Friday, 14 October 2011

MASA BERLALU, KEADAAN BERUBAH DAN MANUSIA JUGA MENGIKUTI ARUS PERUBAHAN.........

        Pagi ini diri ku telah memandu ke pusat servis Toyota di Sg. Buluh, memenuhi temujanji yang telah ku buat semalam untuk servis kenderaan ku. Diri ku tiba di situ sekitar jam 9.30 pagi dan terus ke kaunter khidmat pelanggan membuat pendaftaran. Setelah urusan pendaftaran selesai, diri ku dimaklumkan oleh juruteknik yang melayani ku, "kenderaan encik akan siap di servis sekitar jam 12 tengahari", beliau memaklumkan kepada ku. Lantas diri ku terus ke tempat menunggu yang di sediakan di situ, diri ku turut menjamu selera yang di sediakan di tempat menunggu tersebut iaitu, "dua biji karipap dan segelas tea panas", alhamdullilah sarapan ku pagi ini di sediakan oleh pihak pusat servis toyota. Maka semasa menunggu ini, diri ku mengambil keputusan untuk menukilkan sesuatu kepada warga pembaca untuk dikongsikan. Berikut merupakan nukilan ku di pagi ini sambil menanti kenderaan ku siap di servis. Selamat mambaca.......

"Masa berlalu, keadaan berubah dan manusia juga mengikuti arus perubahan".
Teringat diri ini pada suatu ketika dahulu di pertengahan tahun sembilan puluhan. Pada waktu itu sesiapa yang memiliki handphone di anggap seorang yang mewah dan berada. Begitu juga dengan peralatan berkaitan komputer. Di waktu itu mengutus surat adalah suatu kebiasaan untuk berhubungan jarak jauh serta lebih banyak menggunakan talipon awam untuk menghubungi saudara mara, rakan dan teman juga insan bernama "kekasih". Sanggup beratur lama dan panjang ada kalanya untuk menggunakan talipon awam kerana ingin menghubungi yang "tersayang". Sungguh mencuit hati dan kenangan mengusik jiwa takala diri ini sesekali mengenangkannya melalui pengalaman di waktu itu suatu ketika dahulu. Diri ini pasti ramai yang melalui saat dan zaman itu turut sama merasakan pengalamannya.

Namun kini peredaran masa telah mengubah segala-galanya, jika dahulu memiliki handphone dan komputer adalah dianggap sebagai barang mewah dan hanya mereka yang kaya dan berkemampuan sahaja mampu memilikinya, kerana di waktu itu juga harga pasaran barangan ini masih tinggi. Kini tidak lagi, semuanya dan zaman itu telah berlalu, kebijaksanaan manusia telah berjaya meyakinkan manusia yang lain bahawa barangan tersebut mampu di miliki, oleh kebanyakan orang dan ianya juga menjadi barang keperluan pada hari ini. Siapa sangka sesuatu yang dianggap mewah pada suatu ketika dahulu kini telah menjadi satu keperluan pada kebanyakan orang. Rasanya tidak lengkap jika keluar dari rumah tiada handphone bersama, mahupun kemana-mana. Pada hari ini handphone juga berperanan seperti komputer kecil ditangan, kita boleh melihat dengan jelas ramai yang mengaktifkan facebook, email dan twiter khususnya, ditangan mereka sahaja juga turut mengambil gambar, kerana handphone kini berteknologi tinggi. Harga di pasaran juga sudah tidak terlalu mahal dan jelas kebanyakan rakyat Malaysia mampu dan perlu memiliki handphone. 

Dengan kepintaran dan kebijaksanaan manusia,  kepesatan teknologi dan pembanggunan teknologi yang berterusan ramai yang telah mendapat manafaatnya, dengan perisian dan teknologi ini. Diri ku sendiri turut mendapat manafaatnya dan sungguh banyak perkara-perkara positif yang boleh di pelajari dan di miliki dengan teknologi terkini ini, secara berterusan. Jika di gunakan secara negatif maka dapatlah yang negatif, tentunya diri kita, kita lah yang bertanggungjawab untuk memilih kebaikan atau sebaliknya. Seperti diri ku pula, jika dahulu untuk mempunyai ramai kenalan adalah suatu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan, kerana ketiadaan teknologi canggih sebagai alat bantu. Tetapi kini hanya dengan menggunakan facebook, diri ini telah memiliki kenalan yang ramai, bukan sahaja di Malaysia, malahan dari seluruh pelusuk dunia, semuanya di hujung jari. Kini diri ku melalui suatu pengalaman baru lagi, dimana setiap nukilan serta karya yang ingin ku kongsikan dengan kenalan atau sesiapa sahaja, sudah menjadi satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Tanpa alat bantu seperti laman blog dan komputer riba ku, mungkin hari ini diri ku belum tentu untuk menerbitkan karya sendiri, buat tatapan orang lain. Kini sebagai penulis di halaman blog, walaupun tidak menerima sebarang bayaran, namun diri ku merasakan dari menulis sekadar di simpan untuk tatapan sendiri, ada baiknya di kongsikan dengan warga pembaca di laman blog ini khususnya. Apa salahnya berkongsi dengan yang lain bukan, laman blog juga menyediakan halaman percuma. Ini adalah satu kepuasan kepada diri ku, minat menulis dan ada tempat serta ruang untuk berkarya serta berkongsi dengan warga yang minat membaca. 

Sungguh indah dan manis sesekali merenung sejenak pengalaman dan kenangan dahulu, seterusnya dibandingkan pencapaian pada hari ini. Dahulu tiada handphone dan komputer, "kini handphone dan komputer merupakan satu keperluan", ermm....hebat bukan. Sesiapa sahaja mampu memilikinya asal sahaja ada kemahuan untuk memilikinya. 
Pengajaran yang dapat ku simpulkan bersama nukilan ku pada hari ini merupakan seperti berikut; apabila kita benar-benar memanafaatkan setiap ruang yang ada dalam pembanggunan teknologi ini, dengan sebaik mungkin, akan dapatlah kita merasakan kebaikan dan keberkesanannya terhadap diri kita, di hujung jari segalanya mudah dilakukan dan tak kurang juga ramai di luar sana yang telah berjaya menjalankan perniagaan secara on line. Salam Hormat dari saya kepada warga pembaca semua, semoga nukilan diri ku pada hari ini sedikit sebanyak ada manafaatnya buat "renungan" bersama....................Insya Allah............
SEKIAN UNTUK KALI INI...........................Wasallam.......................

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...