Saturday 8 October 2011

Bersama KRU 666 "PENYINGKAP FAKTA" Di Aktiviti Jualan T-Shirt Serta Sesi Bersama Peminat 7/10/2011

Hari ini lebih kurang jam 8.30 malam, beberapa Ahli KRU 666 "Penyingkap Fakta" di Ketuai oleh Bro. Mazidul Akmal Sidik telah tiba di lokasi seperti yang dijanjikan. Terlebih dahulu beberapa hari sebelum itu, Bro. Razali selaku peneraju kanan kumpulan ini telah menghubungi saya. Beliau telah memaklumkan kepada saya melalui panggilan talipon yg dibuat, iaitu pada hari ini 7/10/2011 pada jam 8.30 malam KRU 666 "Penyingkap Fakta" telah memilih lokasi Pasar Malam Subang Perdana iaitu berhadapan dengan pejabat saya, sebagai lokasi aktiviti mereka untuk hari ini, iaitu sesi turun padang bertemu peminat, membuat jualan T-shirt Exclusive edisi Khas untuk peminat dan turut serta minyak wangi keluaran "Kasturi Syifa".

Gambar di atas kelihatan Bro.Mazidul Akmal Sidik, menerangkan serta menunjukan kepada pengunjung yang berada di lokasi, kejadian baru-baru di dalam edisi mereka menjelajah dan merungkai fakta di Ulu Bendul, Negeri Sembilan iaitu pada Sabtu lalu (1/10/2011). Kelihatan agak ramai pengunjung berminat untuk mengetahui apakah sebenarnya aktiviti yang dijalankan oleh Kumpulan ini. Apa yang difahamkan kepada saya tentang kumpulan ini lebih kurang begini. Bro.Mazidul Akmal Sidik adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia kewartwanan dan penyiaran. Beliau sangat dikenali sebagai pengacara rancangan 999 kelolaan TV3 pada suatu masa yang lalu. Kini beliau sedang membangunkan satu program baru yang di beri nama "Penyingkap Fakta" iaitu merupakan program Paranormal. Walau bagaimanapun saya di fahamkan program yang dibangunkan beliau ini bersama 13 KRU yang datangnya dari pelbagai latarbelakang, berbeza dari kumpulan Paranormal yang sedia ada di Malaysia mahupun di negara-negara lain. Kumpulan ini di beri nama 666 dan apa yang mereka bongkarkan serta kongsikan kepada peminat adalah berlandaskan "Fakta". Maksudnya jika ada pihak memaklumkan kepada kumpulan ini ataupun mereka mendapat maklumat dari pihak-pihak tertentu, mereka akan pergi ke lokasi tersebut untuk membuat penyiasatan. Setiap lapuran yang akan di persembahkan untuk tatapan umum adalah berdasarkan fakta semuanya. Jika terdapat perkara yang digembar-gemburkan seperti entiti paranormal iaitu hantu, jin dan sebagainya, maka mereka akan mengatakan ya serta membuktikan melalui rakaman gambar atau visual. Sebaliknya sekiranya jika dalam siasatan dilokasi tersebut memang mereka tidak dapat merakam apa-apa objek, maka mereka juga akan menyatakan tiada apa-apa disitu. Kumpulan ini memang benar-benar beteraskan fakta dan sebab itu aktiviti mereka diberi nama "Penyingkap Fakta". Untuk mengetahui dan melihat sendiri rakaman-rakaman serta penulisan cerita-cerita kisah KRU 666 "Penyingkap Fakta" ini membongkar satu persatu cerita yang sering menjadi perbualan penduduk tempatan dilokasi-lokasi yang mereka kunjungi, silalah layarai http://penyingkapfakta.blogspot.com/

Alhamdullilah, kunjungan KRU 666 kali ini di Tapak Pasar Malam Subang Perdana mendapat sambutan dari masyarakat setempat disitu. Ramai pengunjung kelihatan begitu teruja mendengar penerangan yang di buat oleh KRU 666 untuk memberi kesedaran akan kewujudan makhluk halus ini serta berkongsi ilmu pengetahuan dan maklumat. Tahniah!!! KRU 666 usaha anda mendapat sambutan meluas dan ternyata memang ramai masyarakat yang memerlukan maklumat serta pengetahuan tentang entiti paranormal ini. Tidak kurang juga kelihatan peminat yang tidak melepaskan peluang untuk membeli T-Shirt edisi Khas "Penyingkap Fakta" di lokasi sebagai cenderamata koleksi peribadi. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan T-Shirt edisi khas ini bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Bro. Razali di 016-231 5812, harga untuk sehelai T-Shirt cuma RM25 sahaja tidak termasuk kos penghantaran, turut di jual juga minyak wangi keluaran "Kasturi Syifa". Silalah menghubungi beliau untuk pembelian atau mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan aktiviti kumpulan ini.
Gambar di atas kelihatan antara peminat terawal yang membuat pembelian T-Shirt edisi khas "Penyingkap Fakta". Di sampaikan sendiri orang kanan KRU 666 iaitu Bro.Razali, terima kasih ujar beliau kepada peminat tersebut kerana menyokong usaha murni kumpulan ini. Mudah-mudahan dengan pembelian yang di buat oleh peminat ini sedikit sebanyak dapat melancarkan perjalanan aktiviti kumpulan ini. Siapakah yang boleh membeli T-shirt ini, sesiapa sahaja kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan, cuma RM25 sahaja dan datangkan dalam saiz S, M, L, XL & XXL, dengan harga mampu milik, KRU 666 yakin semua orang boleh beli dan pakai kerana ianya tidak membebankan pengguna dan peminat. Tepat jam 9.30 malam saya terpaksa minta diri dahulu untuk tidak terus bersama KRU 666 kerana perlu menghadiri majlis doa selamat seorang kawan di Jalan Klang lama. Saya pun berlalu dengan hati yang puas kerana melihat kesemua KRU 666 begitu bersemangat dan teruja sekali pada malam ini apabila aktiviti yang baik ini mereka laksanakan mendapat sambutan yang mengalakan dari masyarakat setempat serta peminat-peminat yang hadir.
Syabas KRU 666 dan Bro. Mazidul Akmal Sidik, semoga usaha kalian terus membuahkan kejayaan, Insya Allah....
Sekian dulu penulisan saya buat kali ini.....Selamat Malam dan Wasallam............

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...