Salim dan difahamkan beliau baru sahaja memotong riben bagi tanda merasmikan kedai tersebut. Kami terlewat sedikit daripada menyaksikan acara perasmian tersebut. Sambil menjamu selera saya juga turut mengambil peluang berbual dan menyapa antara satu sama lain hadirin di majlis tersebut, turut hadir sama beberapa orang VIP mewakili Pergerakan MCA dari Parlimen Petaling Jaya Utara. Sempat juga saya berbual dengan Mr.Cho Yen Seng, beliau merupakan Penyelaras Pergerakan MCA bagi DUN Damansara Utama. Beliau ini adalah kawan lama saya dan saya cukup kenal dengan beliau dimana pada suatu masa dahulu saya pernah bekerja dengan beliau, tapi itu cerita lama, kini kami masing-masing dalam bidang yang berbeza. Selesai menjamu selera dan berbual-bual dengan kenalan yang hadir, saya mengambil peluang untuk bertemu dengan tuan kedai. Kami berbual seketika dan sempat saya bertanyakan beberapa soalan serta merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Wanita muda yang kini bergelar usahawan...Tahniah & Syabas!!! Cik La.

Kelihatan di atas rakaman gambar kenang-kenangan bersama Cik La, tuan kedai usahawan muda dan juga Saudara Mus selaku Ketua Pemuda Cawangan Section 20 Utara.  Semangat ini yang harus di contohi, muda-muda lagi telah mengorak langkah untuk menjadi usahawan. Kelihatan wajah beliau begitu jelas memancarkan semangat keriangan apabila impian untuk memiliki sebuah kedai menjadi kenyataan. Beliau menyatakan di kedai beliau menjual peralatan aksesori berkaitan dengan wanita, barang-barang perhiasan wanita dan sebagainya dengan kadar harga yang di tawarkan sangat berpaputan. Apalagi kawan-kawan yang mengenali beliau atau pun yang tinggal di lokasi berhampiran, sudi-sudilah untuk bertandang ke kedai beliau, ada banyak pilihan dan barang-barang di kedai beliau, dan ada baiknya membeli di kedai beliau dapat juga menyokong usaha beliau khususnya rakan-rakan dari kawasan PJU. Saya dengan sahabat yang hadir mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya pada beliau dan tidak lupa mengucapkan terima kasih di atas jamuan yang telah di sajikan. Betulah kata pepatah lama, "dimana ada kemahuan, di situ ada jalan", siapa tahu hari ini bermula kecil-kecilan, suatu hari nanti berjaya sampai ke tahap jutawan. Syabas Cik La, usaha murni dan kegigihan anda telah menampakan hasil. Akhir kata dari saya buat kali ini, sama-samalah kita doakan kejayaan buat Cik La kita ni......Satu lagi anak muda dari PJU menceburi bidang keusahawanan....Sekian........
Merakamkan Sekalung Penghargaan pada Cik La, Puteri PJU........Wasallam.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...