Monday, 10 October 2011

KISAH SEEKOR LEMBU YANG BOLEH DIJADIKAN TAULADAN.......

Pada hari ini diri ku berasa begitu terpanggil untuk menulis kembali sebuah kisah dan kejadian pada suatu masa dahulu, cerita ini pernah ku tulis pada tanggal 8/6/2007 dan ianya tertulis di dalam buku penulisan perjalanan harian ku. Cerita ini pada diri ku mempunyai nilainya yang tersendiri yang sering menjadi panduan dan pedoman kepada ku. Pada kali ini diri ku akan cuba menceritakannya semula melalui laman blog ini dan akan turut menyelitkan gambar-gambar hiasan dengan harapan lebih menarik di baca dan dikongsikan, bersama pembaca dan rakan-rakan yang sudi mengikuti penulisan ku ini.

Suatu hari sedang diri ini memandu melalui kawasan Kampung Medan, yang terletaknya di jalan kelang lama Petaling Jaya, Selangor, tiba-tiba jauh dihadapan, diri ku terlihat seekor lembu sedang melintas jalan. Sedang lembu itu melintas, dengan tiba-tiba dia berak ditengah jalan, lalu meneruskan perjalanan ke tepi  lantas meragut rumput-rumput yang terdapat di tepi jalan tersebut. Diri ku pun memperlahankan pemanduan serta memandu dengan lebih berhati-hati sambil mengelak daripada terlanggar najis lembu tersebut.

Apabila diri ini melepasi najis dan lembu tersebut, diri ku menjadi terfikir, datang ilham. Cerita tersebut mengisahkan betapa beruntungnya kita di lahirkan ke dunia sebagai manusia. Manusia dikurniakan hati dan akal fikiran, sedangkan lembu tidak begitu sifatnya. Bayangkan jikalau kita menjadi lembu. Tahunya makan, tidur, kencing dan membuang najis merata-rata. Akhirnya daging lembu menjadi makanan kepada manusia.

Lembu begitu sifatnya, tidak mempunyai kehidupan yang menarik, dan sebaliknya hanya menjadi habuan santapan manusia apabila sampai masanya. Oleh yang demikian kita seharusnya bersyukur kerana dijadikan sebagai manusia. Kita ada hati, akal dan fikiran. Kita boleh menikmati kehidupan di dunia ini dengan penuh pengertian dan makna. Kita boleh dan berpeluang membentuk kehidupan seperti yang kita fikirkan serta inginkan. Sebagai manusia kita seharusnya berusaha dengan segala mungkin untuk menjadi serta mencapai seperti apa yang kita fikir dan inginkan. Kita seharusnya rajin berusaha serta menggunakan sebaik mungkin, hati, akal dan fikiran yang dikurniakan ke arah kebaikan. 

Jadilah manusia yang mampu dan boleh membawa kebaikan kepada diri sendiri juga kepada orang lain. Kebaikan lembu terhadap manusia ialah boleh di makan, manakala kebaikan manusia sesama manusia pula ialah memimpin ke arah kebaikan dan kejayaan........Insya Allah.........
Nukilan diri ini, moga-moga kisah ini boleh dijadikan iktibar, pengajaran serta tauladan. Sekadar berkongsi dengan harapan boleh di jadikan panduan sesama kita........

Mengakhiri cerita ini, ingin ku berkongsi sedikit petua mungkin boleh dijadikan pedoman ;-
"Di awal pagi bacalah atau dengarlah kepada sesuatu yang positif. Selepas tidur malam yang nyenyak kita akan tenang dan fikiran separa sedar kita terbuka. Ia menentukan suasana untuk hari tersebut, dan meletakkan kita dalam keadaan fikiran yang betul untuk membuatkan setiap hari, hari yang positif. Agar mencapai perubahan, kita untuk berusaha secara sedar dan menjadi tanggungjawab untuk membentuk pemikiran dan tingkah laku positif sebahagian dari kehidupan kita. Praktikkan diri supaya mempunyai pemikiran dan tingkah laku positif setiap hari sehingg ia menjadi tabiat". Selamat beramal........

Sekian dahulu nukilan dari ku buat kali ini, diri ku mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca nukilan ku ini sehingga akhir dan Selamat Maju Jaya buat semua........Wasallam.........

2 comments:

  1. Norazizi ...

    Menulis itu satu keindahan bagi manusia ingin berkarya.

    Tentunya kita bermula seperti manusia.

    Merangkak, berdiri, berlari-lari anak dan kemudian berlari laju.

    Blogging menuntut kesabaran dan usah sesekali berasa jemu untuk berkongsi ilmu secara berterusan dengan semua pembaca.

    ReplyDelete
  2. Bro Mazidul...

    Terima kasih di atas pendangan serta nasihat yang diberikan, insya Allah saya akan ingat dan mengambil pesanan ini sebagai panduan serta pedoman.

    Sesungguhnya sejak sekian lama saya memang menanam minat dan bercita-cita untuk menulis dan berkarya.

    Kini baru berpeluang untuk berbuat demikian, sekali melangkah akan saya teruskan juga, menulis untuk mencari kepuasan, seterusnya berdoa dengan harapan penulisan dan karya-karya saya boleh diterima serta mendapat maanfaat kepada pembacanya......insya Allah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...