"PERJALANAN UNTUK MENJADI YANG TERBAIK BUKAN MUDAH. IANYA PENUH DENGAN RINTANGAN. IANYA MUNGKIN DEKAT BILA IA KELIHATAN SANGAT JAUH. OLEH ITU KEKAL PADA PERJUANGAN BILA ANDA DIPUKUL HEBAT. APABILA KEADAAN KELIHATAN SEMAKIN BURUK PADA MASA ITULAH ANDA TIDAK SEHARUSNYA BERHENTI"
Sempena cuti panjang tahun baru cina baru-baru ini, diri ku berkesempatan berkunjung ke Kuala Terengganu untuk bercuti serta berehat seketika sambil menyaksikan keindahan lokasi-lokasi menarik di Terengganu. Diri ku melalui perjalanan yang panjang pada hari berangkat. Seawal pagi hari minggu yang lepas diri ku memecut kenderaan yang di pandu melewati highway karak dan seterusnya masuk ke lebuhraya pantai timur sehinggalah ke exit cherating Kuantan, dan seterusnya melalui jalan perseketuan melewati pantai peranginan cherating di Kuantan. Meneruskan perjalanan melalui Kemaman Terengganu sehinggalah tiba ke destinasi yang di tuju agak lewat petang iaitu Batu Rakit, Kuala Terengganu. Memang agak panjang perjalanan pada hari tersebut, namun diri ku berasa puas apabila selamat tiba ke destinasi walaupun agak lewat petang. Setelah urusan mendaftar masuk ke tempat menginap dimana diri ku terlebih dahulu telah membuat booking pada dua minggu sebelum, diri ku berehat seketika dibilik untuk merehatkan badan seketika. Pada sebelah malam diri ku ke pusat bandar Kuala Terengganu untuk makan malam sambil melewati laluan di sebuah jambatan di mana jelas kelihatan keindahan Masjid Terapung di atas air, cantik sekali Masjid tersebut diwaktu malam.
"SETIAP KISAH KEJAYAAN TERDAPAT KISAH KEGAGALAN YANG SANGAT BESAR. KERJA KERAS SUATU PERMULAAN DAN PENAMATNYA DENGAN SENDIRINYA. LEBIH KERAS SESEORANG BEKERJA, LEBIH BAIK DIA RASAKAN, LEBIH KUAT DIA BEKERJA. IDEA YANG PALING BAIK TIDAK AKAN BERJAYA MELAINKAN ANDA MENGUSAHAKAN IDEA TERSEBUT. BAKAT YANG HANDAL TANPA KEAZAMAN DAN KERJA KERAS ADALAH SIA-SIA"
Apa yang diri ku ingin kongsikan pada warga pembaca sekalian pada kali ini adalah berkenaan sebuah Restoran yang terletak di Pekan Paka dalam daerah Dungun Terengganu. Jika hendak diceritakan kisah keindahan serta keunikan yang terdapat di negeri Terengganu ini begitu banyak sekali sebenarnya. Pada kali ini diri ku tidak bercadang untuk menukil berkenaan kesemua pengalaman ku sewaktu melawat Terengganu. Apa yang ingin diri ku kongsikan dengan warga pembaca pada kali ini adalah lebih fokus kepada keunikan sebuah restoran yang menyajikan sejenis makanan yang lazat dan enak sewaktu diri ku melewati pekan paka dalam daerah Dungun Terengganu. Dungun juga merupakan tempat atau lokasi pemprosesan minyak Petronas yang terbesar di negeri Terengganu. Di kiri dan kanan jalan jelas kelihatan pusat pemprosesan minyak Petronas yang begitu luas dan sangat besar, pemandangan juga begitu indah sekali sewaktu melewati kawasan pemprosesan minyak Pertronas ini yang terletak di Dungun Terengganu. Setelah melewati kawasan pemprosesan minyak Petronas ini tidak berapa jauh dari situ terletaknya sebuah pekan kecil iaitu pekan paka dan di situlah terletaknya restoran yang diri ku maksudkan iaitu "Restoran Nasi Kukus Ayam Paka", yang di buka 24jam setiap hari.
"RESTORAN NASI KUKUS PAKA, LOT 225, NO. 25, TINGKAT BAWAH, JALAN BESAR PUSAT NIAGA PAKA, KAMPUNG CACAR, 23100 PAKA, DUNGUN, TERENGGANU"
Sebenarnya tiada sesiapa pun, baik kenalan atau rakan-rakan yang mencadangkan pada diri ku berkenaan keenakan makanan yang terdapat di restoran ini. Segalanya terjadi secara kebetulan kerana pada waktu diri ku melewati kawasan Dungun dan asyik dengan pemandangan di sepanjang perjalanan sehinggalah melewati kawasan pemprosesan minyak Petronas, jam ditangan sudah menunjukkan satu tengahari, maka perut pun terasa lapar. Lantas diri ku memerhati di kiri kanan jalan akan kedai-kedai makan yang sesuai untuk diri ku singgah makan tengahari. Tiba-tiba anak mata ku terlihat dengan jelas disebelah kanan jalan sebuah restoran yang agak menarik signboardnya serta nampak suasananya yang meriah kerana kelibat manusia yang agak ramai sedang makan disitu. Hati ku rasa terpanggil untuk mencuba makanan disitu atas sebab signboardnya yang jelas tertulis "Restoran Nasi Kukus Ayam Paka", lantas diri ku memperlahankan kenderaan dan mencari tempat untuk berhenti. Setelah dapat meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai disebelah kiri jalan, diri ku berjalan kaki sedikit untuk melintas kerana restorannya terletak disebelah kanan jalan iaitu arah pulang ke Kuala Lumpur.
"KECEMERLANGAN BUKAN TUAH, IANYA HASIL DARIPADA KERJA KERAS DAN LATIHAN YANG BANYAK. KERJA KERAS DAN LATIHAN MEMBUATKAN SESEORANG LEBIH BAIK DALAM APA SAHAJA DIA LAKUKAN"
Setibanya diri ku di restoran tersebut, terus diri ku membuat tinjauan ke arah dispenser dimana terletaknya tempat penyediaan makanan. Sungguh unik, hanya satu menu makanan berat yang terdapat di restoran tersebut iaitu seperti yang tertulis di singboardnya, "Nasi Kukus Ayam Paka". Ya, inilah keunikan restoran ini yang dibuka 24 jam setiap hari hanya dengan satu menu makanan berat namun mendapat sambutan yang hangat daripada para pelanggan yang mungkin datang dari jauh serta penduduk tempatan. Kelihatan juga satu rombongan bas ekspress tidak pasti dari mana juga beramai-ramai mencuba makanan di restoran ini. Restoran ini terletak di bahagian sudut yang agak luas namun di luar kedai di tambah lagi dua buah Kanopi 20 x 20 kerana di dalam kedai nampak gayanya tidak mampu menampung tempat duduk mungkin kerana restoran ini sangat popular di sini. Setelah dapat tempat duduk, diri ku memesan makanan tersebut iaitu "Nasi Kukus Ayam Paka", satu-satunya menu makanan berat yang terdapat di restoran ini bersama segelas teh ais minuman kegemaran ku. Tidak berapa lama kemudian pesanan yang ku minta pun tiba. Agak unik, makan disitu namun dihidangkan dalam bunkusan kertas minyak yang dibungkus rapi seolah-olah untuk dibawa pergi. Rupa-rupanya inilah konsep hidangan mereka, setiap pesanan akan dibungkus rapi seperti makan nasi bungkus. Apalagi dengan perasaan ingin tahu diri ku membuka bungkusan dan menjamah makanan tersebut. Nasi kukus beralas daun pisang dengan sepotong ayam goreng berempah serta dua potong timun bersama sedikit sambal dan kuah kari pekat yang siap di campur dalam bungkusan kertas minyak tersebut cukup untuk memecahkan air liur sebelum menjamahnya. Apabila diri ku mula menjamahnya, hati kecil ku berkata dan rasa syukur kerana berpeluang untuk singgah menjamu selera makan tengahari ku di restoran ini. Apa yang diriku boleh katakan pada warga pembaca sekalian keenakan "Nasi Kukus Ayam Paka" memang hebat, sehebat nama restorannya. Tidak sia-sia singgah menjamu selera di restoran ini, jika anda berpeluang untuk berkunjung ke Dungun Terengganu, diri ku syorkan singgah dan rasalah sendiri keenakkan rasanya. Harganya cuma RM8.50 untuk seorang makan iaitu sebungkus, memang berbaloi anda membayarnya, pasti tidak menyesal. Untuk pengetahuan warga pembaca sekalian pada perjalanan pulang diri ku juga singgah sekali lagi untuk menjamu selera di restoran ini, kerana entah bila diri ku berpeluang untuk berkunjung lagi, tetapi apa yang pasti jika umur panjang dan berpeluang untuk ke Terengganu lagi pasti diri ku tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di restoran ini lagi.
"KEJAYAAN DALAM KEHIDUPAN TIDAK DITENTUKAN DENGAN BAGAIMANA KITA MELAKUKANNYA BERBANDING DENGAN INDIVIDU LAIN, TETAPI DENGAN BAGAIMANA KITA MELAKUKANNYA BERBANDING DENGAN APA YANG KITA MAMPU LAKUKAN. INDIVIDU YANG BERJAYA BERSAING MENENTANG DIRI MEREKA SENDIRI. MEREKA MENGATASI REKOD MEREKA SENDIRI DAN SENTIASA TERUS MEMPERBAIKINYA"
Begitulah serba sedikit perkongsian diri ku dengan warga pembaca sekalian pada kali ini. Mudah-mudahan kepada pengusaha restoran tersebut terus mendapat limpahan rezeki hasil daripada keenakan resepi yang disajikan beliau direstorannya kepada para pelanggan yang mengunjungi. Apalah agaknya rahsia keenakan resepi beliau?, jika warga pembaca sekalian ingin mengetahuinya, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke restoran ini jika ke Terengganu melewati bandar Dungun, singgahlah di pekan paka ini untuk mencubanya sendiri. Bagi diri ku "Nasi Kukus Ayam Paka", memang best di daerah Dungun Terengganu. Tahniah!!! kepada pengusaha restoran dan diri ku mengucapkan selamat maju jaya kepada pengusaha restoran ini. Warga pembaca sekalian, ingat Dungun, ingat pekan paka dan ingatlah disitu terdapatnya "Restoran Nasi Kukus Ayam Paka". Selamat mencuba kepada yang bercadang untuk mencubanya sendiri kelak.
"SELALU FIKIRKAN DARI SEGI MEMBERI TAMBAHAN NILAI SAMA ADA UNTUK PELANGGAN, RAKAN, PASANGAN ANDA, IBU BAPA ATAU ANAK-ANAK. BILA SAHAJA ANDA MELAKUKAN SESUATU, TANYAKAN DIRI ANDA, BAGAIMANA BOLEH SAYA MENAMBAH NILAI KEPADA APA YANG SAYA LAKUKAN? ATAU BAGAIMANA BOLEH SAYA MEMBERI TAMBAHAN NILAI KEPADA YANG LAIN?"
Sekian dahulu nukilan diri ku pada kali ini. Mudah-mudahan perkongsian pengalaman ini, sedikit sebanyak dapat memberi maklumat kepada warga pembaca sekalian, lebih-lebih lagi pada yang gemar jalan-jalan cari makan. Wasalam..................
Kena tipu la bhai.Dekat tempat lain kurang dari RM5 sahaja.Sebagai contoh,tahun lepas kami g melancong di Kelantan,harga yang kami makan cuma RM3.80 dan satu tempat lagi RM4.50 sahaja
ReplyDeleteto anonymous kat atas>>>x de kena tipu pon,mmg itu la harga yg kami perlu bayar kat sini....kami pon x suka dgn keaadaan ini tapi trpakse....untuk pengetahuan penulis,hampir semua kilang petronas disini beralamat KERTEH,kerteh ni plak dlm daerah KEMAMAN,...bukan dungun yer.cuma 1 je yg dlm daerah dungun,itu pon mmg x nmpak drpd jln utama..
ReplyDeleteTerima kasih kepada komen-komen yang bernas ini. Saya belajar sesuatu. Maafkan tentang kesilapan teknikal ini, saya orang luar kurang arif dengan daerah-daerah di Terengganu ni. Komen yg baik, teruskan......
ReplyDeletesitu mahal sbb org yg kerja kat area situ sume poket tebal..name pon keje ngan industri minyak..tambah la lagi kalo yg dtg oder tu ckp plak takde slang terengganu..mmg kene semelih la bang..
ReplyDeleteThanks Syamil......ini lah pengalaman, kalau tak ke situ tak tahu. Apapun korang memang best, ada komen....
ReplyDeletex sembelih pong harga tu memang standard...orang tempatan pong rega tu gak...kat trangnu makanan memang mahal....
ReplyDeleteharga biasa tu bro... harga sesedap ngan kualiti... ce try kira.. harga beras diguna rm 4 sekilo,saiz ayam jenis big mama, pastu rasa nya lain pada yang lain.. sambal cili rm16-20 sekilo.. der sewa kedai sane mahal der..
ReplyDeletesane terkenal ngan org minyak n besi.. gaji minimum pun rm2k..aku pernah duk sane.. memeng gtu harga nya..
Ak pun penah dtg sini..sebijik tmpat sama..mmg btul best mknan kat sana..hrga tak silap ak rm7 je..tapi kat trganu kos hdp mmg tinggi..
ReplyDeleteSyamil ni cakap xsyg mulut..stahu ak owner kedai tu bukan org trganu..ce en azizi try pegi temuramah owner dia next time kalau g sana...tokey dia xsilap ak terkenal dgn sikap murah hati..xmustahil ada ramai org dengki dengan kejayaan dia...apapun,nasi kukus kedai dia mmg terbaikkkkkk dari ladang...ak antara custmer tetap kat situ..heheheh
ReplyDeletetokey dia nama encik lutpi orang terengganu....yang jaga kaunter tu orang lain
ReplyDeleterasanya rm8.50 tu sekali dgn air kot,,,,sebab dulu sy kerja kat situ just rm5.50....x tahulah kalau dah naik harga
owh,, itu kampung saya,, hehe seronok nya,, bila ada org melawat kampong kite nie,, dulu mase kedai tu baru bukak harga dye rm5 je.. xtau lah kot sekarang harga dah naik,,lame lak x g mkn kt ctu.. lagipon kedai nasi kukus kat area tu banyak, kalau pergi atas skit ade restoran nasi kukus paka 3.. huhu.. papepon welcome to ganu =D
ReplyDeleteRM8.50 sebungkus? Mahal nyer.
ReplyDeleteKedai lain lebih kurang harga RM4.00 - RM5.00 je. Kalu kebetulan on way boleh la singgah. Kalu tak, buat bazir minyak kereta je semata-mata nak try nasi kukus situ. (Sorry to say that).
al fatihah. owner meninggal
ReplyDeleteNasi kukus paka 3 cekik darah time raya..10 hengget sbungkus..air milo ais teh o ais n nes tarik 12 hengget..tu aku yg mmg keje area situ..mentang2 la dia je yg antara bukak time tu..hampeh..lenkali mmg xpegi dah
ReplyDeleteawakni jgn nk memfitnah..agaknye awk ni meniaga jugak xlaku.tu yg smp memfitnah.belum ada lg nasi kukus paka 3 jual sampai 10 ringgit sebungkus.kalau dh xde keje,g la mengaji dpd memfitnah yg bukan2.
ReplyDelete