Kini genap sudah 53 Tahun Negara kita Malaysia mencapai Kemerdekaan. Jika dikenangkan kembali sejarah yang telah lalu, apakah kita mampu turut sama merasai pengorbanan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Negara kita sehingga begitu berjaya sekali meletakan negara Malaysia seperti yang sedang kita nikmati hari ini. Begitu banyak sekali pengorbanan yang telah dilakukan oleh para pemimpin terdahulu dimana ada di antara kita yang mungkin kurang memahami, kerana mungkin kita sendiri belum wujud pada waktu itu. Sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan oleh para pejuang Kemerdekaan Negara yang telah gugur di medan bakti.
Selaku rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu, aman dan damai dengan berbilang kaum dan bangsa, sudah pasti kita semua mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing, bagi memastikan bumi Malaysia akan terus maju, aman dan makmur. Kita hendaklah sentiasa rajin berusaha dan sedaya upaya mempertahankan kedaulatan Negara Malaysia yang tercinta ini. Untuk terus menjadi satu bangsa yang terus di hormati serta di segani dimata dunia. Kita hendaklah sedaya upaya menguasai ilmu didalam pelbagai bidang dan sekurang-kurangnya menjadi pakar didalam satu bidang. Ini penting kerana kita adalah pemimpin generasi masa hadapan. Kita hendaklah rajin berusaha mencari ilmu dengan apa cara sekali pun dan lebih-lebih lagi melalui pembacaan. Hari ini begitu banyak sekali bahan bacaan yang berada di pasaran yang boleh kita perolehi dengan mudah, tak kurang juga bahan bacaan percuma yang terdapat begitu banyak di internet. Jadilah rakyat yang berilmu dan berguna kepada Bangsa, Agama dan Negara.
"Nasib sesuatu kaum tidak akan berubah, sekiranya kaum itu sendiri tidak mahu mengubahnya". Oleh yang demikian menuntut dan menambah ilmu pengetahuan adalah suatu perkara yang berterusan dan harus. Kita tidak boleh berpuashati dengan sekadar pengetahuan yang sedia ada sahaja. Kita seharusnya menjadi satu bangsa yang sangat mencintai ilmu pengetahuan. Nasib bangsa kita akan terus terjamin dan terbela dengan insan-insan yang berilmu dan terus menerus menyampaikannya dengan tujuan yang baik. Nasib bangsa kita akan lebih terjamin dan membangun dengan banyaknya para ilmuan-ilmuan yang membawa kepada kebaikan dan kebenaran. Sebagai rakyat Malaysia marilah kita bersama-sama terus menerus menghargai dan mengsyukuri Kemerdekaan yang kita miliki ini. Kita bebas melakukan sebarang perkara dan aktiviti dengan rasa aman dan selamat di Malaysia, asalkan tidak menyalahi undang-undang. Kita bebas memburu impian dan cita-cita kita asal sahaja ada kesungguhan dan kemahuan. Ramai rakyat asing yang menumpang tuah di bumi Malaysia yang bertuah ini. Oleh yang demikian kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya tidak ketinggalan didalam merebut peluang di dalam negara kita sendiri. Jadilah rakyat Malaysia yang kaya dengan ilmu pengetahuan, kerana hanya dengan cara itu perubahan demi perubahan dapat dilakukan baik untuk kehidupan sendiri juga untuk orang lain. Berjuanglah sedaya mungkin untuk terus menerus mencipta perubahan selari dengan kemajuan yang di miliki oleh negara kita.
Tentu sering kita mendengar dan terbaca, samaada di media cetak atau media elektronik, para pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia, sering menekankan soal ilmu pengetahuan. Para pemimpin negara sering melaung-laungkan agar sedaya mungkin rakyat Malaysia, khususnya golongan remaja untuk rajin mencari dan menambah ilmu pengetahuan. Kita di bumi Malaysia sebenarnya sangat bertuah, kerana negara kita cukup kaya dengan hasil buminya. Negara kita mempunyai industri, pertanian, bijih timah, emas, petrolium, sawit, getah dan sebagainya. Tetapi bagaimana kita boleh menerokai bidang yang sangat luas ini, jikalau kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Bangkit dan terokailah sebanyak mungkin segala ilmu pengetahuan yang kita perlukan, sekiranya kita ingin maju kedepan. Selaku generasi muda hari ini, kita bertanggungjawab kepada masa hadapan negara, kerana kita adalah penyambung warisan dan pewaris masa hadapan, khususnya golongan remaja. Setiap kita mempunyai tanggungjawab dan peranan demi pembanggunan bangsa, agama dan negara yang tercinta ini.
Kita tidak akan kemana-mana atau berubah sekiranya kita sendiri tidak berusaha sedaya upaya mungkin. Kita juga seharusnya belajar untuk hidup berdikari dan tidak terus menerus hidup bergantung. Cabaran yang paling besar untuk kita saingi adalah diri kita sendiri. Jangan salahkan sesiapa sekiranya kita tidak mampu untuk memajukan diri kita. Perkara utama yang perlu kita lakukan adalah untuk memperbetulkan ekonomi sendiri dan seterusnya barulah kita boleh berbakti kepada orang lain. Sentiasa belajar untuk menghindari hutang dan berusaha untuk hidup secara sederhana serta tidak membazir dan berlebih-lebihan. Sekiranya kita kurang ilmu pengetahuan dan iman sudah pasti kita akan mudah terpengaruh dengan budaya barat yang tidak henti-henti mengajak umat manusia ke jalan kesesatan. Sempena 53 Tahun Merdeka ini marilah kita sama-sama merenung sejenak pada diri kita, apakah sumbangan yang boleh kita lakukan kepada negara pada masa-masa akan datang, supaya negara kita akan terus aman makmur dan maju. Semoga coretan ini dapat mengingatkan diri ku ini dan juga untuk renungan bersama-sama demi kebaikan diri, Bangsa, Agama dan Negara.........
Sekian dahulu nukilan ku buat kali ini.......................Wasallam..............
Terima kasih Bujang Senang, sila linkkan tiada masalah....minta tunjuk ajar dari anda sebagai blogger yg lebih berpengalaman....
ReplyDelete