Diri ku rasa terpanggil sekali lagi untuk terus menukilkan cerita-cerita yang berkaitan makanan dan lokasi-lokasi menarik untuk dikunjungi dalam perihal makanan. Perasaan untuk terus berkongsi pengetahuan dalam perkara berkaitan makanan ini diteruskan atas dasar respon positif yang ku terima melalui nukilan diri ku yang lalu, iaitu bertajuk "Mee Bandung Terbaik di Petaling Jaya". Diri ku sungguh tidak menyangka penceritaan sedemikian rupa begitu mendapat sambutan dari warga pembaca, lantaran itu telah menghasilkan semangat baru kepada diri ku untuk terus berkongsi pengetahuan melalui pengalaman sendiri mahupun yang diperkenalkan oleh kawan-kawan yang lain dalam perkara berkaitan makanan ini. Mudah-mudahan dengan karya-karya sebegini sedikit sebanyak dapat membantu warga pembaca mendapat lebih maklumat dan memudahkan pencarian makanan yang bermutu mengikut kadar kemampuan masing-masing. Makanan merupakan perkara asas utama dalam kehidupan seharian manusia, oleh sebab itu dalam soal makan pasti ramai yang tercari-cari makanan yang sedap dan sesuai dengan harga, agar rasa berbaloi sekiranya terpaksa berbelanja lebih untuk perkara ini. Adakalanya tentu kita pernah rasa kecewa selepas kita mencuba makanan di suatu tempat akan tetapi rasanya tidak setimpal dengan apa yang kita bayar. Pada hari ini, jika di bandar rata-rata memang sukar untuk mendapat makanan yang enak pada kadar harga yang murah. Perkara ini terjadi adalah disebabkan pembanggunan serta sektor makanan mempunyai permintaan yang tinggi. Jadi tidak hairanlah ada di antara para peniaga meletakkan harga yang tinggi kerana permintaannya yang terus meningkat. Pada diri ku, sekiranya harga yang ditawarkan sedikit tinggi, akan tetapi berbaloi dengan apa yang dibayar tidak mengapa, kerana akan terasa berpuas hati. Namun untuk membayar makanan pada harga yang tinggi tidak mungkin selalu pada diri ku, sesekali tidak mengapalah. Bagi yang berkemampuan mungkin tidak menjadi halangan untuk selalu mengunjungi restoran-restoran mewah. Apapun diri kita, kita yang lebih memahami keupayaan dan kemampuan kita. Untuk hidup kita perlu makan dan untuk makan tidak semestinya mahal, kita yang membuat pilihan dan keputusan atas dasar kemampuan diri.
Hari ini diri ku ingin berkongsi satu lagi lokasi yang agak menarik untuk di kunjungi, kepada warga pembaca halaman blog ku ini. Pada hari ini di negara malaysia, telah menjadi satu trend kepada warga masyarakat bandar mengunjungi Coffee House atau Cafe yang lengkap dengan wi-fi serta menyediakan ruangan yang nyaman dan selesa, tak kurang juga ada ruangan yang berhawa dingin di sesetengah cafe sebegini. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini di bandar-bandar besar di malaysia ini, bukan sahaja amat popular dengan "Restoran Mamak 24 jam" di sana-sini, cafe-cafe yang menawarkan keselesaan dengan harga ekonomi juga begitu banyak terdapat di sana-sini. Bak kata pepatah dua kategori restoran ini tumbuh "bagai cendawan lepas hujan" di bandar-bandar besar apatah lagi di lembah klang ini. Masing-masing mempunyai identiti perniagaan yang berbeza, jika di Restoran Mamak lebih terkenal dengan Skrin TV yang besar-besar, dan sering menjadi tumpuan pengunjung berkumpul, apatah lagi jika ada rancangan bola, kita dapat melihat gelagat muda-mudi berkumpul dengan rakan-rakan mereka, sambil makan dan minum turut berkumpul untuk menyaksikan perlawanan bolasepak khususnya di Restoran-restoran Mamak saban malam. Jika di cafe-cafe pula kita boleh melihat ramai muda-mudi atau golongan-golongan peniaga suka mengunjunginya kerana terdapatnya wi-fi percuma disediakan dikebanyakan cafe-cafe yang moden ini. Begitulah perbezaan dua identiti ini selain dari pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh perniagaan masing-masing.
Hari ini tentu ramai di antara kita biasa dengar atau ternampak dan tak kurang juga yang pernah mengunjunginya. Cafe yang diri ku maksudkan adalah "Old Town White Coffee". Cafe ini dikendalikan secara sistem perniagaan francise, oleh kerana itu amat mudah untuk kita melihat cafe ini di merata tempat khususnya di lembah klang ini. Ianya sebuah perniagaan seperti KFC dan Mcdonalds, giat dan pesat berkembang, jika ada lokasi baru dan sesuai tentu ada usahawan baru atau lama yang berkemampuan merebut peluang untuk membuka cafe tersebut. "Old Town White Coffee House" merupakan satu jenama restoran yang berkonsepkan cafe moden cukup terkenal kini di malaysia, saban hari meniti di mulut masyarakat bandar khususnya. Cafe ini menyediakan berbagai pilihan makanan dan minuman yang disahkan halal oleh badan agama yang berwajib di malaysia ini. Logo halal tertera dengan jelas di setiap rangkaian cafe ini. Dengan ini pelanggan muslim tidak akan berasa was-was untuk menjamu selera di cafe ini. Terdapat berbagai menu pilihan dari set sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan juga untuk makan malam. Kebanyakan menu makanannya berkonsepkan western dan makanan cina hainan. Jenis minuman pula terdapat dalam banyak pilihan dari panas hingga ke minuman sejuk. Di cafe ini minuman yang paling istimewa adalah "White Coffee" di atas jenamanya sendiri, iaitu "Old Town". Namun awas! kepada yang sukar untuk tidur, diri ku ingin menasihatkan jangan di minum pada waktu malam, kerana ramuan kopinya yang agak keras akan membuat mata sukar untuk dilelapkan jika di minum pada waktu malam.
Kali ini apa yang diri ku ingin kongsikan dengan warga pembaca ruangan blog ku ini merupakan sejenis makanan yang telah menjadi pilihan utama diri ku pada setiap kali berpeluang mengunjungi cafe ini. Makanan yang diri ku maksudkan adalah "Mee Kari Hainan" yang begitu menawan hati ku semenjak kali pertama diri ku mencubanya hingga ke saat ini, dan di sebabkan "Mee Kari Hainan" inilah yang telah membuatkan diri ku ini terpanggil untuk kembali semula ke cafe ini, apabila diri ku berasa teringgin untuk makan mee kari. Apakah yang menariknya tentang "Mee Kari Hainan" ini? Bagi diri ku ini, sebagai seorang penggemar mee, ianya berbeza dari mee kari yang biasa ku makan di tempat lain. "Mee Kari Hainan" yang terdapat di cafe ini mempunyai keenakannya yang tersendiri, rasa kuahnya yang cukup lemak dan tidak begitu pedas serta di tambah dengan perencah-perencah tambahan yang turut dimasukkan bersama ke dalam mee ini, membuatkan diri ku untuk terus setia melanggan "Mee Kari Hainan" ini. Kini boleh dikatakan hampir setiap kali diri ku berpeluang mengunjungi cafe ini, "Mee Kari Hainan" inilah menu yang menjadi pilihan utama diri ku. Harga untuk sepinggan "Mee Kari Hainan" ini adalah RM7.90. Harganya boleh dianggap berpatutan dengan perkhidmatan serta keselesaan yang disediakan di cafe ini. Untuk seorang makan di sini, sepinggan "Mee Kari Hainan" bersama secawan minuman, anggaran perbelanjaan sekali makan untuk seorang, lebih kurang linkungan RM10 ke RM12 bergantung pada jenis minuman yang dipilih. Di cafe ini wi-fi percuma turut disediakan untuk keselesaan pelanggan yang mengunjungi cafe ini. Sekiranya warga pembaca yang belum pernah mencuba atau ingin merasakannya sendiri, diri ku pasti kalian tidak akan merasa kecewa apabila berpeluang untuk mencubanya sendiri kelak. Selamat mencuba "Mee Kari Hainan" terbaik di "Old Town White Coffee House".
"SETIAP PERNIAGAAN DIMULAKAN MELALUI PELUANG YANG DIKENALPASTI, LALU DIAMBIL KESEMPATAN UNTUK DIMAJUKAN. KEWUJUDAN PELUANG PERNIAGAAN ADALAH UNTUK MENAWARKAN PERKHIDMATAN ATAU BARANGAN DALAM PASARAN TERTENTU, BERGANTUNG KEPADA PERUBAHAN SERTA ARAH ALIRAN DALAM FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN. PELUANG DALAM PASARAN MERUPAKAN, APABILA MASIH TERDAPAT RUANG SERTA KESEMPATAN UNTUK MENAWARKAN PERKHIDMATAN ATAU BARANGAN YANG MAMPU MEMENUHI KEHENDAK SERTA CITARASA PELANGGAN".
Sampai disini dahulu nukilan diri ku pada kali ini, mudah-mudahan perkongsian dan penceritaan buat kali ini dapat membantu sedikit sebanyak bagi penggemar mee kari mahupun kepada mereka yang tercari-cari makanan yang enak serta berbaloi apabila membuat bayaran selepas menjamu selera. Selamat mencuba kepada yang teringgin untuk merasa keenakannya sendiri serta selamat menambah pengetahuan kepada yang mendapat manfaat hasil daripada nukilan karya ini. SEKIAN........
WASALLAM..............

Halal tak?
ReplyDeleteApa yang pasti di cafe ini sememangnya jelas ada tanda halal. Jika tidak tentu pihak berkuasa dah lama ambil tindakan kerana ramai orang melayu yg mengunjungi cafe ini...
ReplyDelete