"BIARKAN FIKIRAN BARU MENJADIKAN ANDA SEORANG BARU, BAHARUILAH DIRI DENGAN PEMBAHARUAN FIKIRAN"
Melalui perjalanan kehidupan yang penuh dengan onak, ranjau dan duri adakalanya menyakitkan dan juga meletihkan. Sekiranya destinasi yang hendak dituju masih jauh, akan ada waktu-waktu sukar menjelma dan meletakkan suasana dalam keadaan tidak stabil dan mungkin tersasar dari arah tujuan, ada baiknya berhenti dan berihat seketika. Tidak ada yang mudah untuk dicapai dalam kehidupan ini, segalanya perlu melalui prosesnya sebelum sampai ke arah tujuan. Sememangnya apabila kita merancang sesuatu, kita mungkin teruja untuk melaksanakannya, kerana apabila kita benar-benar yakin dengan apa yang telah dirancangkan. Namun pada hakikatnya, apabila perlaksanaan serta tindakan mengambil tempat disitulah ujudnya suasana sebenar. Dari keadaan sebenar itu jugalah yang akan menguji kekuatan serta ketahanan diri serta mental seseorang dalam berusaha mencapai apa yang diimpikannya melalui bayangan serta perancangan yang telah dibuat sebelum proses tindakan mengambil tempat.
"CITA-CITA SEORANG PEMENANG ITU MUNGKIN TIDAK MELEBIHI ORANG YANG KALAH, TETAPI CITA-CITANYA ITU LEBIH PANJANG"
Adakalanya ramai yang berputus asa dalam menghadapi cabaran serta laluan rintangan yang sebenar, dalam menuju destinasi yang telah dirancangkan sebelumnya. Disinilah kita akan dapat mengukur sejauh mana sebenarnya kesungguhan diri kita apabila kita mengusahakan sesuatu perkara. Dalam dunia ini memang pelik, tetapi itulah hakikatnya, ramai yang inginkan sesuatu yang besar dalam kehidupan ini, namun apabila berusaha serta menghadapi kesukaran untuk melaluinya, berundur dan berhenti sering menjadi pilihan. Ada peribahasa lama mengatakan "apabila anda telah bertekad untuk mengali emas, janganlah sesekali anda berhenti mengali selagi anda belum menemuinya, kerana ianya mungkin telah hampir".
"BEREHATLAH NAMUN JANGAN MENGAKU KALAH. SEDANGKAN MATAHARI TERBENAM SETIAP PETANG. TETAPI IANYA PASTI TERBIT SEMULA KEESOKAN PAGINYA. PADA WAKTU SUBUH, SETIAP ROH DILAHIRKAN SEMULA"
Apabila laluan yang hendak dituju nampak sukar dan mungkin anda sedikit keletihan. Maka berehatlah, tetapi jangan mengaku kalah. Dalam perjalanan hidup ini, sentiasalah berfikiran positif walau apapun matlamat anda. Hanya mereka yang optimis sahaja yang akan mencipta sejarah. Tidak ada tugu yang dibina untuk orang yang pesimis. Apapun yang dilakukan dalam kehidupan ini, diri kitalah yang bertanggungjawab keatas setiap perkara serta jalan yang kita pilih. Kehidupan kita hak kita, masa depan kita juga merupakan hak kita. Kitalah yang merancang serta membuat keputusan dengan pilihan yang kita tetapkan dan kita jugalah yang berusaha ke arah matlamat itu. Sekiranya kita tidak kuat dan tabah tentu kita akan berhenti separuh jalan serta berpatah balik pada keadaan yang lama. Namun sekiranya kita benar-benar yakin, kuat, tabah, sentiasa bersemangat juang yang kental serta berpegang teguh pada prinsip dan kesungguhan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, percayalah bagaimana jauh, sukar dan panjang pun perjalanan itu akhirnya akan tiba jua ke matlamat yang hendak dituju itu. Persoalannya cuma cepat atau lambat sahaja, apa yang penting fokus kepada usaha tersebut. Semangat manusia merupakan kuasa ghaib, hasil daripada roh yang kekal abadi, dinding granit dan halangan, boleh membuka jejak menuju sebarang matlamat. Keinginan yang bernyala-nyala merupakan pendorong serta perangsang yang paling hebat. Tindakan serta semangat juang yang tinggi, gigih serta tabah merupakan kunci kepada matlamat.
"DALAM PERJALANAN HIDUP INI, SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF WALAU APAPUN MATLAMAT ANDA. HANYA MEREKA YANG OPTIMIS SAHAJA YANG AKAN MENCIPTA SEJARAH. TIADA TUGU YANG DIBINA UNTUK ORANG YANG PESIMIS"
Sekian dahulu nukilan diri ku pada kali ini buat warga pembaca sekalian. Ilham dari karya nukilan pada kali ini hadir sewaktu perjalanan diri ku ke Johor tempohari. Semoga karya ini ada motivasinya buat diri ku serta warga pembaca sekalian agar kita sama-sama merasainya walaupun kecil. Sedikit perkongsian mudah-mudahan dapat memberi pengisian. Terima Kasih......Jumpa Lagi.......
Wassalam.......
"DALAM PERJALANAN HIDUP INI, SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF WALAU APAPUN MATLAMAT ANDA. HANYA MEREKA YANG OPTIMIS SAHAJA YANG AKAN MENCIPTA SEJARAH. TIADA TUGU YANG DIBINA UNTUK ORANG YANG PESIMIS"
Sekian dahulu nukilan diri ku pada kali ini buat warga pembaca sekalian. Ilham dari karya nukilan pada kali ini hadir sewaktu perjalanan diri ku ke Johor tempohari. Semoga karya ini ada motivasinya buat diri ku serta warga pembaca sekalian agar kita sama-sama merasainya walaupun kecil. Sedikit perkongsian mudah-mudahan dapat memberi pengisian. Terima Kasih......Jumpa Lagi.......
Wassalam.......
No comments:
Post a Comment