Pertama sekali aku mengucakan kesyukuran kepada Allah SWT kerna dengan izin dan limpah kurnianya, akhirnya dapat juga diri ini memulakan langkah pertama sebagai penulis blog. Terima kasih kepada seorang teman yang telah berusaha untuk membantu diri ini, dengan susah payah beliau, akhirnya dapat juga diri ini memiliki blog ini, sebagai langkah permulaan dalam bidang penulisan blog.
Dengan lafas Bismilahhirohmannirohim aku memulakan seawalnya langkah pertama ku ini, dalam bidang penulisan blog. Kepada sesiapa sahaja yang bakal membaca dan terus membaca penulisan ku ini, seawal lagi diri ini memohon ampun dan maaf sekiranya hasil penulisan ku tidak seberapa, kerana diri ini diibaratkan seorang budak yang baru belajar. Harapan aku cuma satu, agar segala penulisan ku kelak akan mendapat maanfaat kepada para pembacanya. Insya Allah......
Sebelum diri ini meneruskan penulisan dan coretan, ingin ku mengambil sebaris ayat daripada tajuk sebuah lagu untuk dijadikan pegangan dan pedoman:;
"DENGAN SIFAT KASIH, PADA SESAMA INSAN, AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA".....
Ya, aku menulis bukan kerna nama, tujuan diri ini memberanikan diri untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan, adalah kerana ingin berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan yang terdapat di sepanjang perjalanan hidup ini. Bermula dari peringkat mula mengenal huruf di sekolah sehinggalah meningkat dewasa dan mula mengerti dan mengenal hakikat kehidupan. Sepanjang perjalanan ini juga, aku banyak belajar dari beberapa guru-guru ku tentang ilmu kehidupan, terima kasih ku ucapkan kepada ibubapa, keluarga, guru-guru, rakan2, teman2 dan juga sahabat yg pernah memberi tunjuk ajar dalam sedar atau tidak diri ini, mohon di halal kan segala tunjuk ajar dan ilmu yg di perturunkan kepada diri ini. Insya Allah walaupun pengetahuan diri ini cuma sedikit, teringat pesan seorang guru, katanya "Zi, kita ni kalau banyak mana sekali pun ilmu, sekirannya tidak digunakan dengan sebaik mungkin, tak kemana pun", lagi katanya "ilmu ini walaupun sedikit akan tetapi digunakan secara berterusan, boleh di ibaratkan seperti mengasah belakang parang, lagi lama lagi lah tajam". Maksudnya, sekiranya kita mempunyai ilmu yang sedikit tetapi digunakan betul-betul dan berterusan, insya Allah akan mendatangkan maanfaat yang besar kepada diri kita juga orang lain. Asalkan niat mestilah baik kan, janganlah mengunakan ilmu ke arah kejahatan atau keburukan. Tentu akan menyesal di suatu hari nanti.
Oleh demikian diri ini telah bertekad untuk meneruskan penulisan di blog dalam kadar kemampuan mengikut pada kelapangan masa yang ada, aku perlu lebih teliti mengurus masa ku, agar dalam masa yang sama tidak terjejas segala tanggungjawab yang sedia tergalas dalam jadual harian ku yang agak ketat, maklumlah diri ini menjalankan perniagaan sendiri. Hati pelanggan tetap harus di beri keutamaan. Walaupun menulis tidak sepenuh masa namun aku gembira kerana telah bermula dengan langkah pertama.
Apakah perkara-perkara yang akan ku tulis? Tentu ada yang ingin tahukan. Aku akan menulis mengenai pengalaman kehidupan seharian, apa yang sesuai dijadikan bahan cerita dalam perjalanan hidup sehari-hari, akan cuba ku kongsikan melalui laman blog ku ini. Cerita-cerita sejarah, cerita motivasi dan kejayaan, berkaitan hal ehwal politik semasa dan juga sebarang kejadian yang difikirkan munasabah untuk di tulis dan di kongsikan. Apa yang pasti "Menegakan Kebenaran Akan Menjadi Keutamaan". Insya Allah....
"KEHIDUPAN ADALAH SATU PERJALANAN, KEHIDUPAN ADALAH SATU PERJUANGAN".
Sampai disini dahulu coretan permulaan ku, nantikan hasil karya dan penulisan ku yang bakal diterbitkan di laman blog ku ini secara satu persatu. Akhir kata Selamat membaca dan Terima Kasih kerana sudi untuk meluangkan masa membaca coretan ku yang tak seberapa ini. Yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk sama-sama kita jadikan sempadan.
Sekian Terima Kasih.....Wasallam..........
Semoga En zie berjaya dalam penulisan blog nie..nanti boleh update setiap aktiviti dalm blog..& juga kata2x semangat untuk manfaat kawan2x lain juga..(-_-)
ReplyDeleteas salam. Smg abg zizie berjaya dlm bidang penulisan, tidak ada perkara yang mustahil kita tidak boleh lakukan asalkan ia diiringi dgn usaha dan terus berusaha, insyaallah abg zizie pasti boleh lakukan nya.. kami akan menyokong dr belakang, mulakan langkah pertama dgn penuh keazaman.. setiap org pasti bermula dr bawah, begitu juga dgn abg zizie.. good luck bro..
ReplyDeletebagus bro...semoga apa yang bro lakukan akan berjaya...satu sikap bro yang baik ialah suka mencuba apa2 pun....good luck dalam perjuangan..
ReplyDeleteTerima kasih kepada Syiqein Said, nbnora said, smoker gagak said dan rakan2 dari fb yg sudi membaca, mengikuti perkembangan aktiviti saya. Kata-kata anda terus merangsang semangat saya utk terus menulis dan berusaha meletakan cerita2 yg boleh mendatangkan manfaat untuk dikongsikan.....Sokongan & dorongan anda saya sangat hargai...Insya Allah...
ReplyDeleteSelamat Menulis Zizi...
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan memberi kata-kata rangsangan......
ReplyDelete